Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah hari ini melafazkan cerai talak satu terhadap isterinya, Ramizah Mazlan di Mahkamah Rendah Syariah di sini.
Badrul Hisham, 51, dan Ramizah, 40, mendirikan rumah tangga pada 31 Julai 1993 dan dikurniakan lima anak iaitu Dzarul Ashroff, 17; Dzety Ashikin, 15; Dzureen Arysha, 11; Dzaleen Aryffa, 10, dan Dzarif Ashakimi, 5 tahun.
Perceraian tersebut dilakukan di hadapan Hakim Syarie, Abdul Malek Soleh.
Pada asalnya prosiding itu ditetapkan bagi menyambung perbicaraan permohonan fasakh yang difailkan oleh Ramizah.
Bagaimanapun, peguam syarie Mahyuddin Md Zahari memberitahu, Badrul Hisham bersedia untuk melepaskan Ramizah, yang turut bersetuju untuk menarik semula dakwaan dan keterangan yang telah dikeluarkannya pada perbicaraan lalu.
Pada prosiding itu, Ramizah yang pernah bekerja sebagai penjaga stor diwakili oleh peguam syarie Norrasyada Osman.
Badrul Hisham memenangi kerusi Pelabuhan Klang pada Pilihan Raya Umum 2008 menerusi tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagaimanapun membuat keputusan untuk menjadi ADUN Bebas selepas keluar daripada parti tersebut pada 29 Oktober 2009.
Beliau akhirnya menjadi ahli UMNO secara rasmi apabila mengisi borang keahlian pada Mei 2010.
Pergolakan perkahwinan Badrul Hisham mula menjadi perhatian apabila Ramizah memfailkan permohonan fasakh mengikut Seksyen 52, Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.
Kes tersebut dibicarakan kali pertama pada 28 Jun 2010 dan semasa itu Ramizah diwakili oleh peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang merupakan calon PKR pada Pilihan Raya Sarawak baru-baru ini.
Berdasarkan penyataan tuntutannya yang dikemukakan di mahkamh sebelum ini, Ramizah mendakwa rumah tangga mereka sering bergolak disebabkan oleh sifat Badrul Hisham yang dikatakan berkawan dengan perempuan lain dan cuai dalam tanggung jawabnya sebagai suami.
Ramizah juga mendakwa mereka telah tinggal berasingan sejak 4 Januari 2010 ekoran berlaku salah faham selepas dia mempersoalkan tindakan Badrul Hisham.
18 April 2011
ADUN Pelabuhan Klang Bercerai Talak Satu
19 February 2011
Speaker Teng: Mahkamah tak patut dengar kes Badrul tanpa peguam saya
Speaker DUN Selangor Datuk Teng Chang Khim terkilan kerana Mahkamah Tinggi Shah Alam terus mendengar permohonan Badrul Hisham Abdullah berhubung status kerusi Pelabuhan Klang, sekali gus mencapai keputusan hari ini tanpa kehadiran peguam beliau.
Dalam satu kenyataan dikeluarkan petang ini, Teng (gambar) berkata mahkamah sepatutnya tidak meneruskan pendengaran itu tanpa kehadiran peguamnya.
Beliau berkata pada 11 Februari lalu, peguamnya Tommy Thomas telah memohon untuk penangguhan atas alasan bahawa beliau akan menghadiri perbicaraan tiga hari mulai 16 Februari di Mahkamah Tinggi Johor Baru di mana tarikh pendengaran ditetapkan sebulan lalu.
Teng berkata pada 14 Februari, peguamnya menerima sepucuk surat dari Mahkamah Tinggi yang menolak permohonannya untuk penangguhan bagi pendengaran itu yang pada awalnya ditetapkan semalam.
“Bagaimanapun, pada 16 Februari, penolong peguam saya hadir pada pengurusan kes di hadapan pendaftar kes dan walaupun dimaklumkan bahawa Tommy akan berada di Johor Baru, timbalan pendaftar berkeras menetapkan perkara itu untuk pendengaran hari ini.
“Oleh itu, peguam saya menghantar penolongnya untuk memohon penangguhan hari ini tetapi tidak dibenarkan. Keputusan mahkamah menolak permohonan peguam saya bagi penangguhan pendengaran saman yang difailkan terhadap saya oleh Badrul Hisham tidak adil dan tidak pernah berlaku sebelum ini,” katanya dipetik Bernama.
Teng berkata beliau akan mengarahkan peguamnya untuk memohon bagi mengetepikan penghakiman, paling awal menjelang minggu depan.
Kontroversi itu timbul selepas Teng mengisytiharkan bahawa kerusi Pelabuhan Klang kosong pada 16 Januari dengan menyatakan bahawa Badrul Hisham gagal menghadiri persidangan DUN selama enam bulan tanpa sebab yang sah.
Pada 24 Januari, Badrul Hisham memfailkan saman pemula memohon satu pengisytiharan bahawa beliau masih Adun Pelabuhan Klang dan berhak menghadiri persidangan dewan.
Beliau juga memohon pengisytiharan bahawa kerusi Pelabuhan Klang tidak kosong.
Pada 11 Februari, Teng memfailkan permohonan untuk menolak saman pemula Badrul Hisham dengan menyatakan bahawa beliau dilindungi oleh imuniti berdasarkan Artikel 72 Perlembagaan Persekutuan daripada sebarang tindakan undang-undang oleh Badrul Hisham.
Ketika ditemui pemberita di pekarangan mahkamah, Teng berkata beliau berpendapat bahawa keputusan yang diumumkan mahkamah hari ini bukan terikat.
“Saya masih menegskan bahawa deklarasi (saya) masih kekal,” kata beliau.
Teng berkata Badrul Hisham masih boleh dihalang daripada menghadiri sidang DUN akan datang jika permohonannya untuk mengetepikan keputusan hari ini berjaya kelak.
Sidang DUN akan bersidang pada 28 Mac ini.
Sambil menyifatkannya sebagai keputusan tertinggi yang paling tidak munasabah, Teng berkata: “dalam kes ini, keadilan telah dikuburkan.”
Hari ini mahkamah memutuskan Badrul Hisham kekal sebagai Adun Pelabuhan Klang.
Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Zaleha Yusof membuat keputusan itu dalam kamarnya setelah mendengar saman pemula yang difailkan oleh Badrul Hisham terhadap Teng ekoran tindakannya mengisytiharkan kerusi itu kosong pada 16 Januari lalu.
Pada masa yang sama, Zaleha turut memerintahkan Teng untuk menjelaskan kos sebanyak RM40,000 kerana tindakannya mengisytiharkan kerusi itu kosong.
18 February 2011
Mahkamah: Badrul Hisham masih ADUN Pelabuhan Klang
Mahkamah Tinggi Shah Alam memutuskan bahawa Badrul Hisham Abdullah masih merupakan ADUN Pelabuhan Klang.
Hakim Zaleha Yusof membuat keputusan tersebut selepas mendengar hujah berdasarkan kepada saman pemula.
Kerusi DUN Pelabuhan Klang itu telah diisytiharkan kosong oleh Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada 19 Januari lalu.
Menurut Teng, Badrul Hisham, tidak menghadiri sidang dewan tanpa cuti selama lebih kurang enam bulan sejak bulan 16 Julai tahun lalu.
Mengikut Perlembagaan Selangor, kerusi DUN dianggap kosong jika wakil rakyatnya tidak hadir sidang dewan tanpa cuti selama enam bulan.
Badrul Hisham telah memfailkan saman pemula untuk mengisytiharkan bahawa pengumuman Teng itu tidak sah dan terbatal, serta memfailkan injunksi untuk menghalang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) daripada mengisytiharkan pilihan raya kecil di DUN yang diwakilinya.
Beliau diwakili oleh peguam Hafarizam Harun dan Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin.
Manakala SPR pula diwakili oleh peguam kanan persekutuan Kamaluddin Md Said.
24 January 2011
Takziah Buat Adun Pelabuhan Klang.. Hahaha

Malaysia Kini dalam laporan pendeknya mendedahkan bahawa bekas ADUN Perlabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah muncul tetapi tidak dibenarkan masuk ke DUN. Hanya menonton persidangan melalui skrin besar.
Takziah Badrul! Lain kali jangan suka ponteng!
22 January 2011
Awas Polis ! DUN Selangor Akan Diceroboh Orang Gila
BADRUL AKAN HADIR SIDANG DUN ISNIN 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah (gambar) bertegas akan tetap menghadiri Sidang Dewan Undangan Negeri 24 Januari ini. “Saya telah merujuk perkara ini kepada peguam, sehingga kini saya masih lagi ADUN yang sah jadi saya tetap akan hadir. ADUN Barisan Nasional (BN) yang lain juga akan bersama-sama saya menghadiri sidang itu nanti,” ujarnya.
Menurutnya, apa yang terjadi ini adalah satu konspirasi PKR untuk mendapat 2/3 bagi membolehkan mereka memenuhi nafsu sarakah mereka untuk berkuasa sepenuhnya walaupun pada hakikatnya mereka tidak akan mampu memperolehi majoriti tersebut.
“ADUN dalam Selangor seramai 56 orang. ADUN BN 20 dan bebas seorang. Tapi kalau ikut, Bebas dah takde sebab saya telah menyertai UMNO. Mereka hanya seramai 35 orang. Masih kurang dua sokongan.
“Saya tidak fikir ada ADUN dari BN akan bersetuju dengan mereka. Jadi mana mereka nak dapat 2/3. Jadi, mereka hanya nak meminimumkan kerusi lawan sahaja.
“Saya dan ADUN BN yang lain akan memastikan PKR tidak boleh bertindak sewenang-wenangnya. Apapun yang terjadi, saya akan mempertahankan jawatan saya. Malah saya akan membawa perkara ini ke mahkamah,” ujarnya kepada UMNO-Online.
Badrul akan menfailkan injuksi bagi mempertahankan kerusi itu setelah beliau menerima notis pengosongan secara rasmi daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor, Datuk Teng Chang Khim.
“Sekiranya saya telah menerima notis, saya tidak akan teragak-agak untuk menfailkan injuksi,” ujarnya.
Kelmarin, Chang Kom mengistiharkan kerusi DUN Pelabuhan Klang kosong berikutan Badrul menghadiri sidang Dewan salama enam bulan tanpa alasan yang munasabah. Keputusan itu berkuatkuaa 16 Januari lalu.
Walau bagaimanapun Badrul menolak alasan yang diberikan Chang Kim dan mengisytiharkan dirinya masih ADUN Pelabuhan Klang yang sah.
KL-Today
21 January 2011
Percayalah.. Tragedi Hitam Dun Seputeh Pasti Berulang Di Dun Pelabuhan Klang
Speaker maklum SPR kerusi Pelabuhan Klang kosong, gesa adakan pilihan raya
Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor Teng Chang Khim sudah memaklumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kekosongan kerusi Pelabuhan Klang sambil menegaskan, wakil rakyatnya Badrul Hisham Abdullah bukan lagi Adun kawasan itu.
Justeru, Teng juga menegaskan, Perlembagaan Negeri Selangor menjelaskan bahawa kuasa untuk mengisytiharkan kekosongan biasa terletak pada tangan speaker, bukannya pihak SPR.
Oleh itu kata beliau, SPR perlu memanggil pilihan raya kecil – yang ke-16 – dalam tempoh 60 hari.
“Saya sudah pun menghantar notis bersama deklarasi kekosongan kerusi Pelabuhan Klang dalam DUN Selangor, yang dahulunya disandang oleh Yang Bhg En Badrul Hisham Abdullah kepada pejabat SPR,” kata beliau pada sidang media di pejabatnya hari ini.
