Kalau kita tipu, Shahrizat boleh saman bila-bila masa
KEADILAN mempunyai bukti kukuh berlaku penyelewengan dalam syarikat Feedlot Corporation Sdn Bhd (FNC) milik keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil yang sedang menjadi isu hangat dalam Negara.
“Kalau kita sudah sampai ke peringkat ketahui setiap sen ke mana pergi, maknanya kita ada maklumat penuh setiap satu sen yang dibelanjakan,”
“Kalau dia (Shahrizat) kata kita tipu, tunjukkan (penipuan) yang itu dulu, (tapi) kalau dia tak tunjuk pun, bolehlah saman bila-bila masa,” kata Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli dalam sidang media di parlimen hari ini.
Penyelewengan tersebut membabitkan peruntukan sebanyak RM250 juta oleh kerajaan apabila projek fidlot kebangsaan itu tidak mencapai sasaran sepatutnya.
Pada sidang media yang sama hari ini, KEADILAN turut mendedahkan pembelian kondominium mewah berharga RM9.8 juta oleh NFC dari dana yang diperuntukkan.
Renteran itu, satu laporan dibuat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) oleh Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Fariz Musa di Shah Alam tengahari tadi.
Mengulas lanjut, Rafizi berkata, KEADILAN turut membuat siasatan dan telah melawat kondominium berkenaan yang terletak di Bangsar.
“Jika kami tidak betul, ini adalah tanggungjawab Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri, Menteri Pertanian, Ketua Pemuda Umno dan Ketua Wanita Umno untuk menjawabnya,” kata beliau.
Justeru itu beliau mencabar pihak-pihak berkenaan jika tidak berpuas hati dengan dakwaan dengan menunjukkan penyata bank bertarikh 2 Disember 2009.
“Kalau mereka berani saya minta tunjukkan bank statement tarikh tersebut yang bercawangan di Taman Tun Dr Ismail di mana pembayaran telah dibuat pada pemaju berkenaan,” katanya.
Rafizi dalam pada itu turut menggesa media agar mendapatkan pengesahan dari pihak pemaju sendiri berkenaan kebenaran dakwaan yang dibuat.
Sementara itu Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Nasution berkata kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani serta Pemuda Umno bahawa wang yang disalurkan oleh kerajaan kepada NFC diletakkan dalam akaun amanah khas adalah tidak benar.
“Jumlah RM9.8 juta untuk membeli kondominium dipindahkan ke akaun semasa NFC di bank tempatan dan bukannya sebuah akaun amanah khas.”
“Rembau (Khairy Jamaludin) kata duit itu dalam akaun amanah khas dan memerlukan kelulusan jawatan kuasa teknikal sebelum dibelanjakan. Jadi bila jawatan teknikal meluluskan?,” Soalnya.
“Kalau betul pantauan ketat ini berjalan, sudah tentu wang sejumlah RM9.8 juta tidak boleh dipindahkan begitu saja untuk membeli kondominium mewah yang tidak ada kena mengena dengan industri penternakan dan penyembelihan lembu,” katanya.
http://www.keadilandaily.com/?p=22819
Read More...
Summary only...
KUALA LUMPUR : Majlis Peguam Malaysia menggesa kerajaan memberikan alasan yang munasabah dan terbuka ekoran tindakan menghantar pulang peguam dari Perancis, Wiliam Bourdon.
“Majlis Peguam Malaysia menuntut kerajaan Malaysia memberikan alasan yang munasabah secara terbuka ekoran tindakan menghantar pulang peguam Perancis itu untuk menghilangkan keraguan terhadap kes penangkapan dan penghantaran pulang ini.
“Kejadian ini memberikan satu lagi kesan negatif kepada nama Malaysia dalam hak asasi manusia yang melibatkan rakyat asing,” kata presidennya Lim Chee Wee dalam satu kenyataan hari ini.
Chee Wee berkata, alasan jabatan imigresen kononnya Bourdon melanggar peraturan lawatan ke Malaysia tidak boleh diterima dan tidak mencukupi.
Tindakan kerajaan itu, katanya, menyebabkan rakyat membuat kesimpulan bahawa ia dilakukan ekoran ucapan Bourdon di Pulau Pinang sebelum itu, berkaitan dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam dari syarikat Perancis.
Bourdon pada Jumaat lalu ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dsetibanya dari Pulau Pinang selepas memberikan ucapan pada majlis makan malam anjuran Suara Rakyat Malaysia (Suaram) pada malam sebelumnya.
Sewaktu kejadian, Bourdon diiringi pegawai Suaram, Cythia Gibrel, dan isterinya bagi menghadiri majlis yang sama diadakan di Petaling Jaya.
Majlis makan malam anjuran Suaram itu bagi tujuan kutipan dana untuk membiayai tindakannya membuka satu kes penyiasatan ekoran dakwaan rasuah dalam pembelian kapal selam Scorpene di Mahkamah Perancis.
Bourdon adalah salah seorang peguam yang mewakili Suaram sepatutnya memberikan ucapan di Dewan Sivik MPPJ dan Ipoh keesokan harinya.
Beliau ditahan dan disiasat di pusat tahanan imigresen KLIA selama lima jam sebelum dihantar pulang ke Perancis.
http://www.keadilandaily.com/
Read More...
Summary only...
KDN geledah kilang cetak Harakah, cari SK..ketakutan amat sangat UMNO pada SK..!!
SHAH ALAM, 7 Julai: Kilang Angkatan Edaran, kilang yang biasa mencetak akhbar Harakah dipantau oleh empat pegawai kanan dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) jam 10.30 pagi tadi, kata pengusaha yang enggan namanya disiarkan.
Beliau memberitahu, para pegawai terbabit membuat penggeledahan kecil tanpa waran di kilangnya, Seksyen 16, di sini untuk mencari akhbar tanpa permit 'Era Keadilan' milik PKR.
"Suara Keadilan (SK) pun mereka tak cetak di sini, takkan kita nak cetak yang lain," ujar beliau sebagaimana yang diberitahu kepada pegawai terbabit.
Katanya lagi, satu lagi kilang milik beliau di sini turut digeledah untuk mencari SK mahupun 'Era Keadilan'.
Sebelum digeledah, katanya lagi, wujud pertikaman lidah antara seorang pegawai lelaki KDN dengan seorang pekerjanya.
"Waran tak ada, nak geledah geledahlah tapi kalau ada yang hilang, CCTV ada untuk tangkap yang curi dalam kilang ini," ujar beliau lagi memetik amaran pekerjanya itu.
Dalam perkembangan berkaitan, KDN turut diwar-warkan mahu menyerbu ibu pejabat PKR di Tropicana sebelum ini untuk memburu edisi terbaru 'Era Keadilan'.
Inisiatif KDN itu ekoran iltizam PKR untuk terus menerbitkan akhbar yang menjadi lidah rasmi parti itu.
Pada 2 Julai lalu, permit Suara Keadilan digantung ekoran tersiarnya laporan 'Felda Bankrap' yang dianggap mengancam sensitiviti politik pihak tertentu dalam kerajaan.
Lanjutan itu, Felda bertindak menyaman Suara Keadilan sebanyak RM200 juta.
Manakala, PKR pula menyifatkan tindakan KDN dengan tidak merujuk kes tersebut ke mahkamah terlebih dahulu sebagai langkah membunuh kebebasan media.- Warga Marhaen
Read More...
Summary only...
Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib menunjukkan edisi akhbar itu bertajuk "Felda Bangkrap" dan surat diterima daripada Kementerian Dalam Negeri hari ini. - Gambar oleh Choo Choy MaySuara Keadilan, akhbar terbitan PKR, tidak akan memohon maaf, malah tidak akan membayar sebarang sen kepada pengurusan Felda sebaliknya bersedia bersemuka dengan agensi persekutuan tersebut berhubung laporan bertajuk ‘Felda Bankrap” bulan lalu.
Pada waktu yang sama, akhbar itu juga akan menemui Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Datuk Seri Mahmood Adam, Ahad ini untuk membolehkan terbitan tersebut dikeluarkan seperti biasa sementara menunggu kelulusan pembaharuan permit penerbitan kelak.
“Saya akan menemui ketua setiausaha KDN untuk mencari jalan penyelesaian sebaik mungkin, saya yakin isu ini dapat diselesaikan dengan sebaik yang mungkin... saya yakin,” kata Editor Suara Keadilan Dzulkarnain Taib kepada The Malaysian Insider ketika ditemui di pejabatnya di sini, hari ini.
Kata beliau, berdasarkan surat rasmi dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri hari ini, Suara Keadilan tidak boleh diterbitkan lagi sehingga permitnya diperbaharui.
Ketika kementerian memutuskan demikian Suara Keadilan dalam proses menerbitkan edisi akan datang, yang dijadual berada di pasaran Selasa ini.
Bagaimanapun penerbitan itu menjadi tanya tanya ekoran keputusan kementerian.
Sehubungan itu kata beliau, sementara Kementerian Dalam Negeri mempertimbangkan penjelasan pihaknya penerbit akhbar tersebut berharap akan menerima kebenaran untuk dibolehkan ia diterbitkan seperti biasa.
Akhbar mingguan itu mempunyai edaran kira-kira 100.000 naskhah dan diedarkan di seluruh negara.
Suara Keadilan menerima permit penerbitan kali pertama pada 2008, selepas pilihan raya umum ke-12.
Permit penerbitan tahunan akhbar mingguan Suara Keadilan luput kelmarin.
Kementerian Dalam Negeri memutuskan untuk tidak memperbaharui permit Suara Keadilan sehingga mereka berpuas hati dengan penjelasan diberikan oleh pengurusan akhbar mingguan itu berhubung laporan mengenai Felda.
Keputusan itu diambil oleh panel khas Kementerian Dalam Negeri semalam.
Dalam satu kenyataan pagi tadi, Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawalan Penerbitan dan Teks al-Quran Kementerian Dalam Negeri Datuk Zaitun Ab. Samad berkata permohonan pembaharuan permit penerbitan Suara Keadilan yang tamat tempoh kelmarin akan hanya dipertimbangkan apabila penjelasan memuaskan diterima daripada pihak penerbitan akhbar itu.
“Bermula dari 1 Julai (semalam), permit penerbitan bagi Suara Keadilan tidak lagi sah dan dengan demikian, penerbitan tersebut tidak boleh dicetak atau diterbitkan,” kata beliau.
Mengikut peruntukan di bawah Seksyen 5(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, tiada seorang pun boleh mencetak, mengimport, menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar atau menawar untuk menerbit, menjual, mengeliling atau mengedar apa-apa akhbar yang dicetak di Malaysia atau di Singapura melainkan jika permit di bawah perengan (a) atau (b) subseksyen (1) seksyen 6 telah diberikan oleh Menteri berkenaan akhbar itu.
Dzulkarnain menerangkan secara teliti situasi Suara Keadilan pada masa ini. - Gambar oleh Choo Choy May
“Satu surat akan dikeluarkan kepada pencetak berkenaan untuk memaklumkan agar tidak mencetak penerbitan ini sehingga satu keputusan mengenai permohonan pembaharuan permit tersebut dikeluarkan oleh kementerian ini,” kata Zaitun.
Panel Penilaian Permohonan Permit Penerbitan dan Lesen Mesin Cetak, Kementerian Dalam Negeri telah bersidang semalam dan ia tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh penerbitan Suara Keadilan berkaitan dengan surat teguran kementerian.
Selain itu, panel tersebut juga tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan oleh Editor Suara Keadilan.
Mengenai saman pengurusan Felda, Dzulkarnain berkata, sebagaimana dimaklumkan oleh Naib Presiden PKR R Sivarasa, pihaknya tidak akan membayar sebarang sen kepada agensi itu.
“Malah kami juga mengambil pendirian tidak akan memohon maaf kepada Felda sebagaimana dituntut oleh Felda semalam,” kata beliau.
Dzulkarnain berkata, pihaknya merasakan mahkamah merupakan tempat yang sesuai untuk mencari kebenaran isu berkenaan.
“Mahkamah akan merupakan tempat untuk memanggil semua pihak pengurusan Felda, pengerusi, menteri untuk memberi memberi keterangan,” katanya.
Sehubungan itu beliau mempertahankan bahawa apa yang dilaporkan adalah satu penerbitan yang adil berdasarkan fakta yang diperoleh daripada sumber-sumber berwibawa.
“Kami tidak melihat adanya elemen-elemen fitnah, ia adalah satu komen yang adil... sepatutnya Felda yang menyediakan kenyataan jika mereka merasakan bahawa laporan kami ini tidak adil, kami sedia untuk menyiarkan... tetapi sekarang isu ini sudah sampai di tahap ini (tuntutan mahkamah),” katanya.
Semalam, Felda mengemukakan notis menuntut ganti rugi RM200 juta serta permohonan maaf daripada PKR berhubung laporan Suara Keadilan, yang mendakwa Felda dikhuatiri akan bankrap.
Selain akhbar milik PKR itu, notis tuntutan menerusi syarikat guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak, turut dihantar kepada penerbit akhbar itu, Syarikat Pelita Koridor Sdn Bhd serta pencetaknya, Syarikat Percetakan NPK Sdn Bhd.
Tuntutan itu dibuat berdasarkan kerosakan reputasi kepada Felda disebabkan tuduhan ia dikhuatiri bankrap yang terkandung dalam Suara Keadilan bertarikh 22-29 Jun lalu.
Suara Keadilan diberi masa tujuh hari untuk membayar ganti rugi berkenaan dan membuat permohonan maaf kepada Felda.
Dalam pada itu, Ibrahim berkata beliau menyambut baik tindakan Kementerian Dalam Negeri menyiasat Suara Perkasa berhubung edisi sulungnya.
“Itu tanggungjawab pihak berkuasa, jadi ia bukan satu isu bagi saya,” kata beliau sambil menambah, pihaknya bersedia untuk menghadapi apa jua tindakan.
“Mungkin selepas ini polis akan menyiasat... kalau mereka mendapati kami salah, sila ambil tindakan. Tetapi kami tidak melakukan apa-apa kesalahan,” kata beliau.
Read More...
Summary only...
Lima buah bas yang membawa peneroka Felda dengan beberapa buah trak polis menyerbu pejabat akhbar PKR, Suara Keadilan (SK) petang ini ekoran laporan muka depan akhbar itu, 'Felda bangkrap' sebelum ini.
Editor online SK, Fadli Osman berkata, kira-kira 200 yang mendakwa peneroka Felda itu sedang berkumpul di perkarangan pejabat mereka di samping beberapa trak polis.
"Tapi saya rasa mereka orang Umno ni," kata beliau ketika dihubungi Harakahdaily dari peiabatnya.
Menurut kakitangan SK yang berada di Parlimen, mereka menerima panggilan dari pejabat mereka, beberapa buah kereta peronda dan trak polis berada di bawah pejabat mereka di Shah Alam sekarang ini.
"Hanya seorang dua sahaja berada di pejabat sekarang dan kami perlu balik segera," kata seorang wartawan SK yang ditemui di Parlimen.
SK sebelum ini melaporkan berita bertajuk 'Felda bangkrap' di muka depannya. Ekoran itu, Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, SK dan beberapa pihak lagi akan disaman ekoran laporan itu.
Pihak Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang mengeluarkan lesen untuk SK telah memanggil editor akhbar rasmi PKR itu beberapa hari lalu dan keputusan dikatakan akan dibuat hari ini berhubung dengan status akhbar itu.
"Saya dimaklumkan, KDN akan membuat keputusan hari ini tentang permit SK," kata Fadli kepada Harakahdaily.
- Harakahdaily
Read More...
Summary only...