BlogList Malaysia

13 March 2011

Pimpinan Umno 'Menikus' Terhadap Mahathir?

Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul menganggap sikap menikus pemimpin Umno khususnya Datuk Seri Najib Razak setiap kali Mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad bersuara, adalah disebabkan banyak rahsia pimpinan Umno pada hari ini berada dalam tangannya.

Menurut Johari, perkara itu terbukti apabila Mahathir dengan sewenangnya-wenangnya boleh mengeluarkan kenyataan dan arahan tanpa cabaran dari Perdana Menteri Menteri dan pimpinan tertinggi Umno yang lain.

"Semua Perdana Menteri lepas dia (Mahathir) ada masalah. Ada rahsia kecurangan, korupsi, nepotisme, sebab itu dia pegang dan apa dia cakap, tak ada siapa berani usik. Dan dia guna maklumat ini untuk kukuhkan kedudukan dia dan goncang orang lain,"katanya.


Johari bercakap kepada TV Selangor dalam memberi komen kenyataan Tengku Razaleigh Hamzah atau Ku Li yang mengatakan memoir 'A Doctor In The House' tulisan Mahathir yang dipasarkan sejak minggu lalu sebagai sebuah penipuan politik.

Ku Li mengecam kenyataan Mahathir dalam buku tersebut bahawa beliau yang mengheret parti (Umno) ke mahkamah dan terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987.

Johari bersetuju dengan kenyataan Ku Li tersebut, malah ia terbukti dalam pemilihan selepas itu apabila ramai pemimpin Umno seperti Timbalan Menteri Pertahan, Datuk Dr Latiff Ahmad, ahli Parlimen Bagan Serai dan Pengerusi FELDA Datuk Isa Samad didapati bersalah kerana mengamalkan politik wang.

"Apa yang Ku Li kata itu bertepatan, kerana itulah puncanya politik wang bila pertembungan Ku Li dan Mahathir begitu sengit. Ku Li dah buktikan waktu itu. Mungkin Mahathir sendiri tak beri duit. Tapi guna ejen atau orang dia untuk pemilihan itu hingga Ku Li kalah,"tambahnya lagi.

Menurut Johari lagi, perkara paling merepek ialah kenyataan bahawa Mahathir mengetahui perangai buruk dan salah laku seks Ketua Umum Parti keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Saya kira memoir Mahathir itu satu pembohongan. Bukan saja isu politik wang tapi isu mengenai Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri. Dia (Mahathir) kata dia tahu Anwar tak bermaruah. Sebagai Presiden dan PM, kalau tahu, mengapa biarkan Anwar lama sebagai Timbalan Perdana Menteri? Sebagai PM, kalau betul nak banteras, sepatutnya tindakan diambil pada waktu itu," katanya. - tvs

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas