BlogList Malaysia
Showing posts with label nasrudin tantawi. pemuda pas. Show all posts
Showing posts with label nasrudin tantawi. pemuda pas. Show all posts

20 February 2013

Ketua Pemuda Pas Kesal Bloggers PR Serang Dr. Fadzilah Kamsah

KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Nasrudin Hassan melahirkan kekesalan terhadap apa yang dilakukan ke atas pakar motivasi, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah.

“Biarpun kita tidak bersetuju dengan pandangan dan kritikan beliau, namun janganlah sampai menghina dan mengaibkannya sedemikian rupa, itu bukan akhlak kita berjuang,” tulis beliau di Facebooknya.


Justeru, penegasan beliau buat kesekian kalinya, khas dihulurkan kepada semua rakan-rakan pimpinan, penceramah, facebooker, blogger, websiter dari Pakatan Rakyat agar tidak membalas hujah dengan kejian dan makian atau menyerang lawan dengan memburukkan peribadi dan hal anak beranaknya.

“Kekalkan rentak menentang penyelewengan, penipuan dan fitnah lawan atau mana-mana pihak dengan hujah yang berasaskan nas, fakta dan figure,” ujarnya lagi.


Read More...

31 October 2012

Hudud: Pemuda PAS putuskan mengadap Agong

Pemuda PAS hari ini memutuskan untuk mengadap Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi mengetengahkan isu kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Chua Soi Lek berkaitan hudud yang didakwa menghina Islam.

Tindakan itu diambil ekoran tempoh seminggu yang diberikan mereka supaya Chua memohon maaf bermula 24 Oktober lalu bukan sahaja tidak diendahkan, tetapi juga didakwa "dibakulsampahkan".

"Bagi Pemuda PAS Malaysia, sudah sampai masanya untuk Yang di-Pertuan Agong mengetahui tindakan MCA yang berulang kali telah menghina Islam selaku agama rasmi (yang termaktub) dalam perlembagaan Malaysia," kata setiausahanya Khairul Faizi Ahmad Kamil.

http://www.malaysiakini.com/news/213036


Read More...

03 May 2011

‘Apakah Presiden MCA mahu musuhi umat Islam’

Pemuda PAS pusat menyifatkan kenyataan komponen BN-MCA kononnya mahu menutup pintu kepada parti itu jika tidak sanggup menggugurkan prinsip negara Islamnya sebagai satu “pendirian keterlaluan, melampau dan cuba mencipta permusuhan” dengan umat Islam.

Pengarah pilihan rayanya, Mohd Firdaus Jaafar berkata, kenyataan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kelmarin, yang menimbulkan sentimen perkauman dan keagamaan, tidak wajar wujud kerana umat Islam bukan sahaja majoriti dalam negara, malah Islam adalah agama persekutuan.

“Apakah masalahnya jika PAS meletakkan prinsip Islamnya yang bertepatan dengan agama persekutuan ini dan adakah MCA mahu bermusuhan dengan PAS atau bermusuhan dengan umat Islam negara ini?” kata beliau dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.


Kelmarin, Dr Chua berkata MCA menutup pintu menyertai BN kepada PAS kecuali ia sanggup menggugurkan prinsip-prinsip negara Islamnya terlebih dahulu.

Bekas menteri kesihatan itu berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedar bahawa partinya tidak akan menerima PAS menukar Malaysia menjadi sebuah negara Islam.

“Pendirian MCA adalah sangat jelas bahawa kami tidak akan menerima PAS dalam usaha mereka menjadikan negara ini negara Islam. Kami tidak akan menerima yang itu dan Perdana Menteri juga memang sedar akan pendirian MCA ini,” kata beliau.

“Mereka boleh menyertai BN jika mereka sanggup menggugurkan dasar menjadikan negara ini sebagai negara Islam,” kata beliau.

Sabtu lalu, Najib berkata PAS patut keluar Pakatan Rakyat jikapun tidak memutuskan untuk tidak menyertai BN.

Sehubungan itu Perdana Menteri mendakwa PAS tidak pernah untung apa-apa pun dalam Pakatan Rakyat, malah mereka hanyalah menjadi alat kepada DAP.

Najib berkata, pada pilihan raya negeri Sarawak baru-baru ini misalnya, PAS telah bekerja keras, sebaliknya DAP yang dilihat meraih kejayaan daripada usaha keras mereka itu.

“Kita lihat poster di sini (Terengganu) “PAS ganti Umno”, realitinya “DAP ganti PAS”, di Sarawak (pilihan raya negeri 16 April lepas), PAS berkempen berhempas pulas, akhirnya, yang untung, DAP,” kata beliau.

“PAS, cukuplah dalam Pakatan Rakyat, alihlah kepada yang lain, tak masuk BN pun tak apa, tetapi keluarlah dari Pakatan,” kata beliau ketika berucap pada majlis perasmian Pangsapuri Rakyat Pulau Duyong.

Selain itu, Najib yang juga Presiden Umno dilaporkan mempelawa PAS agar menyertai BN dengan berkata, sudah tiba masanya PAS meninggalkan DAP atas alasan ternyata tidak pernah sekalipun memperjuangkan Islam.

“Kenapa buat baik dengan DAP? Adakah DAP boleh perjuangkan Islam?

“Hadi, cukup-cukuplah dengan DAP, tinggalkan DAP, masuk BN,” kata Perdana Menteri ketika berucap pada majlis Perjumpaan Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Dewan Undangan Negeri kawasan Manir di Kampung Pulau Bahagia dekat Kuala Terengganu.

Firdaus juga berkata kenyataan Soi Lek membenarkan Umno sebagai parti sekular dan tidak berkehendakkan Islam telah menjelaskan “siapa Umno sebenarnya di sisi rakyat dan BN.”

“Ternyata kenyataan beliau membenarkan bahawa Umno sememang parti sekular dan tidak berkehendakkan Islam,” kata beliau lagi.

Kata beliau lagi, perkataan Islam hanya bermain di bibir mereka sahaja di hadapan orang Melayu.

Oleh itu katanya, mana mungkin MCA boleh menerima kehadiran Umno sebagai peneraju BN dalam keadaan ia mahu melaksanakan Islam.

“Ini menjelaskan lagi bahawa Umno bukanlah parti untuk umat Islam dan rakyat khususnya yang beragama Islam dan mahukan Islam tidak boleh bernaung di bawah Umno.

“Mana mungkin Umno berani melaksanakan Islam sekiranya parti komponen mereka sendiri menentang,” kata beliau sambil menambah, keadaan itu berbeza dengan Pakatan Rakyat (PR) kerana DAP lebih menghormati prinsip Islam yang diperjuangkan oleh PAS.

“Pengerusi DAP, YB Karpal Singh ketika berucap di Konvensyen PR tahun lalu juga menyebut dengan jelas akan komitmen parti itu mempertahankan Islam sebagai agama rasmi bersama-sama PR,” katanya.

Faridaus berkata Pemuda PAS pusat mahu menegaskan bahawa PAS tetap dengan prinsip Islamnya, walau dengan siapa PAS berkawan.

“Prinsip Islam dalam PAS telah termaktub sejak hari pertama penubuhannya dan ia konsisten sehingga ke hari ini.

“Pemuda PAS pusat juga menegaskan bahawa PAS tetap bersama dengan Pakatan Rakyat yang menjadi harapan rakyat ketika ini untuk menggantikan BN yang semakin lemah,” katanya.

Kata bekliau, PAS tidak akan terhegeh-hegeh untuk menerima pelawaan Umno kerana PAS sentiasa menjaga setiakawan bersama PR.

“Namun sebaliknya Umno atau MCA perlu keluar dari BN dan bersama-sama PR bagi meneruskan survival parti mereka yang sudah semakin hilang sokongan rakyat,” katanya lagi.

SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

04 January 2011

Ketua Pemuda Pas Yang Teramat Bijak

Nasrudin tawar Khairy masuk PAS

"Marilah bersama saya dan rakan - rakan Dewan Pemuda PAS untuk menyertai perjuangan Islam," kata Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan Tantawi kepada Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin.

Kenyataan Nasrudin ini dibuat ekoran kenyataan Khairy yang menyatakan hasrat untuk berundur dari pentas politik dan tidak lagi bersedia untuk mempertahankan kerusi Parlimen Rembau yang beliau wakili sekarang.

"Saya mengajak Khairy mempelopori gerakan anak muda yang bangkit seimbang antara tuntutan Amal Islami dengan keperluan Transformasi Politik dalam negara kita," kata Nasrudin.


Bagi Nasrudin, Umno di bawah kepimpinan Datuk Seri Najib jelas tidak mahu menghargai malah tidak menghormati Khairy Jamaludin yang dipilih sebagai pemimpin Pergerakan Pemuda Umno sebaliknya mengambil Datuk Razali orang no 2 dalam Pergerakan Pemuda Umno ke jawatan Timbalan Menteri.

"Ini juga dilihat satu tamparan hebat buat Khairy Jamaludin," katanya.

Bagaimanapun, kata Nasrudin, beliau menghormati hasrat peribadi Khairy dan menyifatkannya sebagai "satu manifestasi penyisihan beliau dari menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Abd Razak sebelum ini sedang beliau adalah Ketua Pergerakan Pemuda Umno Kebangsaan dan Ahli Parlimen Rembau."

Menurut Nasrudin, Khairy mempunyai potensi dan bakat kepimpinan yang baik terutama untuk mendekati anak - anak muda negara pada hari ini "dan saya kira ia lebih sempurna serta menjadi nilai tambah yang lebih baik jika Khairy melengkapkan diri dengan ilmu dan fikrah Islam yang mantap lalu menyertai Gerakan Islam ini untuk memperjuangkan Islam dan memimpin anak - anak muda menerajui kebangkitan dan perubahan era ini ke arah membina peradaban yang sejahtera dan negara yang aman membangun."

"Tidak baik mempersiakan bakat kepimpinan yang sedia ada sedang ia masih boleh digilap dan disempurnakan untuk menjadi seorang pemimpin anak muda yang berilmu dan beramal soleh," tambahnya.

"Jika Khairy sudah berasa letih dan bosan dengan politik lalu memilih untuk berehat , saya jangka ia adalah respon kepada situasi politik dalaman Umno yang beliau hadapi," katanya lagi .

Katanya, jiwa seorang pejuang mana mungkin boleh berehat dari perjuangannya.

"Justeru itu saya menghulur tangan mengundang Khairy Jamaludin untuk menyertai perjuangan Islam ini kerana indahnya perjuangan ini , ia tidak semata - mata berorientasikan gerakan politik sebaliknya diseimbangkan dengan gerakan tarbiyyah untuk membina aqidah yang benar, pemikiran Islam yang jelas dan syakhsiyah yang soleh serta gerakan dakwah untuk menyedarkan ummah agar kembali mengabdikan diri kepada Allah swt.

"Akhirnya saya mendoakan agar rakan sejawatan saya Sdr Khairy Jamaludin dikurniakan Allah swt akan kesejahteraan serta kekuatan untuk mendepani cabaran dan pentunjuk demi membuat pilihan yang tepat dan benar," kata Nasrudin lagi dalam kenyataannya itu.

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas