KUALA LUMPUR, 29 Jan — Datuk Seri Najib Razak (gambar) mengatakan hari ini beliau menjangkakan pembangkang akan mengkritiknya kerana beliau mencadangkan Permata diberikan tugas untuk membantu menyediakan pusat jagaan kanak-kanak kerana melibatkan isternya.
Bercakap dalam seminar disini, perdana menteri mencadangkan Permata, yang mana isterinya Datin Seri Rosmah Mansor adalah penaung, bekerjasama dengan Majlis Pertubuhan Wanita Kebangsaan (NCWO) untuk mendirikan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak untuk meningkatkan penyertaan wanita dalam tenaga kerja.
“Lupakan (fakta tentang) isteri (saya) yang terlibat. Kerja dengan Permata kerana ia adalah program untuk pendidikan awal,” kata Najib dalam ucapannya semasa di seminar “Wanita Sebagai Pemandu Transformasi” disini.
“Tetapi kita tahu pembangkang akan memperkecilkannya jika Permata terlibat. Pembangkang, mereka tidak konstruktif. Mereka hanya tahu untuk memperkecilkan semua perkara.”
Rosmah telah dikaitkan dengan beberapa pertuduhan rasuah termasuklah pertuduhan pengelibatannya sebagai pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu dimana beliau seringkali menafikannya.
Isteri perdana menteri itu juga dituduh mempunyai kekayaan luar biasa sehingga terpaksa menafikan baru-baru ini pernah membeli cincin berlian berharga RM24juta.
Pertuduhan pertama timbul pada 2011 apabila bekas ahli majlis pimpinan pusat Badrul Hisham Shaharin mendakwa beliau menerima maklumat cincin berharga RM24,458,400 diterbangkan ke Kuala Lumpur dengan Rosmah sebagai penerimanya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz menjelaskan kemudian walaupun cincin itu dibawa masuk ke dalam negara, ianya tidak berjaya dijual dan akhirnya dikembalikan kepada syarikat yang memilikinya.
Rosmah juga mendakwa beliau telah menjadi nombor sasaran nombor satu pembangkang, walaupun bukan seorang ahli politik.
Najib, dalam mempertahankan isterinya telah berkata, pembangkang "kehabisan idea" untuk menyerang pentadbiran beliau dan mengatakan serangan peribadi dengan menjadikan Rosmah sasaran.
Perdana Menteri dalam ucapannya hari ini menggesa pengundi agar tidak terpengaruh dengan retorik pembangkang, mengulangi pembangkang tidak berminat untuk memainkan peranan konstruktif kerana menyerang lawatan beliau ke Gaza, Palestin baru-baru ini.
"Sehinggakan perjalanan Gaza saya diperkecilkan. Mereka tidak konstruktif," kata Najib.- MI
Read More...
Summary only...
Walaupun bajet kali ini tidak dinyatakan secara khusus peruntukan untuk program Permata, tapi saya pasti tidak mustahil peruntukan tersebut diselit pada mana-mana program kerajaan," jelas Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar.
Pada Bajet 2012 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak petang semalam telah memperlihatkan tiada peruntukan khusus diberikan kepada Program Permata sedangkan pada bajet sebelum ini sebanyak RM110 juta telah diperuntukkan bagi melaksanakan program tersebut.
Mahfuz juga menjelaskan tindakan Najib untuk tidak menyenaraikan peruntukan tersebut mungkin telah menyedari bahawa terdapat bantahan dari rakyat.
"Mungkin beliau sudah menyedari bahawa rakyat sudah memberontak dengan tindaknya sebelum ini yang telah memberi peruntukan kepada isterinya sendiri, Datin Seri Rosmah Mansor.
"Tetapi dalam pada itu walaupun tiada penyenarai kita perlu melihat kembali kemungkinan besar peruntukan tersebut dimasukkan ke dalam peruntukan-peruntukan yang lain dan ini bagi mengaburi rakyat di luar," jelasnya.
Tambahnya lagi, adalah satu yang mustahil kalau sebelum ini peruntukan diberi tetapi kali ini tidak dinyatakan langsung.
"Kalau dulu ada peruntukan dan kali ini tidak dinyatakan bukankah itu satu yang pelik dan apa yang telah terjadi kepada program tersebut berjaya ataupun tidak, jika betul tidak disediakan peruntukan Najib perlu jelaskan status program Permata dan apa yang terjadi kepada peruntukan sebelum ini.
"Jika peruntukan untuk Permata tetap ada sila nyatakan secara jelas dan rakyat perlu tahu jangan diselindungkan hanya untuk kepentingan undi pada pilihanraya yang akan datang," jelas Ahli Parlimen Pokok Sena itu lagi.
Sementara itu, Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamarudin juga bersetuju bahawa secara kasar memang tiada peruntukan diberikan tetapi jika dihalusi ia diselindung di bawah program tertentu.
"Memang kita tidak melihat peruntukan diberikan tetapi saya pasti peruntukan sebenarnya ada tetapi dimasukkan di bawah program tertentu.
"Dalam pada itu saya tidak menolak melalui bajet tambahan mungkin selepas pilihan raya nanti, satu nilai yang besar akan diberikan khusus kepada program Permata dan inilah cara yang digunakan oleh kerajaan bagi mengaburi mata rakyat untuk mendapat undi kepada mereka.
"Rakyat sudah jemu dengan sikap Najib kerana telah merajakan isterinya dengan pelbagai kemudahan kewangan sedangkan Perdana Menteri sebelum ini tidak menpunyai sikap sepertinya," kata Ahli Parlimen Ampang itu.
Read More...
Summary only...
POKOK SENA: Program Permata Negara (PPN) memerlukan peruntukan yang lebih bagi memperluaskan pembangunan pusat berkenaan di kawasan yang memerlukan terutama di luar bandar.
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kerja Penyelarasan Permata Negara berkata penubuhan pusat itu di luar bandar akan memastikan kanak-kanak terutama di bawah usia empat tahun, dapat mengikuti proses pembelajaran terbaik, lebih sistematik dan saintifik.
“Saya sangat berharap supaya kerajaan dapat menambah peruntukan untuk program Permata ini kerana ia mendapat permintaan yang ramai daripada ibu bapa dan sekarang setiap pusat hanya dapat menampung lebih kurang 50 pelajar,” katanya hari ini.
Beliau yang ditemui pemberita selepas melawat Pusat Anak Permata Negara (PAPN) Parlimen Pokok Sena di sini, berkata setakat ini Kedah hanya mempunyai dua PAPN, manakala 41 tabika Kemas, tiga tabika Perpaduan dan satu pusat jagaan di tempat kerja menggunakan sukatan pelajaran PPN.
“Saya berpuas hati dengan perkembangan pusat Permata di Pokok Sena ini dan telah adakan perbualan serta penerangan kepada ibu bapa yang mana anak mereka hadir ke pusat ini,” katanya.
Rosmah berkata satu lagi PAPN bakal ditubuhkan di negeri ini iaitu di Guar Chempedak di Yan dan dijangka beroperasi awal 2012.
PAPN itu antara 28 PAPN yang ditubuhkan di bawah Rancangan Malaysia ke-10, katanya.
Mengenai tenaga pengajar di PAPN, beliau berkata setakat ini ia mencukupi kerana mendapat permohonan terus daripada graduan yang baru menamatkan pengajian sama ada di peringkat diploma atau ijazah.
“Tenaga pengajar tiada masalah sebab kita dapat banyak permohonan terutama daripada mahasiswi yang baru tamat pengajian dalam bidang Early Childhood Education dan mereka diberi kursus khas sebelum mula mengajar,” katanya.
Sementara itu ketika berucap, beliau berkata PPN tidak mempunyai kepentingan politik, sebaliknya penubuhan pusat itu adalah demi masa depan kanak-kanak dalam memastikan mereka mendapat pendidikan yang baik, efektif serta berkualiti tanpa memerlukan belanja yang besar.
“Sesiapa sahaja boleh mendaftar di Permata Negara, tidak kira fahaman politik, bangsa dan agama kerana kita mendidik anak-anak sifat jati diri, sifat mulia seperti bersopan santun dan bijak berinteraksi.
“Kalau kerajaan beri lebih sikit jangan marah sebab itu untuk kebaikan rakyat seluruhnya terutama kanak-kanak,” katanya.
- Bernama
Read More...
Summary only...