KUALA LUMPUR, 2 Nov: PKR menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Norden berhubung Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) tidak masuk akal.
“Bagaimanakah tindakan menghalang pelajar menyertai parti politik membolehkan mereka berfikir secara kritis tanpa sebarang sekatan?” tanya pengarah komunikasinya, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satui kenyataan.
Katanya, banyak universiti berprestij dunia tidak mempunyai sekatan tersebut namun kerajaan kita menghantar pelajar-pelajar terbaik negara ke universiti-universiti tersebut.
Apatah lagi, ujarnya Khaled seolah-olah terlupa bahawa ada segelintir kecil individu di dalam partinya sendiri yang ada pandangan mereka sendiri termasuk mengenai Auku.
“Adakah beliau terlupa tentang timbalan menterinya sendiri, Datuk Saifuddin Abdullah yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno?” soalnya lagi.
Nazmi menyatakan demikian sebagai respons kepada laporan akhbar The Star hari ini bahawa Khaled akan merujuk kepada Kabinet sama ada untuk membuat rayuan atau tidak terhadap keputusan Mahkamah Tinggi baru-baru ini yang mengumumkan satu seksyen Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) sebagai tidak sejajar dengan Perlembagaan Persekutuan.
Khaled dilaporkan berkata:
“Objektif utama pendidikan ialah untuk menggalakkan pelajar berfikir secara konstruktif dan kritis tanpa sebarang sekatan.
“Atas sebab itulah kami merasakan tidak wajar membenarkan pelajar menyertai parti-parti politik. Sekiranya pelajar memegang jawatan dalam sesebuah parti, mereka terikat kepada ideologi parti tersebut.
“Dengan menurut pendirian parti, pelajar tersebut akan hanya mempunyai pandangan orang lain bukan dirinya…
“Sekiranya kita benar-benar mahu memberikan keutamaan kepada kebebasan berpersatuan dan bukan pelajaran, saya tiada masalah.”
Nazmi berkata, kerajaan tidak patut membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu untuk membenarkan pelajar-pelajar hak yang telah dinafikan sekian lama.
“Akta inilah yang menyumbang terhadap sekatan pemikiran konstruktif dan kritis yang Khaled nyatakan sebagai matlamat pendidikan,” ujarnya.
02 November 2011
Lagi Kenyataan Tak Masuk Akal Menteri UMNO
11 June 2011
PAS tak perlu minta maaf, Khaled Nordin merapu
Mohamad Sabu menegaskan PAS tidak perlu meminta maaf berhubung konsep negara berkebajikan dibawa parti itu sambil menyifatkan kenyataan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin kelmarin sebagai “merapu.”
Timbalan Presiden PAS berkata, gesaan pemimpin Umno itu yang meminta agar PAS memohon maaf kepada Umno merupakan kenyataan yang sengaja dibuat menjelang pilihan raya umum.
“Nak buat apa minta maaf. Mereka ini merapulah. Ini kenyataan orang yang pening. Kenyataan ini biasalah...kenyataan menjelang pilihan raya. PAS tak nak respons. Sebab ini bukan kenyataan rasmi. Ini kenyataan biasa,” katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.
Berdasarkan laporan media semalam, Khaled dipetik berkata, PAS yang selama ini memperjuangkan dasar menegakkan Islam tetapi mengetengahkan konsep negara berkebajikan sewajarnya meminta maaf kepada Umno kerana sering menuduh parti pemerintah itu tidak betul dan pelbagai tuduhan lain termasuk mengkafirkan mereka yang tidak mengikut perjuangan parti itu.
Khaled juga berkata, PAS perlu berbuat demikian kerana pelbagai tuduhan mereka itu menyebabkan rakyat terutama masyarakat Melayu berpecah belah dan keadaan negara tidak tenteram.
Sementara itu, Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Harun Taib pula menegaskan partinya tidak perlu meminta maaf kepada Umno seperti diminta Khaled. Pesuruhjaya PAS Terengganu ini memberitahu semua dakwaan PAS terhadap Umno selama ini adalah benar.
“Semua dakwaan PAS kepada Umno betul. Sehingga kini Umno tidak menerima Islam sebagai dasar negara. Lihat sahaja undang-undang, dasar ekonomi, pendidikan, pentadbiran masih belum menjadikan Islam sebagai dasarnya.
“Kenyataan PAS sebelum ini adalah benar dan PAS tak perlu meminta maaf,” katanya lagi.
05 February 2011
Krisis Mesir - Khalid Nordin Pembohong
Menteri digesa tarik balik hina pelajar agama
KOTA BHARU, 5 Feb: Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khalid Nordin disifatkan menghina pelajar agama di Mesir apabila berkata pihak kementerian menghadapi kesulitan menghubungi pelajar bidang agama di Mesir disebabkan tidak berdaftar dengan kementerian.
Kenyataan itu yang disiarkan dalam Akbar semalam bertajuk “Tiada Pilih Kasih Bawa Pulang Pelajar Dari Mesir” yang boleh disifatkan sebagai tidak benar dan berniat memburuk-burukkan pelajar pengajian bidang agama di Mesir.
Demikian kata Setiausaha Alumni Kesatuan Pelajar Kelantan Mesir (KPKM), Ustaz Md. Asri Mat Daud dalam satu Kenyataan mereka hari ini.
Menurut beliau, Kenyataan Khalid adalah tidak benar sama sekali kerana semua pelajar yang melamjutkan pelajaran di Mesir mestilah melalui Kementerian Pengajian Tinggi dan mereka tidak boleh belajar sekiranya dokumen mereka tidak diuruskan oleh pihak kementerian dan Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK).
Tambahan pula, semua nama pelajar-pelajar yang berada di Mesir adalah di bawah pengetahuan persatuan pelajar di setiap negeri dan pihak mereka telah menghantar nama-nama tersebut kepada JPMK.
Pelajar Malaysia pula mestilah memiliki kad pelajar daripada pihak JPMK setiap kali ingin berurusan dengan Jabatan Penuntut.
Oleh itu, tidak timbul isu mereka yang tidak berdaftar tetapi apa yang pasti kesulitan yang dihadapi adalah kegagalan pihak kementerian dan Jabatan Penuntut Malaysia di Mesir melaksanakan tugas dengan baik dan mengabaikan urusan kebajikan pelajar sehinggalah keadaan menjadi kelam kabut apabila situasi getir seperti sekarang berlaku.
Pihak Alumni KPKM mendesak agar menteri berkenaan tidak sewenang-wenang melemparkan tuduhan dan emnadikan perara tersebut sebagai alasan yang boleh mengesahkan lagi diskriminasi terhadap pelajar agama yang telah lama wujud.
Sementara itu, Gerakan membantu pelajar Mesir (GETIR) Alumni KPKM terus memberikan bantuan kepada pelajar di Mesir.
“Terkini, pengerusi GETIR Ustaz Zulkifli Yusuf telah berlepas dari lapangan terbang Kota Bharu menuju ke Mesir dengan kapal terbang Singapore Airlines untuk menyampaikan sumbangan ibu bapa kepada pelajar di sana khususnya yang berasal daripada Kelantan.
“Sebelum ini kerajaan negeri Kelantan telah menghantar bantuan kewangan sejumlah RM 120,000 melalui wakilnya ustaz Zulkifli Yaacob yang telah bertolak beberapa hari yang lepas,” katanya .
