BlogList Malaysia
Showing posts with label balak. Show all posts
Showing posts with label balak. Show all posts

11 April 2012

Skandal kayu lebih panas dari NFC: PKR beri Najib 7 hari utk menggantung Musa dan Anifah

TERKINI Pemimpin-pemimpin PKR telah memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak 7 hari untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan adiknya Anifah, Menteri Luar persekutuan, berkenaan skandal kayu RM400juta .

"Kami mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib untuk mengarahkan Anifah dan Musa supaya mengambil cuti daripada menjalankan tugas rasmi mereka, dan pastikan mereka bertanggungjawab kepada dakwaan itu," pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Isnin.


Pertolongan seorang abang


Pemberi maklumat laman web Sarawak Report telah menuduh Anifah kerana menerima lesen pembalakan secara "rahsia" terima kasih kepada pengaruh Musa.

PKR telah menubuhkan Pasukan Petugas Khas untuk mengkaji rasuah berkaitan pembalakan tiga bulan lalu dan usaha mereka telah membuahkan hasil. Mereka merancang untuk mendedahkan maklumat lanjut kepada pihak awam jika Najib enggan untuk bertindak.

Dengan itu, PKR yang diketuai Wan Azizah Wan Ismail dan suaminya Pemimpin Pembangkang Anwar Ibrahim telah menghasilkan kegelisahan dalam BN, terutamanya Umno dengan pendedahan yang berterusan baru-baru ini yang melibatkan salah guna kuasa dan rasuah di Pusat Fidlot Kebangsaan yang dikendalikan oleh keluarga bekas menteri Shahrizat Jalil.


Menurut Rafizi, skandal rasuah pembalakan Sabah akan menjadi lebih "besar" daripada kejatuhan RM250juta rasuah NFC - krisis yang Najib tidak mampu pertahankan kerana dia dijangka untuk memanggil pilihanraya umum mengejut dalam tempoh beberapa bulan akan datang.

Beribu-ribu dokumen

Timbalan Setiausaha Agung PKR Darell Leiking, yang juga berada di sidang akhbar itu, mengesahkan bahawa Pasukan Petugas Khas PKR tersebut kini mempunyai dalam pegangan mereka "beribu-ribu muka surat" dokumen, termasuk kertas penyiasatan skandal rasuah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia sendiri, yang telah didedahkan oleh Sarawak Report minggu lepas.

Rafizi dan Leiking telah mendedahkan bahawa SPRM, selepas penyiasatan selama dua tahun yang teliti, yang bermula pada 2008, sudah mengesyorkan pendakwaan bagi kedua-dua lelaki itu tetapi Jabatan Peguam Negara enggan untuk mengambil tindakan, atas sebab-sebab yang tidak diketahui.

"Oleh itu, PKR ingin memberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib sepenuh peluang untuk mengambil tindakan segera terhadap mereka, kerana SPRM telah menjalankan siasatan yang menyeluruh," kata Rafizi.

Beliau juga menyeru kepada Najib untuk menggantung Peguam Negara, Gani Patail, kerana dia telah terlalu kerap dikaitkan dengan skandal rasuah yang melibatkan pemimpin tertinggi BN. "Satu tribunal perlu ditubuhkan untuk mendengar kes-kesnya," kata Rafizi.

Turut hadir ialah naib presiden PKR Nurul Izzah dan MP Subang Sivarasa Rasiah.

Malaysia Chronicle


Read More...

09 April 2012

Terkini ! Skandal Balak RM400 juta

Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat telah memberi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selama 7 hari untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Menteri Sabah Musa Aman dan adiknya Anifah Aman, Menteri Luar, mengenai skandal balak RM400 juta.

"Kita mahu Perdana Menteri Datuk Seri Najib mengarahkan Anifah dan Musa mengambil cuti daripada menjalankan tugas rasmi mereka, dan bertanggungjawab kepada dakwaan itu," pengarah strategi PKR Rafizi Ramli memberitahu pada sidang akhbar di lobi Parlimen pada hari Isnin.


Pendedahan Sarawak Report Yang Terdahulu

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman didakwa diberikan lesen pembalakan lumayan secara rahsia di negeri itu, lapor Sarawak Report.

Sarawak Report mendakwa memiliki dokumen SPRM yang hasil siasatannya memutuskan bahawa Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman secara salah mengeluarkan lesen bernilai puluhan juta ringgit kepada adiknya itu.

Menurut laporan itu lagi, dokumen tersebut adalah sebahagian daripada siasatan terhadap penyelewengan balak selepas kroni bagi Musa Aman, Michael Chia, telah ditahan kerana cuba menyeludup keluar RM16 juta daripada Hong Kong pada 2008.

Kandungan siasatan

Dua konsesi utama yang dibeli oleh Yayasan Sabah bagi kayu balak ditebang dan Penerima tawaran adalah Anifar Aman dan Hairul Aman, anak saudara Pengurus Hutan Yayasan Sabah, Mohd Daud Tampokong.

Aspek-aspek yang lain, yang lebih mengejutkan adalah, ia membolehkan pemegang konsesi mengeluarkan balak sebanyak 2,000 hektar dari hutan dara di Hutan Simpan Pinagah:

Kedua-dua lesen telah diberikan sejurus selepas Musa Aman menjadi Ketua Menteri dan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah pada tahun 2003.

Gani Patail Juga Terlibat?

Peguam Negara Abdul Gani Patail, yang berasal dari Lahad Datu, telah menghalang siasatan SPRM. Beliau yang berkait rapat dengan keluarga Aman, telah enggan untuk meneruskan kes itu.

Rakyat bimbang bahawa keengganan Gani untuk membenarkan siasatan rasuah peringkat tinggi, telah membenarkan ahli-ahli politik BN lain untuk terus menyedut kekayaan negara dan tidak terganggu.



Jenayah Elak Cukai Berpuluh Juta

Pakar-pakar berkata bahawa hutan dara menyediakan 100 meter padu kayu setiap hektar. Pemegang Lesen sepatutnya membayar Yayasan Sabah RM55 dan Jabatan Perhutanan RM95 setiap meter padu dibalak, yang berjumlah RM150 dalam bentuk cukai.

Walau bagaimanapun, semua hasil sangat sedikit diisytiharkan, tanpa membayar cukai yang berjumlah sekitar RM30juta.

Dipetik dari http://reformisanakmuda.blogspot.com/2012/04/terkini-skandal-balak-rm400-juta.html


Read More...

09 November 2011

Anak Najib beli saham syarikat balak RM1.69 juta

KUALA LUMPUR 9 Nov: Anak lelaki Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membeli saham berjumlah RM1.69 juta dalam sebuah syarikat pembalakan, Harvest Court Industries Bhd.

Mohd Nazifuddin Najib, 28 membeli sebanyak 2.04 juta saham pada harga 84.5 sen seunit, sekaligus menyaksikan harga saham dalam syarikat berkenaan turut melonjak paling tinggi dalam masa sembilan tahun.

Nazifuddin adalah seorang daripada tiga anak Najib hasil perkahwinan pertama beliau dengan Tengku Puteri Zainah Tengku Eskandar.

Ini merupakan kali pertama beliau membeli saham Harvest Court dan beliau kini memiliki 1.19 peratus saham dalam syarikat itu, lapor Malaysian Chronicle.


Turut sama meningkatkan milikan sahamnya dalam syarikat itu ialah Raymond Chan Boon Siew, 39 yang menguasai Sagajuta (Sabah) Sdn Bhd.

Menurut Malaysian Chronicle, Nazifuddin juga merupakan pengerusi Sagajuta, yang merupakan pemaju bagi kompleks membeli belah 1Borneo di Kota Kinabalu.

Sagajuta juga turut memiliki beberapa projek yang masih berjalan seperti 1Sulaman dan 1Likas di Kota Kinabalu dan 1Gateway di Klang.

Kedua-dua mereka menyertai lembaga pengarah Harvest pada 28 Oktober, 10 hari selepas Raymond Chan muncul sebagai pemegang saham utama Harvest Court apabila memiliki 23.808 juta saham atau 13.85 peratus saham.

Penyertaan Nazifuddin dan Raymond Chan melonjakkan saham syarikat itu sebanyak 30.5 sen kepada RM1.18 sen sesaham sementara waran pula meningkat sebanyak 30 sen kepada RM1.05

Namun, penganalisa pasaran tetap memberikan amaran terhadap lonjakan itu kerana seminggu sebelum Raymond Chan dan Nazifuddin menyertai Harvest Court, syarikat itu menerima pertanyaan aktiviti pasaran luar biasa (UMA) daripada Bursa Malaysia.

Sehingga kini, syarikat itu telah menerima dua pertanyaan aktivi pasaran luar biasa daripada Bursa Malaysia.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=22767

Read More...

26 November 2009

Pahang Lulus Pembalakan Tanpa Pengetahuan Exco dan EIA

Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh melahirkan kebimbangan dengan sikap tidak bertanggungjawab Kerajaan Negeri Pahang yang meluluskan aktiviti pembalakan di negeri itu tannpa melalui Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA).

Beliau berkata, aktiviti pembalakan seluas 42,000 ekar berkenaan bukan sahaja tidak melalui EIA, bahkan ia juga tidak mendapat kelulusan Exco.

“Saya nak tunjukkan peta, ini adalah kawasan yang telah diluluskan untuk pembalakan dalam tempoh setahun setengah di Pahang yang melibatkan dua hutan simpan,"katanya di Lobi Parlimen semalam.

“Dia punya total ialah 42 ribu ekar atau 17 ribu hektar secara total tetapi ianya dipecahkan kepada kompartmen-kompartmen yang diluluskan kurang daripada 500 hektar maksudnya tidak perlu EIA. Dan mereka melanggar sistem tanpa membuat EIA, tanpa kelulusan EXCO. Ia terlepas dari kerajaan negeri tetapi apabila kita petakan, ia kelihatan seperti ini,"katanya.

Ujar Fuziah, tindakan tidak bertanggungjawab ini akan mengakibatkan hutan yang sepatutnya menjadi tempat tadahan air menjadi gondol dan menyebabkan kejadian banjir lumpur dan banjir kilat.

Malah menurut Fuziah, sekiranya tiada kawalan yang sewajarnya dilakukan, bandar Kuantan yang kecil berbanding dengan kawasan pembalakan tersebut mungkin akan tenggelam akibat bencana alam yang tidak dijangka.

“Saya tahu, Pahang memang ada masalah dari segi penguatkuasaan dan inilah masalahnya yang akan menimpa di Pahang. Jadi setakat ini kerajaan negeri memberitahu saya, tidak mungkin berlaku,"katanya.

Namun ujar Fuziah, meskipun kerajaan negeri menafikan tindakan mereka itu, Fuziah mempunyai bukti keterlibatan kerajaan negeri dalam meluluskan kompartmen-kompartmen yang berjumlah 17 ribu hektar.

“Tapi di sini, saya ada surat kelulusan daripada Jabatan Perhutanan Pahang, mesyuarat exco dan sebagainya dan total semuanya ada di sini. Daripada Oktober 2007, Oktober 2008 dan Mac 2009. Luluskan sedikit demi sedikit dan kini menjeadi sebegitu banyak,"katanya.

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas