Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berpendapat rakannya di Dewan Rakyat Tian Chua wajar dilucutkan kelayakan sebagai Ahli Parlimen Batu berdasarkan peruntukan undang-undang walaupun hakim berpendapat pilihan raya kecil perlu dielakkan.
Sehubungan itu, Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas ini berkata Dewan Rakyat juga wajar mengisytiharkan kerusi Batu sebagai “kosong” dan pilihan raya kecil sepatutnya diadakan bagi menghormati peruntukan undang-undang.
“Peruntukan undang-undang mengekehendaki hakim buat keputusan berteraskan kepada undang-undang semata-mata, bukan tujuan mengelakkan pilihan raya kerana itu bukan peranan mengikut doktrin pemisahan kuasa,” kata beliau dalam kenyataan dikeluarkan menerusi teks SMS.
Ibrahim menyatakan demikian ketika wujud polemik tentang status Chua selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengurangkan hukuman denda daripada RM3,000 kepada RM2,000 pada Khamis lalu.
Ditanya mengenai hasrat hakim mahu mengelakkan pembaziran duit rakyat dan tidak mahu diadakan pilihan raya kecil, Ibrahim menambah, isunya bukan membazir ataupun tidak, sebaliknya asas perundangan perlu dipertahankan.
“Isunya bukan membazir atau tidak... ini isu perundangan,” kata beliau lagi.
Oleh itu kata Ibrahim, adalah tidak wajar kedudukan Chua yang juga Pengarah Strategi PKR dikaitkan dengan dasar perlu atau tidak pilihan raya kecil kerana beliau merupakan seorang Ahli Parlimen yang turut menggubal undang-undang tetapi melanggar undang-undang dengan mencederakan anggota polis.
Nasib Chua kini terletak di tangan Speaker Dewan Rakyat yang akan menentukan statusnya.
22 June 2010
Katak Gila Nie Teringin Nak Jadi Speaker
19 April 2010
Berdosa Kalau Tak Sokong Bukan Melayu Lawan Melayu - Ibrahim Ali
Ahli Parlimen Bebas Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali malam tadi muncul di pentas ceramah Barisan Nasional (BN) untuk menyokong calon BN, P. Kamalanathan yang bertanding dalam pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor.
Beliau berkata, adalah satu dosa sekiranya beliau tidak datang ke Hulu Selangor untuk menyokong Kamalanathan demi kepentingan orang Melayu dan negara.
Menurut Ibrahim, beliau mengenali calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim yang bertanding dalam pilihan raya kecil itu sejak tahun 1972 ketika menuntut di Institut Teknologi Mara (ITM - kini Universiti Teknologi Mara).
Ketika itu, Ibrahim merupakan Presiden Persatuan Pelajar ITM manakala Zaid ialah timbalannya.
"Zaid kemudiannya dipecat kerana kerjanya asyik berjoget-joget," kata Ibrahim ketika berucap pada ceramah di Bandar Utama Batang Kali di sini malam tadi sambil disambut dengan gelak ketawa para hadirin.
Ibrahim memberitahu, beliau akan membuat pendedahan mengenai Zaid pada 21 dan 23 April ini dalam siri program ceramah pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor. -Ref:kosmo19
