BlogList Malaysia

05 July 2011

Siapa Ibrahim Ali Nak Halang Rakyat Jumpa Agong??

Temu Agong – Perkasa Bantah Permintaan Ambiga

KUALA LUMPUR – Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) membantah permintaan kumpulan penganjur perhimpunan Bersih 2.0 yang mahu bertemu dengan Yang Dipertuan Agong bagi menyelesaikan isu perhimpunan haram berkenaan.

Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, jika permintaan kumpulan haram itu dibenarkan, ia akan menjadi satu duluan (precedent) tidak baik pada masa hadapan.

“Kenapa perlu Agong bertemu dengan kumpulan haram yang bodoh!!!,” katanya melalui sistem pesanan ringkas kepada Mynewshub.my di sini malam tadi.

Ahad lalu, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengeluarkan satu titah khas yang mencerminkan pandangan baginda yang tidak bersetuju dengan sebarang bentuk demonstrasi jalanan diadakan.


Sehubungan dengan titah berkenaan, Pemuda UMNO dan Perkasa yang merancang mengadakan demonstrasi pada hari yang sama telah bersetuju untuk tidak berbuat demikian sebagai tanda hormat kepada pendirian Tuanku Mizan dalam isu itu.

Pengerusi Bersih 2.0, Datuk S. Ambiga bagaimanapun mahu bertemu Yang Dipertuan Agong bagi mendengar arahan perhimpunan anjurannya perlu dibatalkan.

Tambah Ibrahim Ali, jika pihak Istana Negara bersetuju untuk bertemu dengan Ambiga, maka kumpulan itu akan mengaku mereka telah menang dalam perjuangan mereka dan menyebarkan kejayaan itu dikalangan rakyat bagi meraih publisiti.

Kata beliau, selepas titah khas itu dikeluarkan, maka isu sekarang ialah samada Ambiga dan kumpulan akan patuh atau tidak kehendak titah itu.

“Sekarang kita mahu lihat betapa setianya Ambiga dan ahli jawatankuasa Bersih kepada Raja, samada beliau dan kumpulannya menjunjung prinsip Rukan Negara.

“Jika tidak, beliau dan kumpulannya adalah pengkhianat kepada negara,” katanya.

Dipetik dari sini

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas