BlogList Malaysia
Showing posts with label hanif omar. Show all posts
Showing posts with label hanif omar. Show all posts

11 May 2012

Hanif perlu tarik diri dari panel siasat Bersih 3.0 – Anwar

SUBANG JAYA 11 Mei: Bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar perlu menarik diri sebagai pengerusi panel bebas menyiasat insiden keganasan polis pada perhimpunan Bersih 3.0.

Berucap di program ‘Pidato Merdeka Rakyat’ di Kompleks 3K di sini, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Hanif tidak akan berlaku adil sebagai pengerusi panel.

“Kerajaan jangan hina rakyat. Panel ini tidak akan bebas (kerana) Hanif sebelum ini tuduh peserta Bersih sebagai komunis,” katanya depan kira-kira 5,000 hadirin.


Menempelak kenyataan itu, beliau berkata, tuduhan komunis adalah lapuk dan hanya diguna pakai pada zaman awal kemerdekaan serta tidak akan dipercayai rakyat.

“Ini cerita dekad 50-an, 60-an. Mungkin (Hanif) masih teringat ketika jadi Ketua Polis Negara dulu, sibuk melawan komunis,” katanya sinis.

Ketua Pembangkang itu berkata, Hanif juga perlu menarik diri supaya panel yang ditubuh tidak menjadi bahan ketawa pada masa depan.

Pada 30 April lalu, Bernama melaporkan, Hanif menuduh golongan pro-komunis turut menyertai perhimpunan Bersih 3.0 pada 28 April lalu.

Ironinya, kerajaan Umno BN kemudian melantik Hanif sebagai pengerusi panel bebas menyiasat keganasan polis pada perhimpunan berkenaan.

Panel itu dianggotai, antaranya, Bekas ketua hakim Borneo, Tan Sri Steve Sim; Editor Pengurusan Sinar Harian, Datuk Hussamuddin Yaacub dan Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas, Datuk Medan Abdullah.

Anwar berkata, kerajaan Umno takut berikutan terkesan dengan perhimpunan bersejarah itu walaupun peserta Bersih 3.0 dilempar tuduhan pengganas dan komunis.

“Buktinya, Parlimen tarik balik Rang Undang-undang Kesalahan Pilihan Raya.

“Jadi, hari mengundi nanti, kita boleh buka pondok panas (tempat semakan pengundi) dan tempatkan wakil kita di pondok SPR,” katanya diiringi tepukan hadirin.

Turut memberi ucapan ialah Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang; Ahli Dewan Negara, Syed Shahir Syed Mohamud; Penyelaras Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Badrul Hisham Shaharin, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Rani Othman.

Pada akhir acara, pengerusi majlis, Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan, program itu turut mencatat kutipan tertinggi dana pilihan raya di Kelana Jaya iaitu RM11,000.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=30222


Read More...

Jangan Ragui Saya, Kata Hanif Omar

SHAH ALAM – Tun Hanif Omar meminta pihak-pihak yang meragui kewibawaan beliau menerajui Panel Penasihat Bebas berkenaan perhimpunan Bersih 3.0 agar melihat rekod beliau masa-masa lalu termasuk ketika menganggotai jawatankuasa menyiasat insiden polis menembak mati remaja Aminulrasyid Amzah dua tahun lalu.

"Kalau mereka berasa bimbang akan berlaku ketidaksaksamaan, mereka boleh bertanya sendiri kepada ahli-ahli panel terbabit sama ada saya berat sebelah ketika itu,” kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa komen daripada beberapa pihak yang melihat pelantikan beliau sebagai pengerusi panel terbabit tidak sesuai memandangkan siasatan turut melibatkan Polis Diraja Malaysia atas alasan beliau juga merupakan bekas ketua polis negara.


Tambah Hanif, beliau turut diberi persepsi yang sama apabila dilantik ke Suruhanjaya Memantapkan Pengurusan dan Operasi-operasi PDRM 2004/5.

“Pada Mei 2010, saya menganggotai Panel Khas Pemantauan Siasatan Polis terhadap kematian mengejut Aminulrasyid Amzah di Shah Alam di mana kedua-dua suruhanjaya dan panel terbabit adalah berhubung aduan terhadap polis,” katanya.

Bagaimanapun, tambah Hanif, beliau berharap dapat mengendalikan tugas dan harapan tinggi yang disandarkan pihak kerajaan kepadanya bagi mengemudi panel tersebut.

Hanif berkata demikian ketika diminta mengulas pandangan pelbagai pihak sama ada menerusi Facebook, blog dan kenyataan media mempertikaikan pelantikan beliau mengetuai panel tersebut.

Antaranya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng mendakwa lantikan tersebut telah menimbulkan kebimbangan rakyat dan persoalan sama ada siasatan ini akan mengaburkan kebenaran ‘keganasan’ polis ke atas peserta yang berhimpun secara aman, menutup penderitaan mangsa-mangsa ataupun cubaan untuk mengatakan Bersih 3.0 merupakan ‘coup d'état’.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Saifuddin Abdullah menyambut baik pembentukan Panel Penasihat Bebas itu, tetapi melihat pelantikan bekas Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar sebagai pengerusi panel itu "kurang sesuai."
“Saya amat menghormati Tun Hanif. PDRM berada di zaman kegemilangannya semasa beliau Ketua Polis Negara. Menjadi ahli panel, sesuai. Tapi sebagai Pengerusi Panel, kurang sesuai kerana ia (turut) melibatkan siasatan ke atas tindakan polis (semasa Bersih 3.0)," kata beliau yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.

Mengulas lanjut pelantikan beliau, Hanif berkata, “saya menerima e-mel mengenai pelantikan saya sebagai pengerusi panel tersebut bersama enam ahli panel lain pada jam 1.30 petang tadi.”

Bagaimanapun katanya, tiada terma rujukan atau lain-lain maklumat diterima.

“Setelah membuat pertanyaan di Kementerian Dalam Negeri (KDN), saya dimaklumkan oleh Ketua Setiausaha bahawa Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Hussein akan memanggil saya dalam tempoh terdekat apabila beliau kembali ke Kuala Lumpur untuk mengemukakan terma pada hari tersebut.

Hanif berkata, beliau turut dimaklumkan bahawa KDN akan mewujudkan sekretariat untuk panel ini.

Katanya, panel terbabit akan melangsungkan mesyuarat pertamanya secepat mungkin selepas perjumpaan dengan menteri dan apabila sekretariat itu ditubuhkan.

“Saya jangkakan mesyuarat pertama akan membincangkan terma, meletakkan tugas, serta membincangkan bagaimana hendak mengendalikan tugas agar boleh meyakinkan, memuaskan, menampakkan kejujuran serta keseimbangan kepada semua pihak,” katanya.

Semalam, Hishammuddin mengumumkan senarai enam ahli Panel Penasihat Bebas dipengerusikan Haniff bagi menyiasat kejadian rusuhan ketika perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.

Selain Hanif selaku pengerusi, anggota panel terdiri daripada bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.


Read More...

10 May 2012

Hanif ada bukti Bersih 3.0 mahu guling kerajaan?

Hanif harus tampil ke hadapan sebelum penyiasatan Bersih 3.0 untuk mengesahkan bukan sahaja sokongan padu terhadap dakwaan melulu Perdana Menteri bahawa Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan, tetapi dakwaannya sendiri pembabitan “individu-individu pro-komunis.

Apa yang menarik adalah ironi dalam temubual Sinar FM pagi ini bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di mana beliau telah menyatakan bahawa kepimpinan beliau tidak mampu sama sekali untuk melakukan apa-apa kesilapan dan “jika kita perlu membuat 10 keputusan penting, kita perlu memastikan bahawa keputusan itu adalah yang paling tepat, iaitu 10 daripada 10” tetapi hakikatnya, beliau mungkin telah membuat keputusan yang paling dahsyat dan teruk dalam tempoh tiga tahun sebagai Perdana Menteri.

Ini adalah perlantikan bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar sebagai Pengerusi Panel Penasihat Bebas yang terdiri daripada 6 ahli untuk menyiasat keganasan dan kekejaman Bersih 3.0.


Bermula dari saat pengumuman Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein petang semalam, perlantikan Hanif sebagai pengerusi panel penyiasatan Bersih 3.0 telah menerima cemuhan, bantahan dan kutukan kerana ia langsung tidak sesuai untuk mencerminkan bahawa bukan sahaja penyiasatan itu tidak bebas tetapi juga menghilangan kredibiliti dan kesahihan panel tersebut.

Saya berpendapat bahawa dalam tempoh 54 tahun sejarah negara ini, rakyat Malaysia tidak mungkin akan dijamu dengan kutukan daripada pemegang amanah dan disingkiran setelah pengumuman dibuat tentang komposisi dalam panel penyiasatan awam kerajaan dalam isu ini.

Jawapannya adalah jelas. Hanif adalah orang terakhir untuk mengetuai penyiasatan keganasan Bersih 3.0 kerana tiada sesiapapun akan mempercayai kedudukan beliau sebagai seorang yang tidak berat sebelah dan tidak memihak kepada sesiapa setelah pengakuan beliau dalam sokongan padunya yang terhadap Najib dalam dakwaannya bahawa perhimpunan aman “duduk-bantah” Bersih 3.0 di Dataran Merdeka pada 28 April sebenarnya adalah satu percubaan pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan apabila tidak ada sekumit pun bukti yang menuding terhadap perhimpunan tersebut.

Dan apakah bukti yang ada pada Hanif untuk beliau menyokong dan mengesahkan dakwaan melulu Najib bahawa Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan?

Ini adalah jawapan Hanif yang dangkal yang telah dilaporkan dalam akhbar Berita Minggu pada 6 Mei: “Sudah tentu ia berasas kerana Perdana Menteri tidak bercakap begitu saja. Ia memang boleh berlaku. Orang yang menunggu peluang melaku sesuatu demi kepentingan diri memang ada setiap masa.”

Akhbar Berita Minggu juga telah melapor Hanif yang menyatakan juga Najib barangkali telah membuat dakwaan tersebut setelah menerima maklumat risikan daripada Cawangan Khas.

Persoalannya adalah sama ada Najib telah menerima maklumat “risikan” daripada “Cawangan Khas” bahawa Bersih 3.0 sebenarnya adalah satu percubaan oleh pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan sebelum atau selepas Bersih 3.0 pada 28 April, dan jika ianya sebelum perhimpunan tersebut, bagaimana Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin telah diberi taklimat “maklumat risikan” yang berlainan yang menyebabkan beliau mengeluarkan kenyatana bahawa Bersih 3.0 bukanlah satu ancaman kepada keselamatan negara kerana ia mempunyai “kuasa tarikan” yang kurang.

Tambahan pula, mengapa Najib tidak dedahkan “maklumat risikan” mengenai percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan sebelum April 28?

Jika Panel Bersih 3.0 merupakan sebuah panel yang komprehensif dan berkuasa untuk menyiasat keganasan Bersih 3.0, Najib dan Hishamuddin mesti tampil ke hadapan untuk memberi keterangan berkenaan dengan “maklumat risikan” yang telah diterima mengenai Bersih 3.0, sebelum dan selepas 28 April.

Malah, Hanif merupakan orang terakhir untuk dipertimbangkan sebagai pengerusi penyiasatan Bersih 3.0 kerana beliau sepatutnya menjadi saksi “berwibawa” untuk mengesahkan dakwaannya bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan yang melibatkan para pesimpati pro-komunis.

Pada 1 Mei jam 6:25pm, media Bernama melaporkan berita yang telah disiarkan dalam akhbar The News Straits Times pagi keesokannya yang berbunyi:

'Elemen Pro-Komunis kelihatan di Perhimpunan Bersih’

SHAH ALAM: Bekas Ketua Polis Tun Hanif Omar menyatakan bahawa individu-individu dengan ideologi pro-komunis yang terlibat dalam demonstrasi 1970an kelihatan dalam perhimpunan pada hari Sabtu di Kuala Lumpur yang telah bertukar menjadi ganas.


“Saya kenal, dari gambar-gambar dan imej-imej siaran media dari perhimpunan itu, golongan pro-komunis yang terlibat dalam demonstrasi 1970an,” Hanif berkata semalam.


“Taktik yang menggunakan ajen-ajen provokasi yang telah menyebabkan peserta demonstrasi untuk bertempur dengan pihak polis dengan beriring kanak-kanak dengan niat mencederakan kanak-kanak itu merupakan taktik yang dipelajari dari bekas peserta demonstrasi pro-komunis.


Hanif menjelaskan kenyataannya berkenaan dengan laporan Bernama pada hari Isnin yang memetik komennya bahawa perhimpunan tersebut mungkin dirancang oleh pelbagai pihak, termasuklah beberapa individu yang telah cuba menyebarkan ideologi komunisme. - Bernama.


“Pro-communist elements seen at Bersih rally'

SHAH ALAM: Former inspector-general of police Tun Hanif Omar said pro-communist individuals involved in the 1970s demonstrations were seen in Saturday's rally in Kuala Lumpur, which turned violent.


"I recognise from the photos and broadcast images (taken from the rally), the pro-communist people who were involved in the 1970s demonstrations," Hanif said yesterday.


"The tactics of using provocateurs to cause the demonstrators to clash with police and to bring children along in the hope they would get injured were tactics learnt from past pro-communist demonstrations."


Hanif was clarifying a Bernama report on Monday which quoted him as saying that the gathering could have been masterminded by various parties, including several individuals who tried to spread the communist ideology. Bernama”


http://www.nst.com.my/nation/general/pro-communist-elements-seen-at-bersih-rally-1.79784


Hanif harus tampil ke hadapan sebelum penyiasatan Bersih 3.0 untuk mengesahkan bukan sahaja sokongan padu terhadap dakwaan melulu Perdana Menteri bahawa Bersih 3.0 adalah satu percubaan untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan, tetapi dakwaannya sendiri pembabitan “individu-individu pro-komunis yang telah terlibat dalam demonstrasi 1970-an” dalam perhimpunan Bersih 3.0 dengan menggunakan “pro-komunis”, “taktik ejen provokasi” untuk mencetus pertempuran diantara piak polis dengan beriring kanak-kanak dengan ‘harapan’ ada di antara yang akan tercedera”.

Tanpa apa-apa niat untuk mencemarkan atau merendahkan integriti Hanif, saya ingin membuat satu cadangan dengan penuh hormat yang Hanif sepatutnya mengundur diri dari penyiasatan Bersih 3.0 dan badan pentadbiran Najib dan daripada dimalukan oleh orang ramai dengan menolak perlantikan beliau sebagai pengerusi penyiasatan Bersih 3.0 untuk satu sebab mudah bahawa beliau perlu menampil diri dan disiasat sebagai saksi “berwibawa” berbanding dilantik sebagai pengerusinya dengan mengambil kira pengumuman pendapat beliau mengenai perhimpunan Bersih 3.0.

Selain daripada perlantikan Hanif sebagai pengerusi penyiasatan itu, komposisi ahli (terutamanya nama-nama wakil Suhakan dan Majlis Peguam yang tidak tersenarai) serta kekurangan terma rujukan yang boleh digunapakai juga adalah masalah yang membelenggu semua warga Malaysia yang ingin melihat siasatan yang tidak memihak terhadap keganasan Bersih 3.0 untuk mempastikan mangsa-mangsa keganasan Bersih 3.0 diberi keadilan tanpa mengira pihak polis, wakil-wakil media atau penunjuk perasaan aman dan untuk berdemonstrasi bahawa Malaysia memang mampu secara matang untuk menjadi sebuah negara dengan “sistem demokrasi yang terbaik di dunia”.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/10217-hanif-ada-bukti-bersih-30-mahu-guling-kerajaan?utm_source=dlvr.it&utm_medium=twitter


Read More...

09 May 2012

BERSIH 3.0 - Haniff Omar antara Ahli Panel Penasihat Bebas.

Kerajaan mengumumkan pelantikan enam anggota Panel Penasihat Bebas bagi mendapatkan gambaran sebenar mengenai kejadian rusuhan di Kuala Lumpur berikutan penganjuran Bersih 3.0 pada 28 April lepas.

Mereka terdiri daripada bekas Ketua Polis Negara Tun Haniff Omar selaku pengerusi panel, bekas Ketua Hakim Borneo Tan Sri Steve Sim, Pengarah Urusan Kumpulan Akhbar Sinar Harian Datuk Husammuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Kumpulan Akhbar Sin Chiew Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Kanan Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah, dan Pakar Psikologi Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Dr Ruszmi Ismail.


Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata panel penasihat ini akan mengadakan mesyuarat pertama mereka secepat mungkin untuk menentukan terma rujukan serta peranan mereka. Beliau berkata mesyuarat Jemaah Menteri hari ini sekali lagi memberikan penekanan kepada keperluan untuk mempertahankan keluhuran undang-undang, konsisten dengan pendirian kerajaan dalam mencari kebenaran, keadilan serta pembelaan kepada semua pihak.

"Adalah menjadi hasrat kerajaan agar panel penasihat bebas ini dapat memberi ruang kepada semua pihak untuk mengemukakan laporan, bantahan, maklum balas, serta bahan bukti berkenaan kejadian rusuhan itu," katanya pada persidangan media di Kementerian Dalam Negeri di sini hari ini.


Read More...

02 May 2012

Taukeh Judi Genting Buat Lawak...

Bekas IGP bimbang pro-komunis sertai BERSIH 3.0

Bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar berkata golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an dilihat dalam perhimpunan Sabtu lepas di Kuala Lumpur yang kemudiannya bertukar menjadi ganas.

"Saya dapat mengecam (mereka) daripada gambar-gambar dan imej yang disiarkan (yang diambil daripada perhimpunan itu), merupakan golongan pro-komunis yang terbabit dalam demonstrasi pada tahun 1970-an," katanya di Shah Alam.


"Taktik menggunakan golongan penimbul kemarahan untuk mendorong penunjuk perasaan bertembung dengan polis dan membawa bersama kanak-kanak dengan harapan mereka mungkin mendapat kecederaan merupakan taktik yang dipelajari daripada demonstrasi prokomunis yang lepas," kata Hanif.

Hanif membuat penjelasan mengenai satu laporan Bernama yang memetik beliau sebagai berkata bahawa perhimpunan Sabtu lepas mungkin didalangi pelbagai pihak termasuk beberapa individu yang cuba menyebarkan ideologi komunis.

- Bernama



Read More...

10 February 2011

Dalang Sebenar Operasi Lalang

Tun Hanif Omar menafikan bahawa mantan perdana menteri itu yang telah mengarahkan penangkapan beramai-ramai ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987.

NONESebaliknya, Hanif (kanan) yang berkhidmat sebagai IGP dari 1974 hingga 1994, berkata Dr Mahathir membantah penangkapan tersebut.

"Anda tidak boleh menyalahkan beliau. Beliau (bercakap) benar... Sebenarnya, ia adalah keputusan pihak polis sepenuhnya. Ia bukan keputusannya (Dr Mahathir)," kata Haniff sambil menambah bahawa Dr Mahathir sebenarnya membantah Ops Lalang.

Dalam perbualan ringkas melalui telefon dengan Malaysiakini, Hanif berkata, pihak polis bertanggungjawab sepenuhnya dalam operasi tersebut.

Dalam operasi tersebut yang dilancarkan pada 27 Oktober 1987, seramai 106 orang - sebahagian besar ahli politik pembangkang dan beberapa ahli politik dari Umno dan MCA - ditangkap di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), manakala permit penerbitan akhbar The Star, Sin Chew Jit Poh dan Watan, telah dibatalkan.

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas