BlogList Malaysia

02 December 2009

Gempar!! Tulang Besi Dapat Dokumen2 Lagi

Syukur ada insan yang telah mengemail beberapa dokumen yang cukup berharga di dalam mempertahankan kebenaran dan keadilan. Cumanya saya sedang berfikir lagi samada mahu mendedahkan dokumen2 ini atau tidak. Pada waktu yang sama, Tulang Besi juga telah mendapat 2 audio file berbentuk WAV yang juga boleh mengegarkan Fraksi UMNO dalam PAS.

Untuk para pembaca sekelian, sekiranya anda ada apa2 maklumat dalam bentuk dokumen atau rekording atau apa sahaja, boleh berbuat demikian dengan menghantar email kepada malaysiawaves@rocketmail.com.

JAngan takut untuk mendedahkan kebenaran kerana rakyat Malaysia ada 100% hak untuk mengetahui apa sahaja penyelewengan yang berlaku. Kalau kita takut dan segan, maka kemungkaran akan berleluasa dan akhir sekali Allah SWT akan menurunkan bala dan kemurkaan Nya ke atas kita.

Biar kita susah sedikit sekarang, jangan kita susah bilamana turun bala dari Allah SWT.

Tugas blog dan Malaysiawaves adalah amar maaruf dan nahi mungkar. Misalnya, apabila saya menaikkan isu mengapa pemimpin2 Pemuda dalam PAS Selangor boleh bertukar kereta kepada kereta mewah tidak sampai setahun memegang jawatan dalam Pemuda, saya bertujuan untuk mencegah budaya bermewah-mewah dalam PAS.

Saidina Umar Al Khattab hanya jadi papa apabila beliau jadi Khalifah dan Amirul Mukminin. Sebelum Saidina Umar jadi Khalifah, mana ada kita dengar Saidina Umar nak pinjam duit dsbnya. Cerita-cerita "penderitaan" Saidina Umar ini hanya didengari selepas beliau jadi Khalifah Islam.

Namun, di bawah pemerintahan Saidina Umar, 4/5 empayar Rom Timur dan keseluruhan Empayar Farsi jatuh tersungkur di bawah telapak kaki Islam. Selepas peperangan Yarmuk, Maharaja Heraklius telah mengurung diri beliau dalam bilik dan tidak kelihatan lagi sehingga lah beliau mati.

Kalau kita tidak bendung budaya ini sekarang, apa yang orang biasa di luar akan kata sedangkan pemimpin-pemimpin PAS harus menunjukkan akhlak dan tindak tanduk yang bertaraf mulia supaya orang2 diluar akan rapat dan jinak dengan Islam.

Juga, saya rasa pelik kenapa Pemuda2 Selangor boleh tukar kereta mewah sedangkan pada Hari Raya Haji baru-baru ini, tiada bonus yang diberikan kepada Guru2 PASTI di Selangor? Bukankah wang yang lebih itu sepatutnya digunakan untuk jemaah dan untuk Islam?

Dari beli mercedez, misalnya, apa salah beli Avanza atau Exora? Kemudian duit lebih tu bayar rumah.

Apabila kita lihat pemimpin-pemimpin pemuda gila pakai kereta mewah, ia juga menunjukkan pemuda2 PAS tidak pandai mentadbir kewangan. Ini kerana wang yang lebih harus digunakan untuk membayar rumah dahulu kerana kereta adalah eset yang "depreciate". Kita ada kereta mewah2 pun, tak boleh jadi pusaka. Tapi rumah boleh.

Dan BANYYAAKKKK lagi aktivis-aktivis PAS dalam Selangor ni yang sempit dari segi kewangan. Apa salah bantu mereka sedikit?

Patutlah diorang ni ke hulu ke hilir jaja pasal wala'. Diorang tak nak ahli mempersoalkan kereta-kereta mahal mereka.

Berkenaan dengan dokumen2 yang saya dapat, jelas ianya membuktikan bahawa budaya bermewah-mewah dalam PAS ni harus dibendung sekarang sebelum membarah. Kalau kita tidak bendung sekarang, kita akan jadi UMNO dalam beberapa tahun yang lagi.

Tulang Besi

ps anggaplah ungkapan dalam blog ini satu muhasabah

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas