BlogList Malaysia
Showing posts with label farahana jmm. Show all posts
Showing posts with label farahana jmm. Show all posts

09 November 2012

JMM: 'Nazri perlu terima teguran kita, bukan cabar'

SHAH ALAM - Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tetap dengan pendiriannya menyatakan Datuk Seri Nazri Aziz sebagai "liabiliti" kepada Barisan Nasional (BN) meskipun Menteri di Jabatan Perdana Menteri menolak tanggapan sedemikian.

Presiden JMM, Azwanddin Hamzah berkata, pihaknya tetap dengan pendirian itu berdasarkan maklumat diperolehi daripada rakyat.


Sehubungan itu, Azwanddin menegaskan, reaksi Nazri kelmarin menunjukkan beliau angkuh dan hanya mengutamakan kepentingan peribadi, bukannya parti.

Tambahnya, "sepatutnya Nazri bertindak mengeluarkan kenyataan yang lebih matang, bukan mencabar saya bertanding di tempatnya."

"Kita tegur daripada pemerhatian dan kita dengar orang yang bercakap di belakang, kita tak ada niat untuk burukkan beliau, kita nak membantu parti itu.

"Tapi bila kenyataannya keluar hari ini (kelmarin), saya tengok beliau begitu angkuh dan sepatutnya beliau kena keluarkan kenyataan yang lebih matang dan menerima teguran kita sebagai wakil kepada rakyat.

"Kita tetap pendirian katakan beliau memang liabiliti BN dari segi isu rasuah," katanya kepada Sinar Harian Online.

Dalam reaksinya kelmarin, Nazri berkata, "saya aset (kepada parti), bukan liabiliti."

“Saya rasa saya aset kepada BN, kalau tak, takkan mereka (pembangkang dan Azwanddin) nak serang saya.

"Yang buat serangan pula adalah Pengarah Strategi PKR. Jelas itu strategi dari PR dan bimbang dengan kedudukan saya. Tapi kita tengok nanti sama ada saya ni aset atau liabiliti kepada BN,” katanya.

Mengulas lanjut, Azwanddin berkata, Nazri seharusnya menerima pandangan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memberi teguran demi kepentingan parti dan bukan mengeluarkan kenyataan mengikut emosi.

Beliau berkata, NGO hanya bertindak sebagai pemerhati bebas dan memberi teguran tanpa mempunyai agenda untuk memburukkan sesiapa terutama pemimpin-pemimpin negara.

"Kita bercakap untuk kebaikan BN, tapi beliau keluarkan kenyataan untuk kepentingan peribadi.

"Beliau sepatutnya terima pandangan kita, dan menjawab dengan baik untuk kebaikan bersama dan beliau memang bebas untuk bercakap," katanya sambil menambah, kekesalan terhadap kenyataan Nazri yang disifatkan sebagai "keanak-anakan."

- SinarHarian


Read More...

02 April 2011

Betina Bodoh Ini Suruh Wan Azizah Dan Nurul Izzah Lakukan Sumpah Laknat.. Hahaha

Wan Azizah, Nurul Izzah perlu bersumpah laknat

KUALA LUMPUR 1 April - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail perlu melakukan sumpah laknat dengan segera bagi menafikan 'pelakon' dalam video seks yang didedahkan oleh trio 'Datuk T' itu adalah suaminya.

Tindakan itu perlu dilakukan kerana pihak polis telah mengesahkan video yang memaparkan aksi seks seorang lelaki yang wajahnya mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tulen.

Pengarah Kebangsaan Jaringan Melayu Malaysia (JMM), Farahana Jamaludin berkata, jika Dr. Wan Azizah gagal berbuat demikian, ia bererti Presiden PKR itu bersuhabat dengan suaminya bagi menutup kebenaran skandal video seks tersebut.

Farahana juga menggesa Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah mengambil tindakan yang sama jika yakin bapanya tidak terlibat dengan skandal itu.


"Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah perlu membersihkan diri daripada persepsi bahawa mereka sebenarnya bersubahat bagi menutup kebenaran dalam isu video seks demi kepentingan politik.

"Kegagalan bersumpah memberi gambaran yang mereka cuba menyelamatkan Anwar meskipun bukti tidak berpihak kepada ketua pembangkang itu," katanya dalam kenyataan akhbar kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Hari ini, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengesahkan video seks yang didakwa melibatkan seorang pemimpin parti itu adalah tulen dan rakaman video tersebut akan diserahkan kepada Peguam Negara dalam masa terdekat.

Pengesahan itu sekali gus menutup tuduhan pihak pembangkang kononnya video yang memaparkan aksi seks pemimpin kanan pembangkang tersebut telah dipalsukan bagi membunuh karier politik individu berkenaan.

Mengulas lanjut, Farahana berkata, jika Dr. Wan Azizah dan anaknya sanggup melakukan sumpah laknat, ia membuktikan kepada masyarakat bahawa mereka adalah pemimpin yang berintegriti dalam menegak kebenaran.

"Ini penting bagi melayakkan Dr. Wan Azizah dan Nurul Izzah menganggotai suruhanjaya diraja jika ia ditubuh oleh kerajaan kelak," jelasnya.Sumber:UM Online

KLIK LAA SPONSOR KAT BAWAH TU..
Photobucket

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas