BlogList Malaysia
Showing posts with label wanita pas. Show all posts
Showing posts with label wanita pas. Show all posts

11 January 2012

Utusan cuba sensasikan ‘kesalahan’ muslimat PAS

“Apalah ‘kesilapan’ yang sedikit ini dibandingkan dengan dosa rasuah, penyelewengan, kezaliman, penolakan hukum hudud yang dilakukan pimpinan Umno BN serta Fitnah I dan II terhadap Anwar?” kata Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Dr Siri Mariah Mahmud (gambar).

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas laporan akhbar Utusan Malaysia hari ini yang telah menghebahkan gambar dari rakaman YouTube kegembiraan sebahagian Muslimat PAS, Wanita Keadilan dan penyokong Pakatan selepas pengumuman pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mempertikaikan akhlak Muslimat PAS.


Katanya, kegembiraan yang dizahirkan secara nyanyian beramai-ramai dan senikata yang zahir secara spontan telah menaikkan kemarahan penyokong Umno dan BN dan membuka peluang mereka untuk membina persepsi negatif terhadap PAS.

Tambahnya, ia satu kesinambungan usaha Umno BN untuk memburukkan PAS yang cuba menggambarkan yang akhlak muslimat buruk dan mempersoalkan moral muslimat.

Baginya, rakaman itu sebenarnya hendak ditujukan kepada ahli-ahli PAS dan penyokong PAS yang tidak hadir di Himpun 901 dan akan melihat rakaman tersebut di luar konteks peristiwa.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Raja berkata, rakaman itu juga diharapkan akan menimbulkan keresahan sebahagian penyokong PAS yang sekarang dipasak dengan idea yang PAS telah lari dari perjuangan asal.

“Kami menduga ianya akan memberi persepsi negatif terhadap muslimat PAS kepada mereka yang mungkin tidak pernah turun ke jalan raya untuk demonstrasi dan tidak mungkin memahami perasaan mereka yang sentiasa berhadapan dengan kezaliman pihak berkuasa, biasa disembur dengan gas pemedih mata dan air beracun,” ujarnya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, anak-anak muda itu menghabiskan usia muda mereka bersama berjuang menuntut keadilan dan menyanggah kezaliman regim Umno BN.

“Saya menghadiri dan bersama dengan sebahagian wanita dalam Himpun 901 dari awal hingga peserta Himpun 901 bersurai. Saya juga acap kali turun berdemo dan sentiasa memantau pergerakan muslimat,” katanya.

Jelasnya lagi, sesiapa yang ada bersama pada Himpun 901 tahu yang sebahagian Muslimat PAS dan wanita yang hadir telah berhimpun di satu sudut tempat berhimpun untuk bermunajat kepada Allah SWT untuk membebaskan Anwar.

“Kami telah mengetuai bacaan Ma’thurat dan Yasin. Malah pengumuman pembebasan Anwar diumumkan sebaik sahaja muslimat habis membaca Yaasin,” ujarnya.

Katanya lagi, sebahagian muslimat telah mengadakan sujud syukur sebaik sahaja keputusan diketahui di tempat perhimpunan.

“Semasa bergerak keluar daripada tempat parkir menuju ke masjid berhampiran kami berselawat beramai-ramai. Ini semua tidak pula dimasukkan ke YouTube,” katanya.

Tambah beliau lagi, selepas berselawat barulah mereka menyanyikan lagu reformasi dengan spontan.

Baginya, tidak ada apa salahnya bernyayi beramai-ramai dengan bersemangat dalam sekitar 10 minit.

Kata beliau, sememangnya semua yang hadir dari sebelum Subuh lagi terlalu gembira dengan pembebasan Anwar.

Jelasnya lagi, tidak ada percampuran dengan lelaki dan perempuan, tidak ada pendedahan aurat, tidak ada lenggang lengguk yang menggiurkan, intonasi suara bukan intonasi yang jatuh kepada haram, dan perkataan yang digunakan tidaklah lucah.

“Kalau kita singkap sirah Rasulullah saw, apabila Nabi s.a.w. sampai di Madinah baginda di sambut oleh muslimat dengan nanyian dan rebana untuk menzahirkan kegembiraan,” katanya.

Katanya, kalau nak dipertikaikan melodi yang sering dimainkan oleh pancaragam sekolah yang digunakan ianya melodi nyanyian reformasi yang selama ini digunakan oleh anak muda semasa berdemo.

“Mungkin yang kasar sikit ialah ‘Mampus Umno’.Kalau kita lihat budaya wanita timur tengah pun begitu. Mereka akan bertepuk-tepuk dan mengangkat-angkat tangan sambil bernyanyi.

“Saya pernah bersama dengan Gerakan Islam Wanita di peringkat antarabangsa, Sudan, Indonesia, Algeria , Mesir dan lain-lain negara Islam yang lebih bersemangat dalam menyanyikan lagu-lagi jihad.

“Hanya orang yang tidak mendalami hukum sahaja yang membangkitkan isu suara wanita itu aurat pada ketika ini,” ujarnya.

DMPP juga, katanya yakin yang apa yang berlaku bukan satu kesalahan dan dosa, ianya bukan kayu ukur akhlak dan moral muslimat.

“Apa pun oleh kerana ia satu perkara baru dan bukan satu budaya muslimat, bagi mereka yang merasa tersinggung, Dewan Muslimat memohon maaf dan akan lebih berhati-hati dengan perangkap Umno BN di masa akan datang,” ujarnya.


Read More...

21 December 2011

Muslimat PAS turut selar Hasan Ali

Dewan Muslimat menyelar tindakan bekas naib presiden PAS, Datuk Dr Hasan Ali ekoran tindakannya mempersoalkan ”Negara Berkebajikan” PAS serta menuduh parti itu terkeluar daripada landasan perjuangannya.

"Pendirian sebegini sesungguhnya adalah pendirian Umno yang senantiasa mahu memburukkan dan melemahkan PAS khususnya di mata orang Melayu," kata ketua penerangannya, Aiman Athirah Al Jundi.

"Persoalan kami, apakah nawaitu Datuk Dr Hasan Ali ketika bercakap mengikut rentak musuh-musuh politik PAS?


"Begitu juga bila beliau ”memainkan” isu 3R – Religion, Race and Royal (Agama, Bangsa Dan Raja) yang umum juga tahu ini adalah strategi dan senjata Umno untuk terus mendapatkan ”sokongan hayat” dari para simpatisan dan chauvanis Melayu?" katanya dalam satu kenyataan.

Aiman menegaskan bahawa Dewan Muslimat berpendirian bahawa ”mempertikaikan Negara Berkebajikan bermaksud juga mempertikaikan dan tidak menghormati presiden dan perwakilan Muktamar Tahunan PAS yang sebulat suara menerima ucapan dasar presiden.”

Katanya, Muslimat PAS menyifatkan tindakan terbaru Hassan melalui pendirian kenyataan medianya kelmarin, telah mempertikaikan sepenuhnya PAS, presiden, naib presiden, setiausaha agung dan perwakilan Muktamar Tahunan PAS 2011.

"Satu Malaysia telah menyaksikan tindakan ini kerana telahpun disiarkan oleh TV3 melalui slot Buletin Utama.

"Justeru, Dewan Muslimat menyarankan agar tindakan tatatertib yang tegas mesti diambil oleh PAS ke atas beliau agar tindakan seumpama ini tidak menjadi budaya dan ikutan," tambahnya.

Menurutnya, PAS wajar memperkasakan keperluan disiplin di dalam parti kerana PAS bukan sahaja dilihat sebagai parti politik biasa sifatnya tetapi juga sebagai sebuah gerakan Islam yang diterima di peringkat dunia - hatta dihormati kawan dan lawan.

"Ini juga yang kami fahami sejak muda remaja dalam asuhan dan tarbiyyah PAS. Ini kekuatan yang telah menghimpunkan generasi muda yang cintakan Islam untuk hadir berjuang dan memperjuangkan Islam bersama PAS," tambahnya.

Sehubungan itu, tegasnya, Dewan Muslimat menyeru kepada semua anggota gerakan Islam – PAS di semua peringkat baik ”Qiadah” (pimpinan) mahupun ”Jundiyyah” (pengikut/pelaksana) agar memahami dan menjiwai peruntukan dalam Perlembagaan PAS (Pindaan 2011), Fasal 82 (1) (g).

"Dewan Muslimat juga menyelar percubaan dangkal dan nakal pihak-pihak tertentu yang berterusan memfitnah PAS dan kepimpinan PAS bahawa kononnya telah menjadi kuda tunggangan DAP dan seumpamanya.

"Sebenarnya, jika diteliti inilah nada dan ungkapan versi Umno kini. Malangnya kedapatan juga ”dilagukan” oleh segelintir pimpinan dan ahli PAS yang kami sifatkan berada dalam dua situasi - 1: Bijak tapi bermasalah; 2: Dungu dan gelap hati," tambahnya.

Sambil menegaskan bahawa PAS adalah parti paling ”senior” dalam lanskap politik Malaysia kini, Aman berkata: "Keanggotaan PAS pula adalah daripada pelbagai peringkat latarbelakang pendidikan, sosial dan usia.

"Pemimpin dan ahli boleh datang dan pergi tetapi Islam yang mendasari perjuangan PAS dan kekuatan ”infrastruktur organisasi” di dalam PAS itu insya-Allah semakin teguh dan utuh.

"Gagal memahami sejarah dan ”nilai-nilai” perjuangan PAS akan menatijahkan tindakan dan suara yang sumbang sekalipun individu itu galak melaungkan mereka mahu kembalikan PAS ke landasan asal kerana kononnya telah tersasar!

"Perangai seumpama ini telah kita lihat berulang kali dalam sejarah perjuangan PAS tetapi insya-Allah PAS semakin kuat kerana yang memelihara Gerakan Islam PAS ini sesungguhnya adalah Allah Azza Wajalla.

"Hakikat yang mesti kita semua sedari ialah Allah sedang merancang suatu yang lebih baik untuk PAS agar upaya merealisasikan Islam Rahmat Kepada Sekalian Alam. Dewan Muslimat berharap Pimpinan tertinggi akan mengambil langkah wajar seperti yang dicadangkan," katanya.

Muslimat PAS juga, tambahnya, menyeru semua anggota gerakan Islam PAS agar Fokus menghadapi PRU13, perkemaskan gerakan dan bersama-sama menuju ke Putrajaya.

"Insya-Allah, tanda-tanda Kemenangan semakin terserlah.

"Buat anak-anak muda yang kami kasihi, contohi dan susuri strategi kemenangan Sultan Muhammad Al Fateh ketika menawan Kota Constantinople, bukannya keliru dan dikelirukan oleh pemikiran dan pendirian Datuk Dr Mohd Hassan Ali!" tegasnya.

Read More...

28 November 2011

NFC dapat kontrak, kerana Shahrizat menteri Umno

KUALA LUMPUR 28 Nov: National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFC) tidak mungkin mendapat kontrak mengusahakan Pusat Fidlot Kebangsaan jika Datuk Seri Shahrizat Jalil bukan pemimpin Umno dan menteri kabinet.

Itu reaksi segera Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin terhadap penafian Ketua Wanita Umno itu, kononnya tiada kaitan dengan NFC yang dimiliki suami dan anaknya.

“Sebab itu kita mendesak minit mesyuarat mengenai projek itu didedahkan kerana kita mahu tahu kenapa NFC diberi kebenaran mengusahakan projek itu.

“Keengganan mendedahkannya mengukuhkan lagi kenyataan kita bahawa syarikat itu mendapat tender hanya kerana Shahrizat pemimpin Umno dan menteri kabinet,” katanya dihubungi Keadilandaily.com hari ini.


Zuraida turut membidas kenyataan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu kononnya skandal NFC dibongkar Pakatan Rakyat untuk kepentingan politik.

“Shahrizat jangan alih isu, persoalan terbesar dalam isu ini ialah penyelewengan RM250 juta wang pembayar cukai dan yang memulakan pembongkaran ini ialah Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.

“Oleh kerana Pakatan komited membanteras penyelewengan dan rasuah, maka kita menuntut penjelasan hasil laporan itu,” tegasnya.

NFC ialah syarikat yang dimiliki keluarga Shahrizat bagi mengusahakan projek ternakan lembu, namun gagal mencapai sasaran ditetapkan meskipun memperoleh dana RM250 juta.

Malah projek yang dilulus Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sebelum ini, Tan Sri Muhyiddin Yassin itu turut menyalahguna wang untuk membeli dua unit kondominium mewah di Bangsar hampir RM14 juta.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Awam Negara (PAC), Datuk Seri Azmi Khalid dalam sidang media di Parlimen baru-baru ini mengesahkan pinjaman mudah RM250 juta sudah diberi kepada NFC sejak 2008 hingga 2009 walaupun perjanjian hanya dibuat pada 2010.

Kenyataan itu sekaligus bertentangan dengan kenyataan Datuk Seri Najib Razak yang mendakwa pinjaman kepada NFC setakat 31 Julai lalu hanya RM181.9 juta.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani ketika ini pula, Datuk Seri Noh Omar mendakwa pinjaman setakat Disember 2010 kepada NFC hanyalah RM134.72 juta.

Pakatan Rakyat sudah pun mendesak agar semua menteri itu meletak jawatan kerana didakwa berbohong dan mengelirukan rakyat semata-mata mahu menutup penyelewengan wang rakyat oleh keluarga Shahrizat.

keadilandaily.com/

Read More...

02 June 2011

Siti Zailah Ketua Dewan Muslimat PAS Yang Baru

SHAH ALAM: Ahli Parlimen Rantau Panjang, Siti Zailah Mohd Yusof telah dipilih sebagai Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat yang baru menggantikan Nuridah Salleh apabila menang dalam Muktamar Pemilihan Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP), hari ini. Pemilihan bagi pengisian jawatan teraebut untuk selama tempoh 2011-2013. Kemenangan Siti Zailah bererti beliau akan mengemudi kepimpinan muslimat PAS dalam menghadapi pilihanraya umum yang dijangkakan tahun ini atau selewat-lewatnya Mac 2012.

Turut memenangi pertandingan ialah gandingannya Dr Mariah Mahmud yang juga Ahli Parlimen Kota Raja menewaskan pencabarnya Wan Hasrina Wan Hassan bagi jawatan Timbalan Ketua.


Bagi jawatan naib ketua pula Mumtaz Md Nawi berjaya mengekalkan kedudukan apabila menewaskan tiga pencabar lain iaitu Mastura Mohamad, Normala Sudirman dan Dr. Najihatussalehah Ahmad.

Kemenangan masing-masing diumumkan oleh Timbalan Pengerusi jawatankuasa Pemilihan PAS Pusat, Datuk Wan Mutalib Embong sebentar tadi.


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas