BlogList Malaysia
Showing posts with label helikopter. Show all posts
Showing posts with label helikopter. Show all posts

11 April 2011

Helikopter terhempas lepas turunkan rombongan TPM

Sebuah helikopter terhempas dari ketinggian 10 kaki ketika hendak berlepas dari Sibu Townsquare.

Kejadian itu berlaku selepas helikopter tersebut menurunkan anggota rombongan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum kejadian tersebut, tiga helikopter membawa rombongan timbalan perdana menteri balik dari Bintangor ke Sibu

Bagaimanapun, Tan Sri Muhyiddn tidak menaiki helikopter yang terhempas itu.

Apple iPod touch 32 GB (4th Generation) NEWEST MODEL
Menurut OCPD Sibu, ASP Shafie Ismail, kejadian itu berlaku pada jam 1.50 tengahari selepas helikopter itu menurunkan semua penumpangnya di Sibu Townsquare.

"Helikopter tersebut hendak berlepas balik ke lapangan terbang untuk disimpan, (tetapi) kemudian jatuh ketika cuba terbang. Ia berada pada ketinggian kira-kira 10 kaki," katanya.

Berikutan itu, juruterbangnya mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital.

Dua daripadanya adalahmilik Hornbill Skyways, dan helikopter yang terhempas itu adalah dari Sabah Air.

KLIK UNTUK SPONSOR BLOGLIST
Photobucket

Read More...

16 September 2010

Helkopter Bomba Terhempas


Sebuah helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat terhempas di kawasan ladang sawit, Kampung Kuala Kaung, dekat Lanchang kira-kira 9.30 pagi Khamis. Helikopter berkenaan dikatakan memantau laluan trafik Lebuhraya Pantai Timur (LPT) dari udara.

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Temerloh Supt Zundin Mahmood, terdapatempat anggota bomba di dalam helikopter berkenaan.

"Menurut maklumat awal, tiga anggota cedera, manakala seorang parah," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Identiti mangsa dan punca kejadian sebenar masih belum diketahui.

"Pihak polis juga masih belum pasti jenis helikopter terbabit dan punca kejadian sebenar sama ada helikopter berkenaan terhempas atau melakukan pendaratan cemas," katanya. - BERNAMA

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas