BlogList Malaysia
Showing posts with label abim. Show all posts
Showing posts with label abim. Show all posts

10 December 2011

ABIM desak Chua batal hasrat debat hudud dengan LGE

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) mendesak Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek supaya membatalkan hasratnya untuk berdebat dengan setiausaha agung DAP Lim Guan Eng mengenai isu hudud.

ABIM juga kesal dengan tindakan Chua mencabar seorang lagi pemimpin (Lim) bukan Islam di negara ini, untuk berdebat secara terbuka mengenai isu tersebut yang menurut angkatan tersebut "akan hanya mencetuskan kesinambungan polemik politik dan agama yang berpanjangan".

NONE"Justeru, kami mendesak beliau menarik balik gesaan tersebut (untuk
mengadakan debat terbuka berkaitan isu hudud)," kata setiausaha agung ABIM, Raimi Ab Rahim (berbaju putih) dalam satu kenyataan semalam.


Ia adalah antara tuntutan dalam memorandum ABIM yang diserahkan kepada wakil Chua di ibupejabat MCA semalam.

Raimi berkata ABIM sedia bertemu dan mengadakan dialog akademik untuk menjelaskan sebarang kekeliruan serta persoalan berhubung dengan hudud, terutama perkara yang menyentuh secara langsung kepentingan masyarakat bukan Islam.

Memorandum itu juga mengulangi gesaan ABIM supaya Chua memohon maaf secara terbuka kepada semua umat Islam di negara ini, di atas kenyataannya ketika forum hudud anjuran MCA baru-baru ini.

"Adalah jelas kenyataan beliau bersifat tohmahan, prejudis dan tidak langsung disandarkan kepada sebarang fakta atau perangkaan emprikal yang boleh menjustifikasi dakwaaannya," tegas Raimi.
"Kenyataan serta tindakannya itu tidak lain tidak bukan hanya bertujuan untuk meraih populariti politik terutama dari masyarakat bukan Islam.

"Tindakan-tindakan beliau ini secara langsung telah merendahkan martabat perundangan hudud kepada isu politik dan sokongan pilihan raya semata-mata, sekaligus menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini," tambahnya.

Memorandum itu juga menyenaraikan beberapa penyelidikan dan kenyataan yang dibuat oleh ulama-ulama mengenai undang-undang hudud.

"Kami berharap bahan akademik boleh Chua manfaat dengan meningkatkan kefahaman undang-undang hudud dan Islam sebelum mengeluarkan apa-apa kenyataan seperti itu pada masa akan datang.

Read More...

24 May 2010

Abim Tuntut Penjelasan Terbuka Tentang Judi Bola

Suara bantahan kepada isu kelulusan lesen judi bolasepak semakin lantang.

Terbaru, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) mengulangi desakan agar pemberian lesen judi Piala Dunia 2010 oleh kerajaan pusat kepada Kumpulan Berjaya ditarik balik.

Menurut presidennya, Muhammad Razak Idris, Abim berpandangan bahawa sudah tiba masanya kerajaan memberi penjelasan secara terbuka sebagai reaksi kepada keprihatinan, desakan dan bantahan yang disuarakan oleh banyak pihak.

“Abim menyokong kenyataan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi yang baru-baru ini menggesa kerajaan menilai semula pemberian lesen tersebut.

“Siri-siri bantahan serta kenyataan-kenyataan keprihatinan tersebut, memberikan mesej yang jelas kepada pimpinan negara bahawa masyarakat Malaysia memandang berat implikasi dan kesan negatif pertaruhan judi ini kepada masyarakat Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media.


Katanya, Abim juga telah menghantar memorandum keprihatinan kepada para mufti di seluruh negara sejak seminggu yang lalu sebagai usaha menggesa kerajaan menarik balik pemberian lesen berkenaan.

“Dari pemerhatian pihak Abim, aktiviti-aktiviti pertaruhan serta perjudian haram sudah mula berleluasa menjelang kejohanan yang bakal menjelang nanti.

"Abim yakin tindakan legalization – iaitu mengiktiraf secara sah di sisi undang-undang sesuatu aktiviti haram (seperti kes pertaruhan judi) yang tidak mampu dikawal melalui penguatkuasaan undang-undang dan permintaan berterusan di pasaran gelap tidak akan menyelesaikan masalah. Bahkan sebaliknya, ia memberikan pengiktirafan kepada sesuatu yang illegal hanya kerana kegagalan kita mengawalnya.”

Katanya, Abim juga menggesa umat Islam di seluruh negara agar menjauhi sebarang bentuk aktiviti perjudian serta pertaruhan memandangkan ia hanya akan meruntuhkan sahsiah individu, serta keutuhan institusi keluarga, masyarakat, dan secara khususnya, sistem ekonomi.

“Sebarang aktiviti perjudian serta pertaruhan adalah haram di sisi Islam. Ia jelas mendatangkan kemudaratan kepada institusi kekeluarga, masyarakat dan rakyat terbanyak,” katanya.

Menurut Razak, berdasarkan kepada prinsip berkenaan, Abim membantah sekeras-kerasnya usaha untuk membudayakan unsur-unsur perjudian di kalangan setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Read More...

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas