BlogList Malaysia
Showing posts with label jenayah. Show all posts
Showing posts with label jenayah. Show all posts

07 February 2013

KEADILAN ke Manila bongkar skandal Musa & penjenayah dikehendaki Filipina

KUALA LUMPUR 7 Feb: Tiga pemimpin KEADILAN ke Manila malam ini bagi membongkar sejauhmana kebenaran skandal melibatkan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan penjenayah dikehendaki penguatkuasa negara itu yang dikaitkan sebagai anak saudara Musa, Manuel Karingal Amalilio.

Lawatan sehari itu disertai Naib Presiden, Tian Chua; Timbalan Setiausaha Agung, Darrel Leiking dan Ahli Majlis Pimpinan Pusat, R Sivarasa.


“Ia adalah misi mengumpul fakta. Kita akan berjumpa agensi kerajaan yang terlibat di sana dan para wartawan untuk mengenal pasti beberapa fakta yang agak kabur di media Malaysia,” jelas Tian ketika dihubungi.

musa-amanMenurutnya, terdapat desas-desus di Filipina yang kian tersebar mengatakan dana membabitkan 12 bilion peso (RM895 juta) hasil penipuan Amalilio terhadap 15,000 orang untuk kegunaan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13).

“Ramai orang di Filipina bercerita tentang perkara ini. Kami putuskan untuk ke sana bagi mengetahui kebenarannya. Jika benar dakwaan itu, ia satu perkara yang sangat serius,” katanya.

Ahli Parlimen Batu itu mempersoal bagaimana Amalilio atau namanya di Malaysia, Mohammad Kamal Sa’aid boleh memiliki dua kewarganegaraan.

“Itu juga membimbangkan…Kita lihat isu ini relevan dengan kerakyatan yang diberi kepada warga asing di Sabah. Berita tersebut mendapat liputan meluas di Filipina. Ia memberi implikasi buruk kepada imej negara dan kerjasama dua hala dengan negara tersebut,” tambah Tian.

Sivarasa menyifatkan tindakan pihak berkuasa Malaysia yang mengenakan hukuman dua tahun penjara kepada Amalilio kerana memiliki pasport palsu sebagai wayang.

“Ia hanya wayang pihak berkuasa Malaysia untuk menghalang Amalilio dari dibawa pulang dan diheret ke muka pengadilan Filipina,” kata Ahli Parlimen Subang itu.

“Apa motif pihak berkuasa Malaysia? Apa yang cuba disembunyi? Soal hubung kait Amalilio dengan Musa, memang tidak dapat dinafikan lagi. Dana 12 bilion peso itu untuk siapa dan kenapa?” soalnya.

“Kita juga ingin tahu apa masalah yang akan dihadapi Musa dan polis Sabah jika Amalilio dihantar pulang? Kita harap dengan misi ke Manila ini akan bantu kita untuk tahu cerita sebenar,” kata Sivarasa lagi.

31 Januari lalu, laman web berita Filipina, ABS-CBN menyiarkan kenyataan Setiausaha Dalam Negeri Filipina, Mar Roxas bahawa Musa menyekat ejen Biro Penyiasatan Nasional (NBI) dari membawa individu dikehendaki polis, Amalilio dari pulang ke Filipina.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim kemudian mendedahkan kepada The Star Filipina bahawa Amalilio adalah anak saudara kepada Musa kerana sepupu sulung Ketua Menteri itu adalah ibu kepada Amalilio.

“Ya, ibunya adalah sepupu sulung Musa, nama sebenar Amalilio adalah Kamal bin Said dan dilahirkan di Beaufort, Sabah,” kata Anwar kepada akhbar tersebut.

http://www.keadilandaily.com/



Read More...

25 October 2009

Adun BN Mengaku Bakar Jentolak

Md Yusoff Abd Ghani (BN-Nenggiri) hari ini secara tidak langsung mengakui beliau antara orang yang terlibat membakar sebuah jentolak di Kampung Sungai Raya dalam Dun berkenaan pada tahun 2005 sebagai protes terhadap pemaju yang memajukan tanah yang diterokai mereka.

Md Yusoff secara spontan berkata "kalau saya terlibatpun (membakar jentolak) saya membela rakyat."

Beliau berkata demikian ketika Chek Hashim Sulaima, bangun bertanyakan soalan itu sewaktu Adun BN berkenaan berucap membahaskan Belanjawan 2010 di Sidang Dun Kelantan hari ini.
Pengakuan bekenan membuatkan dewan menjadi gamat seketika kerana secara tidak langsung beliau mengakui teka-teki berkenaan sebelum ini.

Ekoran pengakuan itu, beberapa pihak dikatakan akan membuat laporan polis kerana pengakuan Adun BN itu bermakna beliau mengaku membuat satu perbuatan jenayah.

Sebelum itu dewan juga menjadi gamat dengan kenyataan spontan Adun Nenggiri itu apabila beliau berkata �bila tuduhan tentu tidak ada bukti.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk pada Abdul Latif Abdul Rahman (PAS-Mengkebang) apabila meminta Yusoff membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) apabila mempunyai bukti kerajaan negeri merampas tanah rakyat untuk PMBK sebagaimana yang didakwa.

(PMBK adalah Perbadanan Menteri Besar Kelantan yang ditubuhkan kerajaan negeri untuk melaksanakan pelbagai projek untuk kepentingan rakyat dan negeri Kelantan. Ia diuruskan secara langsung oleh pejabat MB pimpinan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Antara projek utamanya dan memberikan hasil terbaik adalah PMBK Sawit yang mengurus ladang kelapa sawit yang banyak memberikan keuntungan kepada kerajaan negeri.)

Adun Nenggiri itu sebelum ini mendakwa kerajaan negeri menyalurkan pelbagai kemudahan kepada PMBK dengan nilaian yang berjuta ringgit termasuk merampas tanah rakyat.

Harakah Daily

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas