BlogList Malaysia
Showing posts with label bom petrol. Show all posts
Showing posts with label bom petrol. Show all posts

02 February 2012

Letupan 9 Jan guna bahan mercun bukan bom

Polis mengesahkan bahawa bahan letupan yang digunakan dalam perhimpunan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di ibunegara pada 9 Januari lepas adalah bahan untuk membuat mercun dan bukannya bom.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pengesahan itu dibuat selepas polis menerima hasil laporan daripada Jabatan Kimia terhadap siasatan dan kajian bahan letupan yang diambil di tempat kejadian.

"Memang mereka menggunakan 'time device' (alat penjangka masa) namun maklumat yang diperoleh didapati bahan kimia untuk meletupkan silinder yang berisi bebola besi itu ialah (bahan membuat) mercun," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.


Khalid berkata ganjaran RM10,000 kepada sesiapa yang memberikan maklumat berhubung letupan itu masih ditawarkan kerana setakat ini belum ada pihak yang tampil memberikan maklumat.

"Oleh itu kita minta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya tampil memberi keterangan sehingga tertangkapnya si pelaku yang membuat bahan letupan itu," katanya.

Sebelum ini polis mengesahkan komponen jam penggera, paip PVC serta bateri, bahan letupan yang digunakan adalah daripada jenis 'Jerangkap Rekaan Elektrik'.

Secara umumnya bahan untuk pembuatan mercun adalah karbait manakala kandungan untuk pembuatan bom lebih kompleks seperti mengandungi kimia seperti C-4.


Dalam insiden itu, tiga letupan berlaku di perhimpunan penyokong Anwar selepas Mahkamah Tinggi membebas dan melepaskan beliau daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Letupan itu mengakibatkan empat orang awam cedera dan seorang lagi mengalami kejutan, selain menyebabkan kerosakan kecil kepada kenderaan milik orang awam.

- Bernama


Read More...

16 January 2012

Foto Pelajar USM Yang Ditahan Ugut Bom Helikopter PM

Mungkin dia ingin bergurau tetapi gurauannya silap. Silap kerana gurauannya menjadi ugutan. Mungkin juga dia begitu bersemangat bencikan Najib, mengajak pihak lain meletakkan bom pada helikopter yang akan dinaiki PM Najib ketika lawatannya ke kampus itu minggu depan. Akibatnya dia ditahan. Cepatnya tindakan dia ditahan bergantung kepada siapa dia mengugut!!

Dia penuntut Universiti Sains Malaysia (USM) kampus kejuruteraan di Nibong Tebal dan berusia 23 tahun. Dia ditahan kira-kira jam 9.30 pagi dan disahkan Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob dan disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Melalui carian di Facebook pelajar itu dikenali sebagai Janartana V Chandra. Bandingkan imej dengan imej yang disiarkan Sinar Harian.




http://www.tranungkite.net/v11/modules.php?name=News&file=article&sid=11815


Read More...

10 January 2012

Letupan di mahkamah: Polis teliti rakaman video

KUALA LUMPUR: Polis sedang meneliti rakaman video bagi mengenal pasti mereka yang bertanggungjawab berhubung tiga letupan semasa penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berhimpun di Kompleks Mahkamah di Jalan Duta di sini semalam.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis juga akan mengumpul segala maklumat yang diperoleh bagi memutuskan sama ada penganjur perhimpunan didapati melanggar peraturan atau tidak.

“Kita akan tengok video yang kita rakam dan akan melihat secara keseluruhan keadaan semasa perhimpunan dan juga dalang yang meletakkan bahan letupan buatan sendiri itu,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.


Mohmad berkata polis juga akan menyiasat di tapak letupan itu berlaku dan juga tentang perjalanan perhimpunan.

Semalam, Anwar dibebaskan dan dilepaskan daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, pada 2008. Seramai 4,500 penyokongnya berhimpun di luar mahkamah untuk mengetahui keputusan itu.

Bagaimanapun, perhimpunan itu dicemari tiga letupan yang dipercayai daripada bom buatan sendiri mengakibatkan lima orang cedera.

- Bernama


Read More...

Polis digesa bertindak segera insiden letupan

SHAH ALAM, 10 Jan: Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) mengecam sekeras-kerasnya insiden pengeboman yang berlaku di sekitar kawasan Kompleks Mahkamah Jalan Duta, semalam.

Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin, menyifatkan adalah sesuatu yang memelikkan, di saat Kompleks Mahkamah Jalan Duta boleh diiktiraf sebagai kawasan paling selamat di Malaysia dengan kawalan rapi ratusan anggota polis, masih ada ruang untuk pihak tidak bertanggungjawab melakukan perancangan bodoh sebegitu.

Kejadian tersebut telah menyebabkan lima orang tercedera dan beberapa buah kenderaan turut rosak, di mana tidak kurang 3 letupan telah berlaku di sekitar kawasan berkenaan.


"AMK mengesyaki wujud unsur-unsur sabotaj yang mahu dilancarkan oleh pihak-pihak tertentu di sebalik perhimpunan aman kempen 901 hari ini.

"Berkemungkinan besar, letupan itu dirancang kerana mereka daripada awal mengesyaki Anwar didapati bersalah, maka imej PKR akan dipalitkan kononnya ada cubaan menghuru-harakan situasi dan gagal mematuhi perjanjian awal antara pihak polis dan PKR," jelasnya.

Tambahnya lagi, sayang sekali, perancangan jahat mereka terencat kerana mahkamah memutuskan Anwar tidak bersalah dan dibebaskan daripada tuduhan.

Lantas, ujarnya letupan berskala kecil pula yang dilakukan hingga mengakibatkan berlaku kecelakaan pada beberapa individu dan harta awam.

"AMK menegaskan bahawa perancangan kotor dan jijik seumpama ini adalah perancangan yang bodoh dan merendahkan kredibiliti rakyat yang matang menilai.

"14 tahun cukup untuk mengajar rakyat bahawa sememangnya ada pihak yang cuba menjadi 'api dalam sekam', mengotorkan perjuangan murni rakyat menuntut keadilan dengan insiden-insiden yang tidak diingini," sambungnya lagi.

Katanya, AMK mendesak pihak polis bertindak segera menangkap mana-mana individu yang disyaki terlibat dengan insiden itu.

“AMK percaya dengan kawalan rapi pihak polis, termasuk dengan fasiliti lengkap CCTV di sekitar kawasan berkenaan, pihak tersebut boleh diberkas segera,” ujarnya.

harakahdaily.net


Read More...

09 January 2012

Himpunan 901 dicemari letupan bom, pergelutan

Perhimpunan di sekitar kompleks mahkamah hari ini dicemari insiden letupan bom dan juga pergelutan di antara kumpulan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulan penyokong kepada pengadu dalam kes Liwat II, Saiful Bukhari Azlan.

Tiga insiden bom tersebut berlaku selepas mahkamah melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan mengikut Seksyen 377(B) Kanun Keseksaan.

Ketua polis Kuala Lumpur DCP Mohamad Saleh mengesahkan lima orang cedera akibat letupan bom buatan sendiri itu, menurut laporan.


Polis turut menemui peranti bom termasuk bateri dan wayar di lokasi kejadian berkenaan, Mohamad Saleh dipetik sebagai berkata.

Selain itu, letupan bom berkenaan turut merosakkan sekurang-kurangnya lapan kenderaan di lokasi tersebut.

http://www.malaysiakini.com/news/186078


Read More...

Kereta Elizabeth Wong di Bom! -UPDATED!


Updated : Okey, kat atas neh gambar di lokasi kejadian. Gambar neh oleh wartawan metro. Bom tangan buatan sendiri neh telah mencederakan seorang mangsa. Sapa yang gila babi main bom pagi2 neh. Memang sohai siot.

Dasar penyokong yang tak boleh terima hakikat kebenaran.

Dipetik dari ameno world

Read More...

Terkini - Kereta Eli Wong Exco Selangor Dibom!


Kami baru mendapat berita dari facebook mso yang kereta exco selangor dibom.

Minta sahabat beredar dengan selamat.

Sumber dari kerabubersuara.blogspot.com

Read More...

28 September 2011

Letupan di Empire Gallery libatkan saluran gas


SUBANG JAYA, 28 Sept — Letupan di kompleks membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi tadi dipercayai bermula di bahagian bawah tanah bangunan yang baru itu dan melibatkan saluran gas, kata Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Zainal Rashid Abu Bakar.

Empat orang cedera dalam kejadian itu. Bangunan itu beroperasi tahun lalu.


“Kami belum dapat memastikan punca letupan tetapi kemusnahan adalah teruk, menjejaskan tempat letak kereta dan banyak kedai di bahagian bawah kompleks dan juga aras atas,” kata beliau kepada pemberita di tempat kejadian.

“Pasukan forensik kami masih menyiasat. Kami tidak dapat masuk di beberapa bahagian pusat (membeli-belah)... kerosakan sangat teruk dan kawasan itu telah disita,” katanya lagi.

Rashid mengesahkan bahawa panggilan diterima sekitar pukul 3.45 pagi tadi bahawa terjadi satu letupan di kompleks itu.

Menurut beliau, empat orang cedera dalam letupan iaitu dua pengawal keselamatan rakyat Nepal dan satu pasangan.

Kedua-dua pengawal keselamatan itu yang terperangkap di bahagian bawah tanah telah dihantar ke hospital kerana mengalami kecederan ringan.

Daryl Chua, 27, dan teman wanitanya Hibbie Tan, 23, kedua-duanya eksekutif jualan juga telah dihantar ke hospital tetapi dibenarkan keluar hospital kemudian.

Ketika ditemui kemudian, Chua memberitahu pemberita bahawa dia sedang berjalan bersama teman wanitanya ke arah kios bayar fi letak kereta, yang terletak beberapa langkah dari kedai Starbucks kira-kira 3.30 pagi dan mendengar letupan.

“Sebelum itu kami berada di La Bodega untuk makan malam dan kemudian berlepak di luar kereta. Tiba-tiba kami mendengar letupan semasa hendak ke kios... macam dalam filem. Saya ingat (letupan) bom,” katanya lagi.

Chua berkata, ekoran letupan itu dia terjatuh dan tercampak beberapa meter dan mengakibatkan lecet di bahagian tangan.

Katanya, dia juga dengar bunyi kaca berkecai dan melihat runtuhan bangunan selain bunyi siren keselamatan premis, menyebabkan dirinya panik.

“Dan, kemudian saya nampak api. Keseluruhan bahagian depan kompleks rosak sama sekali. Saya ingat saya sudah mahu mati,” katanya lagi.

Apabila keadaan reda sedikit, Chua berkata, dia membantu Tan yang tergeliat untuk ke kawasan yang selamat dan memaklumkan mereka yang lalu lalang dan penduduk kawasan berhampiran berkejar ke lokasi kejadian.

Keretanya, Volkswagen Golf GTI berwarna hitam rosak teruk.



Read More...

TERKINI - Empat cedera letupan pusat beli-belah Empire Gallery


SUBANG JAYA, 28 Sept — Empat orang cedera dalam letupan di pusat membeli-belah Empire Gallery di sini awal pagi ini.

Menurut saksi persekitaran di lokasi kelam-kabut dengan anggota polis, ambulans dan bomba kelihatan di kawasan kejadian.

Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim menghantar mesej menerusi Twitter pagi ini dan berharap penduduk kawasan berhampiran selamat.

Adun Subang Jaya Hannah Yeoh juga berada di kawasan kejadian, katanya.

Pusat membeli-belah itu dibuka tahun lalu.


Kompleks membeli-belah itu terletak tidak jauh dari Lebuh Raya Persekutuan dan turut menempatkan hotel.

Ketua Bomba dan Penyelamat Subang Jaya Mohd Khairi Daud dipetik berkata pelanggan hotel yang dianggarkan lebih 300 orang telah dipindah keluar.

Usaha membantu dan menyelamat turut disertai anggota dari balai bomba berdekatan.

Laporan Star Online menyebut letupan berlaku di kedai Starbucks.

Letupan dilaporkan berlaku sekitar 3.45 pagi di aras bawah dan turut merosakkan dua tingkat atas kompleks itu serta menyebabkan kerosakan ke atas beberapa kafe, restoran dan kedai pakaian.

Siasatan awal menunjukkan letupan terjadi di luar kompleks itu dan melibatkan saluran gas.

Laporan awal juga menunjukkan dua pekerja Nepal terperangkap di aras bawah tanah tetapi telah diselamatkan dengan kecederaan kecil. Dua lagi yang melalui lokasi kejadian turut dibawa ke hospital dalam ambulans.



Read More...

Terkini - Letupan di Empire, Subang Jaya. 4 org cedera.

Dipetik dari twitter MB Khalid Ibrahim dan YB Hannah Yeoh



Khalid_Ibrahim profile
Khalid_Ibrahim Letupan di Empire, Subang Jaya. 4 org cedera. Disiasat polis & bomba. YB @HannahYeoh bertugas di sana sejak 5am. Doakan keselamatan penduduk 3 minutes ago · reply · retweet · favorite 



Hannah Yeoh

I thank God it did not happen during business hours, otherwise casualty would have been severe.
Hannah Yeoh

Most impressed with bomba, risking their lives to go in and check. Respect. OCPD and OCS also there coordinating.
Hannah Yeoh

@
I saw the LG pics, very bad.
Hannah Yeoh

@
thank God wasnt peak hours


Read More...

20 September 2011

Cubaan Membakar Rumah Mat Sabu Malam Tadi

TUKAR TIUB PEMECAH BERITA - WORLD BREAKING NEWS


percubaan membakar rumah mat sabu di shah alam

jam 12.00 tengah malam tadi
lampu jalan padam
rumah mat sabu telah cuba dibakar

si pembakar yang tidak diketahui
telah membalingkan minyak petrol
yang terbakar hanyalah pagar rumah mat sabu

tidak diketahui kerja siapkah ini
dan kenapa lampu dijalan raya padam
ketika ini

nota:
berita diterima dari
isteri mat sabu


nota:
jam 2.06 pagi






Read More...

06 July 2011

‘Bom Petrol’ Dalam Botol Plastik - Satu Kerja Lawak.. Hahaha

KUALA LUMPUR: Timbalan Ketua Angkatan Muda KEADILAN, (AMK) Khairul Anuar Ahmad Zainuddin, menyifatkan dakwaan polis bahawa rampasan beberapa jenis senjata berbahaya dikaitkan dengan perhimpunan Bersih, melucukan.

Demikian beliau yang dikenali sebagai Jonah mengulas dakwaan polis, berikutan rampasan beberapa senjata termasuk 44 molotov cocktails, 23 parang dan 48 baju T dengan logo Bersih, di tiga lokasi.

Bom petrol dan mercun yang dijumpai dikatakan disembunyikan di pasu bunga manakala baju T Bersih pula disorokkan di sekitar pusat membeli-belah.

Minyak petrol, beserta sumbu yang diisi ke dalam botol air mineral


Di Kuala Lumpur, barangan itu kononnya dijumpai di sekitar Sogo, Wisma Bumi Raya dan Komplek Pertama.

Manakala Bernama melaporkan serbuan polis menemui lima buah beg pakaian yang antaranya mengandungi 20 bilah parang dan 36 botol air mineral berisi minyak petrol lengkap bersumbu di sebuah tokong.

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia meletakkan berita itu di muka hadapannya hari ini.

Bagaimanapun, setakat ini, tidak ada sebarang tangkapan dilakukan pihak polis.
“Ia satu lawak, rasanya rakyat sudah biasa dan mual dengan kenyataan oleh pemerintah yang mudah memberi alasan dengan apa yang ditangkap dan dirampasnya,” kata Jonah, merujuk kepada bahan rampasan tersebut, termasuk bom petrol yang diisi ke dalam ‘botol plastik air mineral’.

“Mereka sengaja mewujudkan perkara-perkara sebegitu untuk menakut-nakutkan rakyat dan memberi tanggapan negatif brehubung Bersih kepada orang ramai,” katanya lagi.
Menurut Jonah, pemerintah perlu sedar dengan tindakan mereka sebelum rakyat melabelkan pihak polis sebagai badan yang diperkudakan demi kepentingan politik.

“Lagi dibuat, lagi orang akan ketawa, cukup-cukuplah memperbodohkan rakyat kerana tidak ada lagi yang boleh diperbodohkan pemerintah.

“Macam-macam mereka terpaksa reka, sebelum ini (Bersih) dikaitkan dengan komunis, perang ke atas Agong dan sebagainya,” kata beliau.

Dipetik dari sini


SPONSOR BLOGLIST DI BAWAH
Photobucket

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas