BlogList Malaysia

14 October 2010

Lagi Katak Nak Lompat

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR N. Gobalakrishnan memberi kata dua akan keluar parti itu sambil mendakwa Naib Presiden Azmin Ali dan beberapa pemimpin tertinggi membentuk “puak” untuk memanipulasikan proses pemilihan yang menggunakan sistem langsung.

Sehubungan itu, Ahli Parlimen Padang Serai ini menggesa Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) segera mengambil tindakan untuk membetulkan segala kelemahan dan kekurangan yang wujud ketika pemiliham bahagian, yang berakhir 3 Oktober lalu, dan jika gagal beliau akan meninggalkan parti.

“Hari ini, saya datang dengan kenyataan ini meminta jawatankuasa pemilihan segera menyelesaikan kesemua masalah berkaitan dengan pemilihan bahagian.

“Saya mahu mereka berlaku adil, telus dan berkecuali kepada semua.


“Jika keadaan ini berterusan, maka tidak gunanya (saya) tinggal lagi (dalam parti), jika ada individu yang boleh memanipulasikan pemilihan cara-cara begini,” kata beliau yang pernah dikaitkan akan keluar parti satu hari bersama beberapa wakil rakyat yang telah pun keluar.

Beliau telah menafikan khabar-khabar angin itu sebelum ini.

Kata Gobalakrishnan (gambar), sepanjang 11 tahun lalu beliau berdiri teguh bersama parti tetapi ini kali pertama “berdiri di depan kamera” mendesak jawatankuasa pemilihan bertindak tegas.

“Mereka boleh panggil saya pengkhianat atau trojan, tetapi saya akan tegas... tetapi jika perkara ini berterusan, saya tidak fikir saya perlu kekal,” kata beliau pada sidang media di bangunan Parlimen.

Gobalakrishnan merupakan salah seorang pemimpin yang dicalonkan untuk jawatan naib presiden.

3 Komen :

Anonymous ,  October 14, 2010 at 3:18 PM  

Dalam Pakatan banyak katak, bila melompat boleh jadi kaya. ha ha ha.

Pakatan katak.

azman kamarul October 14, 2010 at 8:03 PM  

Tak perlu beri kata dua...kalau teringin nak lompat..lompat sajalah....nanti boleh jadi "jutawan segera"!

VASANTARAO APPALASAMY October 14, 2010 at 10:02 PM  

Gobala ini menang sebab HINDRAF.. bukanya sebab berbakti kepada rakyat..
jadi orang seperti ini tidak diperlukan lagi dalam Pakatan...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas