BlogList Malaysia

21 December 2016

Lim Kepada Nazri: Ingat Masa Depan Anak Cucu Kita



Selepas Tun Dr Mahathir Mohamad menjelaskan alasannya untuk terus aktif dalam politik dan tidak menghabiskan masa bermain dengan cucunya walaupun hampir mencecah usia satu abad, seorang lagi ‘datuk’ mengulas kenyataan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Nazri Abdul Aziz.

Lim Kit Siang berkata, beliau sedang memikirkan bukan sahaja mengenai cucu-cucunya, tetapi tentang masa depan semua rakyat Malaysia.

Dalam nada menyindir, pemimpin DAP itu mengucapkan terima kasih kepada Nazri kerana mengambil berat tentang kebajikannya dengan mencadangkan beliau meluangkan sisa-sia hidupnya ‘bermain’ dengan cucunya.

"Tetapi Nazri tidak salah, kita tidak boleh hanya memikirkan cucu kita, tetapi juga tentang cucu semua rakyat Malaysia.

"Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia, tanpa mengira usia, kaum, agama atau wilayah, untuk mengambil berat tentang kebajikan negara dan harus membabitkan diri dalam memastikan negara ini menjadi tempat yang lebih baik untuk cucu dan anak-anak kita," katanya.

Lim juga mendedahkan beliau telah berkongsi cadangan Nazri di Facebook, dan majoriti pengulas menggesanya supaya tidak menghiraukan ‘nasihat’ menteri itu.

Masalah agama

Ahli parlimen DAP yang berusia 75 tahun itu turut mengimbas masa silamnya dengan berkata keadaan Malaysia semasa dirinya adalah seorang budak sekolah cukup berbeza dengan keadaan hari ini.

Ketika itu, beliau berkata, tidak ada masalah agama yang ketara.

"Tetapi hari ini, polarisasi agama berserta polarisasi kaum menjadi antara ancaman besar kepada proses pembinaan negara Malaysia," katanya dalam satu kenyataan media.

Lim juga mendakwa bahawa apabila beliau berada di bangku sekolah, rasuah adalah satu gejala yang jarang berlaku.

"Tetapi hari ini, Malaysia membezakan dirinya menjadi kleptokrasi global, tumpuan tindakan kleptokrasi terbesar oleh Jabatan Keadilan (DOJ) berhubung puluhan juta dolar wang 1MDB yang digubah secara haram,” katanya.

Mengenai pendidikan, Lim berkata semasa di bangku sekolah, sistem pendidikan negara, sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi, adalah antara yang terbaik di dunia.

"Hari ini, Malaysia didapati menipu dalam Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (Pisa) 2015 menyebabkan negara dikecualikan daripada ranking Pisa 2015 untuk matematik, sains dan sebagainya walaupun kita tidak mempunyai kesukaran apabila mengambil bahagian dalam ujian Pisa yang dianggap sebagai laporan sekolah dunia, pada tahun 2009 dan 2012.

"Bagi pendidikan universiti, kita terjerumus dari piawaian bertaraf dunia sehingga ke tahap kita terpaksa memilih pembekal rangking universiti bagi memastikan universiti di Malaysia tidak dikecualikan," katanya.

Negara gagal, penyangak

Dari segi ekonomi, Lim berkata Malaysia hilang tempatnya semasa zaman Merdeka apabila ia adalah negara paling maju di Asia selepas Jepun.

Malaysia, bagaimanapun, sejak tewas kepada negara-negara seperti Korea Selatan dan Taiwan yang jauh lebih mundur daripada Malaysia pada tahun lima puluhan dan kini menjadi negara maju dan makmur.

"Belum lagi Jepun, Singapura dan Hong Kong yang begitu jauh meninggalkan kita. Lebih memalukan, Malaysia adalah dalam bahaya bakal dipintas oleh Vietnam dan Thailand manakala negara-negara lain seperti Indonesia, Filipina dan Myanmar merapatkan jurang mereka dengan Malaysia," katanya.

Lim mendakwa Malaysia kini dalam bahaya menjadi sebuah negara gagal dan penyangak.

"Kita tidak mahu cucu kita membesar menjadi rakyat sebuah negara gagal dan penyangak - ini adalah mengapa ‘datuk dan nenek’ hari ini mesti memainkan peranan mereka untuk menyelamatkan Malaysia," katanya.

- mkini


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas