BlogList Malaysia

31 October 2009

Harakah cuba berusaha nak jatuhkan integriti TG Nik Aziz ??

Agak mengejutkan bila penulis membaca Harakah cetak Edisi Jumaat yang bertarikh 30 Oktober - 1 November 2009. Seperti yang tuan-tuan tahu, harakah cetak ini terbahagi kepada 2. Satu section Fokus dan lagi satu section Fikrah. Penulis hanya mahu tuan-tuan tumpu pada section fokus yang Headline dia bertajuk RM20 BILION HANGUS. Mari baca mukasurat N15.

Click for enlarge.

Tumpukan pada highlighter kaler kuning itu. TG Nik Aziz mengatakan bahawa ada rombongan daripada Sabah dan Sarawak datang ke rumah beliau dan mengatakan bahawa rakyat tidak akan bersama Pakatan Rakyat sedangkan dalam PAS ada pemimpin yang mahu bersama UMNO. Tup tup pada mukasurat N28 lain pulak ceritanya.

Click for enlarge.

Tumpukan pada yang penulis highlightkan. Ha yang kaler kuning tu. Nampak ?? Pesuruhjaya PAS Sabah menafikan wujudnya rombongan PAS dari Sabah dan Sarawak yang datang ke Semenanjung untuk mempersoalkan pemimpin yang PAS yang condang kepada UMNO.

Aik, kenapa 2 berita itu saling kontardik antara satu sama lain ?? Mana satu yang betul ?? Untuk pengetahuan tuan-tuan, section Fokus dicover oleh seorang editor. Manakala section Fikrah dicover oleh seorang editor yang berlainan. Kedua-dua berita diatas berada dalam satu section iatu section fokus. Nampak macam sengaja editor itu melepaskan kedua-dua berita itu.

Mari kita bayangkan or let us try to imagine, kita membaca Harakah dari kulit ke kulit. Kita mulakan dengan section Fokus, mukasurat pertama, ooo TG Hadi kata TG Nik Aziz tak perlu letak jawatan. Mukasurat kedua, ishh hampeh bajet aparteid. Mukasurat 7, derih cakap ahli PAS kena bijak tapis fitnah media. Belah la. Mukasurat 9, iklan tokguru.net. Mukasurat 15, ooo tok guru cakap ada rombongan Sabah Sarawak datang jumpa. Ooo mengadu pasal pemimpin PAS nak join UMNO. Bla bla bla. Mukasurat 28, Pesuruhjaya PAS Sabah nafi bawak rombongan, eh biar benar. Tok Guru menipu ke ?? Lihat, pandai tak editor tu memainkan minda pembaca Harakah. Dia berjaya menjatuhkan integriti TG Nik Aziz. Dalam pada yang sama menjatuhkan air muka TG Nik Aziz pada mata pembaca Harakah. Oh my god. Apa sudah jadi ?? Salah seorang ahli lembaga pengarah Harakah ialah Mustafa Ali. Adakah Mustafa Ali telah mengarahkan editornya untuk menjatuhkan integriti dan kredibiliti TG Nik Aziz sebab tidak puas hati dengan mesyuarat khas pada Rabu malam Khamis yang lalu ??

Ia tidak berhenti setakat itu sahaja. Ia berjangkit kepada paper Siasah. Tuan-tuan sedia maklum yang paper Siasah ini juga bawah kawalan Parti PAS. Lihat paper Siasah yang terbaru iaitu yang bertarikh 1 November 2009. Lihat tulisan Suhaimi Embong mengenai TG Nik Aziz.

Tidak semena-semena Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan merangkap Menteri Besar Kelantan melemparkan bom jangka dengan meminta PAS Pusat mengadakan Muktamar Khas untuk menggantikan pemimpin yang TIDAK DISUKAINYA dengan mengikut kaedah yang dilakukan oleh MCA baru-baru ini?… dipetik dari tulisan Suhaimi sendiri.

Tindakan Mursyidul Am PAS kebelakangan ini JELAS MEMENINGKAN ramai pemerhati politik dan juga ahli PAS sendiri bila beliau menganggap Muktamar Khas (EGM) dengan Mesyuarat Khas PAS Pusat itu sama sahaja, ia dapat DIJADIKAN PLATFORM UNTUK MENYAMPAIKAN HASRATNYA kepada pemimpin parti…” dipetik dari tulisan Suhaimi sendiri.


Nampaknya masih ada lagi golongan yang tidak berpuas hati. Bukan hendak tuduh tetapi tuan-tuan sendiri boleh lihat bukti yang penulis paparkan. Agenda Task force 2010 masih berjalan. Maleh den nak cito pasal Suhaimi Embong ni. Yang boleh penulis simpulkan pasal Suhaimi Embong ini ialah dia ini pro "Unity Government" dan sangat anti Erdogan. Untuk analisis lanjut boleh baca analisis Zainulfaqar disini. Ada isu pasal plagiat dalam analisis tu. Haa ha ha. Brader Mat Saman Kati pun tengah ketawa besar bersama den bilo baca entry ni. Ha Ha Ha.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas