KAKITANGAN MDSB mula merobohkan beberapa struktur bangunan resort milik Jamal jam 2 petang tadi.
Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) hari ini merobohkan sebuah resort yang dimiliki oleh Ketua Umno Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos di Sekinchan, Selangor selepas menghantar notis perintah tutup.
Notis bertarikh 22 Disember itu antara lainnya menyebut pemilik menjalankan aktiviti perhotelan tanpa lesen yang sah daripada pihak berkuasa.
Notis juga menyebut dalam pemeriksaan dilakukan MDSB mendapati Jamal telah melakukan kesalahan tersebut di atas Lot 13081,13082 dan 13083 Jalan Pantai Redang, Sekinchan.
Jamal dalam catatan di Facebook mendakwa arahan perobohan itu dibuat oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali.
“Kerja-kerja meroboh permis perniagaan saya oleh majlis dearah Sabak Bernam sedang dilakukan atas arahan MB.
“Pagi tampal notis petang ini roboh. Ini adalah tindakan balas dendam oleh kerajaan negeri terhadap kelantangan saya mengkritik kerajaan di bawah pimpinan Azmin Ali.
“Apa yang saya lakukan ini adalah untuk kepentingan rakyat Selangor yang derita dengan masalah air yang tidak ada,” katanya.
Jamal semalam tampil dengan hanya bertuala ke bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam untuk tumpang mandi di pejabat menteri besar Selangor.
Beliau turut membawa gayung, berus gigi dan sabun sebagai protes terhadap kerajaan negeri yang didakwanya gagal mengurus masalah air di negeri itu.
Bagaimanapun ADUN Sekinchan,Ng Suee Lim ketika dihubungiMalaysiakini untuk mengesahkan laporan itu berkata perobohan berkenaan tidak ada kena mengena dengan bantahan yang dibuat oleh Jamal.
“Tiada dendam... ini (hanya) kebetulan,” katanya.
Menurut pemimpin akar umbi DAP itu, MDSB telah menghantar notis kepada Jamal mengenai sepanjang tempoh lima tahun lalu berhubung hotelnya yang tidak mematuhi peraturan-peraturan tanah dan pembangunan.
“Benda ini majlis (MDSB) dah banyak kali keluar notis, saman kompaun semua sudah, minta dia roboh sendiri tapi dia ingkar.
“Jadi majlis dan pejabat tanah ambil tindakan la. (Ini kerana kita) tak nak majlis dilihat tidak tegas dalam meneggakkan undang-undang,” kata Ng.
Menurutnya, beliau tidak mempunyai masalah dengan sesiapa sahaja menjalankan perniagaan di Sekinchan, tetapi mereka mesti mengikut undang-undang.
Malaysiakini telah menghubungi SetiausahaMajlis Daerah Sabak Bernam (MDSB) Awaluddin Zakariaberhubung kerja-kerja perobohan itu dan sedang menunggu jawapannya.
-----------------------------
SABAK BERNAM: Selepas empat jam disita, Sekin Hotel & Resort milik Pengerusi Gerakan Baju Merah, Datuk Seri Jamal Yunos di Sekinchan, dirobohkan oleh Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), petang ini.
Beberapa struktur bangunan resort itu dirobohkan kira-kira jam 2 petang tadi.
Jamal ketika dihubungi, berkata tindakan yang dilakukan MDSB itu sangat kejam dan keterlaluan.
"Kira-kira jam 10 pagi tadi, kakitangan MDSB datang menyita tetapi jam 2 petang tadi, beberapa bangunan resort saya dirobohkan," katanya.
0 Komen :
Post a Comment