Membaca segala macam rupa, bentuk, cara, helah, olahan fitnah yang dilakukan oleh golongan pembenci Islam, tidak suka lihat kebaikan Islam, tidak ingin keindahan Islam terjelma dalam masyarakat, kepimpinan dan pentadbiran negeri dan juga negara.
Lalu sasaran mereka seorang Tok Guru yang bergelar Ulama dan berjawatan Menteri Besar yang mentadbir Negeri Kelantan Darul Naim. Mereka golongan penfitnah itu memang berniat jahat dan busuk hati terhadap kebaikan yang dilakukan oleh Tok Guru selama memimpin dan mentadbir Negeri Kelantan.
Bahkan selama menjadi ahli politik dari awal hingga sekarang, wajah Tok Guru MB Kelantan, Dato' Nik Aziz adalah sama saja, wajah seorang yang ikhlas, jujur, warak, tawaduk dan amanah kerana asas pegangannya ialah Islam dan perjuangannya adalah semata-mata meneruskan perjuangan Rasulullah SAW, panduannya ialah Al Quran dan Sunnah Rasulullah SAW.
Kenapa YAB Tok Guru Nik Aziz difitnah sedemikian rupa. Suruh letak jawatan dan macam-macam lagi kata nista yang tidak sepatutnya. Termasuk kata-kata YB Ibrahim Ali tak tergamak nak tulis...
Sebaik YAB Tok Guru Nik Aziz yang jelas kebaikan, nyata sifat amanah dan jujurnya memimpin negeri. Dia tidak langsung mengambil sebarang kesempatan untuk kepentingan diri, kroni dan keluarga, sebagaimana kepimpinan UMNO yang rata-rata bila menjadi YB atau YAB mereka lupa amanah dan makna kepimpinan.
Wajar diingatkan, sesungguhnya perjuangan membawa kebaikan, membawa keadilan, membawa kebenaran dan membawa risalah Islam, selamanya akan berhadapan tentangan sengit daripada golongan yang anti kebaikan, anti kebenaran, anti keadilan, anti Islam dan anti akhlak mulia dan anti orang baik, mulia dan jujur.
Sebagaimana diri Rasulullah SAW dulu yang ditentang habis-habisan oleh golongan musyrikin Quraisy Makkah walaupun mereka tahu Rasulullah SAW dan umat Islam itu sebangsa dengan mereka. Disebabkan Rasulullah SAW membawa kebaikan, menentang segala macam kejahatan, ketidakadilan, mungkar, kezaliman, kekufuran dan segala macam perbuatan Jahiliyah yang berlawanan dengan Syariat Islam. Kaum Quraisy yang sebangsa dengan Rasulullah SAW terus-menerus menentang, melawan dan menghina hatta membunuh.
Situasi tersebut juga akan dialami oleh para pejuang dan penerus perjuangan Rasulullah SAW itu sehingga hari Kiamat. Ia tidak pelik bila orang jahat benci kepada orang yang berbuat baik. Kaki rasuah tidak pelik kalau mereka bermati-matian menfitnah orang baik seperti kepimpinan Tok Guru Nik Aziz.
Oleh itu, seluruh umat Islam, orang beriman dan seluruh rakyat Kelantan dan rakyat Malaysia yang cintakan kebaikan, keadilan, demokrasi, kebenaran dan pentadbiran yang amanah, adil dan jujur, adalah WAJIB mempertahankan kepimpinan Tok Guru Nik Aziz, kerajaan Kelantan dan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat, sehinggalah dapat menguasai kerajaan Malaysia, insya ALLAH.
Sekian dahulu untuk tatapan dan perkongsian kasih dan semangat pembelaan ke atas kepimpinan YAB Tok Guru Nik Aziz.
02 December 2009
Wajib Mempertahankan Tok Guru Nik Aziz
Dicatat Oleh
bloglist malaysia
Penanda
tgna
Subscribe to:
Post Comments
(
Atom
)
0 Komen :
Post a Comment