BlogList Malaysia

10 May 2011

Anwar didakwa hilang pedoman

SHAH ALAM – Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar Datuk Seri Najib Tun Razak dengan kata kesat dalam ceramahnya di Klang baru-baru menunjukkan ketua pembangkang itu semakin hilang pedoman akibat tekanan yang dihadapinya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, perbuatan mencerca Perdana Menteri dengan perkataan yang tidak elok adalah perbuatan terkutuk dan amat melampau.

Beliau berkata, Anwar tidak sepatutnya berbuat demikian walaupun itu adalah taktik terbarunya untuk mengalih perhatian rakyat daripada isu video seks yang sedang dihadapinya sekarang.


“Anwar cuba menutup kedayusan diri dengan meletakkan kesalahan kepada orang lain. Orang seumpama ini sanggup melakukan apa sahaja kerana padanya tiada apa yang rugi, nak cakap apa, nak kata apa, nak maki siapa, Anwar tidak akan rasa bersalah,” katanya kepada Sinar Harian.

Ibrahim berkata demikian ketika mengulas laporan sebuah blog yang mendakwa Anwar mencerca Najib dalam bahasa Tamil.

Menurut Ibrahim, jika benar dakwaan dalam laman blog itu, ternyata Anwar telah hilang martabat, maruah diri dan lebih rendah daripada penjual ubat kaki lima.

“Nilai Islam dan budaya bangsa Melayu telah dipijak Anwar apabila menggelar Najib dengan kata-kata kesat di hadapan masyarakat bukan Islam,” katanya.

Sementara itu Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin mendesak Anwar menarik balik kenyataan kerana disifatkan sebagai biadap dan tidak bertanggungjawab.

“Ini menunjukkan kerendahan kedudukan Anwar yang kini tertekan dengan masalah peribadi dan perbalahan kalangan pembangkang,” katanya.

Presiden Gagasan Anti Penyelewengan Selangor, Hamidzun Khairuddin berkata, pihaknya mengesyaki Anwar mengalami penyakit ‘sindrom post menstrual (PMS)’ yang didakwa akibat simptom daripada kes liwat, jam Omega, sumpah laknat dan video seks sebelum ini.

“Adalah menyedihkan jika pembangkang masih berpaut kepada orang yang diserang penyakit PMS ini. Pas dan DAP wajar berfikir secara serius tanggungjawab mereka dan bukannya PKR yang terlondeh dengan isu-isu moral dan merugikan demokrasi negara ini,” katanya.

Sementara itu, Anwar menafikan beliau ada mengeluarkan kenyataan menghina Najib dalam bahasa Tamil ketika berceramah di Klang kelmarin.

Menurut Anwar, beliau hanya sebut beberapa perkataan yang mengaitkan politik lucah, rasuah dan zalim.

Beliau menyatakan demikian sebagai menjawab soalan menerusi twitter selepas timbul dakwaan beliau melabel Perdana Menteri dengan kata-kata yang sangat menghina dalam bahasa Tamil.

“Tidak, saya sebut siapa yang anjur politik lucah, rasuah, zalim..,” katanya ketika dipetik dari laman twitternya semalam.

Sinar harian


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas