BlogList Malaysia

15 December 2010

Tunjuk Lagak Atau Takut Kepada Kebenaran?

Parlimen usul gantung tiga MP Pakatan enam bulan

Satu usul untuk menggantung tiga wakil rakyat pembangkang atas dakwaan menghina dewan tersenarai dalam Aturan Urusan Mesyuarat hari ini.

Usul oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz itu mencadangkan supaya tiga anggota Parlimen itu iaitu Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor), R. Sivarasa (PKR-Subang) dan Azmin Ali (PKR-Gombak) digantung enam bulan daripada tugas atas beberapa kesalahan.

Menurut usul itu, Karpal dan Sivarasa yang merupakan anggota Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen didapati menghina dewan kerana telah membuat kenyataan di luar Dewan berkenaan prosiding Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan yang menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa mesyuarat pada 3 Disember 2010.


Karpal dan Sivarasa dikatakan telah melanggar peruntukan Peraturan mesyuarat 85 iaitu keterangan yang diambil di hadapan sesebuah Jawatankuasa Pilihan dan apa-apa surat yang dikeluarkan kepadanya tidak boleh disiarkan oleh sesiapa jua, sebelum Jawatankuasa itu membawa penyata itu kepada Majlis (Dewan Rakyat).

Berdasarkan usul itu juga Azmin, melalui pemberitahu bersurat bertarikh 6 Disember 2010 di bawah Peraturan Mesyuarat 18(1) telah menyentuh tentang keterangan dan surat yang dikemukakan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Hak dan Kebebasan pada 3 Disember 2010.

Tindakan ketiga-tiga anggota Parlimen itu adalah satu perbuatan menghina dan menyalahi hak dan keistimewaan sebagai anggota Parlimen serta merupakan satu penghinaan kepada Dewan, demikian menurut usul berkenaan.

Usul yang dikemukakan itu mempunyai kaitan dengan keputusan kerajaan untuk merujuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (PKR-Permatang Pauh) ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen kerana kenyataannya untuk mengaitkan konsep 1Malaysia dengan kempen One Israel.

Jawatankuasa berkenaan semalam telah mengemukakan syor supaya Anwar digantung selama enam bulan daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat kerana didapati membuat kenyataan tidak benar. — Bernama

3 Komen :

puakPas ,  December 15, 2010 at 5:28 PM  

jangan terkejut bila speaker plastik akan mengarahkan bentara supaya semua kerusi pembangkang dibuang daripada dewan rakyat.

bajauTulin ,  December 15, 2010 at 8:25 PM  

mamat sabah ini buat kelentong bodoh, rakyat semua tahu, bahkan yg tinggal di hutan pun mengerti, yang di pulau pun faham.
mengurangkan wakil rakyat PR di Parlimen bererti mengurangkan undi, kekurangan undi menyebabkan UMNO boleh memperbodohkan rakyat.
sekarang banyak undang-undang tak boleh dipinda di sebabkan UMNO kurang majoriti 2/3. Cara berkesan guna mamat dari sabah ini.

Anonymous ,  December 15, 2010 at 10:23 PM  

BN... cakap tak serupa bikin. PENGECUT..KURANG GENTLEMAN LAGI BAPOK POKAI.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas