BlogList Malaysia
Showing posts with label ghani othman. Show all posts
Showing posts with label ghani othman. Show all posts

12 November 2012

Ghani Othman Demam Tengok Berita Ini



Dikhabarkan seluruh ahli UMNO cawangan itu melahirkan rasa marah dan kecewa kepada UMNO kerana gagal menunaikan janji serta menjaga kebajikan penduduk kampung.

Mereka merasakan diri mereka dilayan macam sampah oleh para pemimpin UMNO.

Setiap kali tiba pilihanraya maka bermacam-macam janji manis ditabur oleh para pemimpin UMNO tapi tunaikannya, habuk pun tarak!!!

Ini menyebabkan penduduk kampung yang rata-rata adalah ahli dan penyokong UMNO naik minyak dan bertekad berpatah arang berkerat rotan dengan UMNO dengan mengambil tindakan membubarkan cawangan UMNO Batu 5, Kg Mohd Noor Parit Sulong, Johor.




Read More...

10 November 2012

Johor Bakal Tumbang Angkara Ghani Othman

Cakap-cakap kebanyakan orang Umno Johor, Menteri Besarnya, Abdul Ghani Othman diberitakan sangat letih atau dengan kata lain betul-betul letih.

Tidak kurang juga yang merasa amat kasihan.

Dia kata dah letih kerana lari ke hulu ke hilir membuat program MB melawat kawasan.

Yang peliknya ada yang berkata hasilnya kosong. Bermakna tak mendapat habuan politik.


Memang kasihan sungguh MB ini.

Sehubungan itu, Najib Altantuya juga kelihatan letih kerana asyik turun padang bagi memastikan rakyat yakin dengan Barisan Nasional (BN).

Atau dengan kata lain di hati rakyat hanya BN bukan Pakatan Rakyat yang buat janji kosong itu.

Dalam perhimpunan Agung Umno tahun 2010, Shafie Apdal meluahkan perasaan tak senang hati dengan perkembangan politik di negari kubu kuat Umno itu.

Naib Presiden Umno dari Sabah itu bimbang dengan perkembangan 15 peratus daftar pemilih berpihak kepada Pakatan Rakyat yang kemungkinan mengugat kekuatan Umno dalam PRU 13 nanti.

Perkara ini telah dinyatakan Ghani yang melawat semua kawasan Parlimen di bandar-bandar di Johor, akan jatuh ka tangan Pembangkang, termasuklah pusat pentadbiran kerajaan negeri di Nusajaya.

Menteri Besar Johor telah membuat anggaran, 15 kawasan Parlimen daripada 26 keseluruhannya di negeri itu kedudukannya kini boleh dikatakan tak selamat.

Ada orang Umno sendiri yang kata, padan muka Ghani Othman, menandakan marah sekali rakyat Johor kerana tindakan Ghani dalam mengendalikan Johor Corporation (JCorp) yang mengalami kerugian besar.

JCorp yang dibina oleh Ali Hashim sejak 30 tahun dahulu tanpa bantuan satu sen pun dari kerajaan dan sekarang ini mempunyai aset hampir bernilai RM14 billion.

Sejak Ali Hashim berhenti dari JCorp, Ghani dikatakan telah menjahanamkan perjalanan JCorp dengan membawa masuk beberapa orang luar, budak-budak yang belum tahu apa itu bisnes tak pandai mengendalikan JCorp dan anak-anak syarikatnya.

Terutama sekali ia membelakangkan pengurusan JCorp yang telah berkerja berhempas pulas berpuluh tahun.

Siapa yang tidak marah.

Bagaimana perasaan budak ini saperti Kamaruzaman, Jamal dan Ahmad Mohamad.

Yang sedihnya, penasihat sebenar di belakang Ghani ialah Lim Kang Hoo “superman”, tauke Danga Bay dan sekarang tugas mereka ini ialah untuk ‘merompak’ aset JCorp yang amat berharga saperti KFC Holdings dan QSR.

Hasilnya, tanah-tanah komersil dan akhirnya estet-estet yang dimiliki oleh Kulim.

Sesetengahnya berkata, jika umur panjang, tulislah dalam buku diari masing masing apa yang berlaku dalam masa lima tahun itu, semua harta-harta ini akan habis.

JCorp kini mempunyai hutang hampir RM3 billion, nampak pada dasarnya mereka mahu mencari jalan untuk membayar hutang ini, tapi sabenarnya mereka naikkan lagi hutang JCorp menjadi RM 5.5 billion melalui anak-anak syarikatnya yang makin bermasalah.

Sebab itu Ali marah sekali, malangnya komennya tidak disiarkan oleh akhbar tempatan kerana sudah disenarai hitamkan.

Ternyata Johor kini berdepan dengan situasi sulit mengekalkan statusnya sebagai 'tiang seri Umno' kerana tsunami politik fasa kedua bakal membadai negeri itu lebih dahsyat dari pilihanraya umum lalu.

http://jalanpulang1978.blogspot.com/2012/11/panas-johor-bakal-tumbang-angkara-ghani.html


Read More...

08 September 2011

Keluarga Mat Indera: Kami kecewa dengan MB Johor

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Keluarga Ahmad Indera, individu yang dikaitkan dengan tragedi Bukit Kepong enam dekad lalu, berkata pihaknya kecewa dengan kenyataan Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman semalam yang mendakwa dia bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Bagaimanapun keluarga itu menegaskan, mereka tidak berputus asa dalam pendirian mereka mahukan kerajaan membersihkan nama Mat Indera.

“Saya kecewa dengan apa yang dikatakan (oleh Menteri Besar Johor), tetapi kami tidak akan berundur daripada mendesak kerajaan membersihkan nama abang kami,” kata adik Mat Indera, Baharom Shah, kepada The Malaysian Insider ketika ditemui pada forum bertajuk “Mat Indera — Pejuang atau Pengkhianat Kemerdekaan” di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor di sini, malam tadi.


“Itu pandangan beliau. Usaha kami, kami akan terus desak, kami mahu nama Mat Indera dibersihkan,” kata bekas kakitangan Kementerian Pertahanan ini.

Semalam, Ghani memberitahu pemberita di Johor Baru bahawa berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen Ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

“Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya, Angkatan Wanita Sedar, Angkatan Pemuda Insaf dan PKM telah diharamkan

“Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno),” katanya.

Ghani menambah, “bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British.”

Pendirian Ghani itu diulangi menerusi rencana khas beliau yang disiarkan dalam Berita Harian hari ini.

Pada satu sidang media tengah hari ini semalam di ibu negara, Baharom berkata, keluarganya mahu kerajaan membersihkan nama Mat Indera agar tidak lagi dilabel sebagai pengkhianat negara, sebaliknya orang yang turut memainkan peranan dalam perjuangan kemerdekaan.

Baharom berkata, Mat Indera adalah individu yang komited terhadap agama dan tegas terhadap pendiriannya untuk membebaskan negara daripada penjajahan.

“Maka, saya yakin beliau seorang pejuang kemerdekaan yang sebenar.

“Saya mohon pihak kerajaan dapat membersihkan Mat Indera daripada dilabel sebagai pengkhianat negara. Sejarah kemerdekaan negara perlu dikaji semula,” katanya yang turut berpegang pada kandungan buku “Pengukir Nama Johor”, yang prakatanya disampaikan oleh Ghani sendiri.

Justeru kata beliau, “saya bagi pihak keluarga mengalu-alukan mana-mana pihak yang ingin membersihkan maruah dan nama baik keluarga saya.”

Dalam pada itu, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat yang menggerakkan usaha membantu keluarga Mat Indera pula berkata, Ghani tidak sewajarnya mengeluarkan kenyataan sedemikian sedangkan buku tersebut sendiri dikeluarkan oleh kerajaan negeri.

“Pada pandangan kami, beliau tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan sendiri, sebaliknya terima kandungan buku itu dan mengadakan satu debat mengenai hasil penemuaan, bukan terus kata Mat Indera sebagai komunis,” katanya sambil menambah, pihaknya akan mengambil tindakan susulan untuk membetulkan fakta sejarah membabitkan Mat Indera.

Buku itu diterbitkan oleh Yayasan Warisan Johor.

The Malaysia Insider



Read More...

07 September 2011

Mat Indera Penganas Yang Kejam Dan Zalim - MB Johor

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman berkata Mat Indera yang terlibat dengan gerakan menentang penjajah ketika negara diperintah oleh British, bukan seorang pejuang kemerdekaan sebaliknya pengganas yang kejam dan zalim.

Beliau berkata berdasarkan fakta sejarah peristiwa Bukit Kepong, Mat Indera adalah anggota Parti Komunis Malaya (PKM), sebagai Ketua Rejimen ke-10 yang kejam dan zalim serta mengancam keselamatan orang awam pada ketika itu.

"Apabila British menguatkuasakan undang-undang darurat pada 19 Jun 1948 di Tanah Melayu, semua parti politik berhaluan kiri seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Wanita Sedar (AWAS), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan PKM telah diharamkan.


"Oleh itu, ramai anggota gerakan berhaluan kiri memilih tindakan sama ada berdiam diri, melarikan diri ke Singapura, bersatu dengan militan PKM atau meneruskan hasrat berjuang atas landasan lain termasuk menyertai Parti Kebangsaan Melayu Bersatu (Umno).

"Bagaimanapun, Mat Indera telah memilih untuk menjadi anggota gerakan komunis militan dan ganas dalam gerakan penentangan bersenjata PKM terhadap pentadbiran British," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan Johor hari ini.

Abdul Ghani berkata demikian bagi mengulas tindakan timbalan presiden PAS Mohamad Sabu, yang mempertahankan kenyataannya (Mat Sabu) bahawa Mat Indera dan pengganas komunis dalam peristiwa berdarah di Balai Polis Bukit Kepong adalah pejuang kemerdekaan sebenar.

Menurut Mohamad atau Mat Sabu, ia berdasarkan buku "Pengkukir Nama Johor" pada halaman 107 hingga 117 yang menceritakan latar belakang dan perjuangan Mat Indera.

Abdul Ghani berkata tindakan Mat Indera menyertai PKM menyebabkan dia terpesong dan ianya berlainan daripada pemimpin haluan kiri lain seperti Dr Burhanuddin Al-Helmy, Ahmad Boestamam, Ishak Muhammad dan Ibrahim Yaakub yang tidak memilih untuk bertindak secara militan.

Beliau berkata kemuncak penglibatan Mat Indera yang kejam adalah peristiwa serangan komunis ke atas Balai Polis Bukit Kepong di Muar pada 23 Februari 1950 dan fakta yang diperoleh dari pelbagai sumber sebilangan penyelidik ilmiah mengenai peristiwa itu menunjukkan Mat Indera bertanggungjawab sepenuhnya terhadap serangan berkenaan.

Mengenai buku "Pengukir Nama Johor", Abdul Ghani berkata dari sudut kegiatan Yayasan Warisan Johor (YWJ), segala kajian, penulisan dan catatan berhubung sejarah negeri, termasuk perjalanan hidup watak-watak seperti Mat Indera, merupakan data-data kemasyarakatan berkaitan anggota masyarakat yang pernah menonjolkan diri dalam peristiwa-peristiwa sejarah yang berlaku dalam negeri.

Katanya, penulisan dan catatan tersebut menjadi bahan kajian di atas prinsip kebenaran akademik untuk memperkayakan khazanah maklumat dan rakaman peristiwa sejarah kemerdekaan untuk tatapan dan pengetahuan generasi sebagai iktibar, panduan dan peringatan.

- Bernama


Read More...

21 January 2011

Tiada Bezanya Chua Soi Lek Dengan Ghani Othman

Datuk Seri Ghani Othman mula menyerang PAS berkenaan isu negara Islam walaupun kempen pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri Tenang(PRK DUN Tenang) belum bermula.

Menteri Besar Johor itu mengunakan modal sikap melampau dan negara Islam bagi memancing undi bukan Melayu pada pilihan raya kecil Tenang kali ini, lapor Malaysiakini.

Seperti MCA, Abdul Ghani mendakwa kemenangan PAS adalah malapetaka dan justeru, bukan Melayu perlu mengundi Barisan Nasional(BN) untuk kesederhanaan.

“Jika PAS berkuasa, mereka tidak akan puas hati dengan berada di tempat kedua atau ketiga. Mereka pasti mahu jawatan perdana menteri atau menjadi parti paling berkuasa,” katanya sambil memberi amaran PAS akan menubuhkan negara Islam jika Pakatan Rakyat berkuasa.


Isu negara Islam telah lama menjadi modal politik MCA dan usaha memecahkan sokongan masyarakat Cina kepada pembangkang. Lazimnya, Umno jarang sekali menggunakan modal itu, sehingga kebelakangan ini.

Dalam ucapannya di hadapan kira-kira 200 hadirin masyarakat India sempena sambutan perayaan Thaipusam, malam semalam, Abdul Ghani berkata masyarakat di negeri Johor kaya dengan tradisi menghormati kaum walaupun berbeza agama dan dan pengamalannya.

Tegasnya, beliau berasa sedih dan negara akan rugi sekiranya perpecahan yang berlaku di kalangan masyarakat yang berbilang kaum.

Sehubungan itu, menjelang pilihan raya kecil DUN Tenang ini, beliau mengajak masyarakat India menjaga kekuatan dan perpaduan yang terbina selama ini sejak kemerdekaan yang diasaskan oleh pemimpin BN sebelum ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tenang, Datuk Sulaiman Taha dari Umno-BN meninggal pada 17 Disember lalu akibat masalah kesihatan.

Sulaiman mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Tenang pada pilihan raya umum 2008 dan menewaskan calon PAS Mohd Saim Siran dengan majoriti 2,492 undi.

BN memenangi 50 kerusi DUN di Johor pada pilihan raya umum 2008 sementara DAP empat kerusi dan PAS dua kerusi.

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas