BlogList Malaysia

20 December 2016

'BN tetap menang walau ramai tak sokong Najib'



Barisan Nasional (BN) tetap akan memenangi pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan datang sekali gus mengekalkan kuasa sebagai pemerintah meskipun ada yang mendakwa negara kini berdepan dengan krisis keyakinan rakyat semakin kronik.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali berkata, ini kerana terlalu banyak faktor yang membantu kemenangan BN.

"Melalui kaji selidik yang dibuat 90 peratus rakyat tolak Najib, semua tolak Najib, budak sekolah pun tolak Najib.

"Tapi dia kata BN tak akan kalah. Pelik tak?

"Sebab pilihan raya ini saya nak bagi tahu bukan semata-mata isu, bila datang pilihan raya ia banyak sebab seperti jentera pilihan raya, cara kempen di mana untungnya BN dia menguasai media dan kerajaan, polis dan tentera ikut dia (BN) dan pengundi di Malaysia ini pula berterabur dengan macam-macam latar belakang geografi," kata Ibrahim dalam wawancara eksklusif bersamaMalaysiakini dan sebuah lagi portal berita di ibu pejabat PERKASA, Kuala Lumpur.

Ibrahim berkata demikian mengulas apakah BN mampu bertahan dan terus kekal berkuasa pada PRU akan datang dengan krisis keyakinan rakyat yang semakin kronik hari ini.

Bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin kelmarin dilapor sebagai berkata kerajaan perlu segera menangani ketidak yakinan rakyat kerana ia sudah berada pada tahap kronik.

Kata Tun Daim, krisis tersebut perlu diatasi segera kerana tanpa keyakinan dan sokongan rakyat, amat sukar bagi kerajaan menyelesaikan masalah lain terutama yang memberi kesan langsung kepada rakyat.

Mengulas lanjut, Ibrahim berkata apa yang dinyatakan itu benar tapi untuk rakyat tidak memilih BN dan mengundi pembangkang tidak akan berlaku.

"Memang ada krisis, krisis keyakinan rakyat yang Tun Daim cakap ini menyebabkan rakyat betul-betul menolak BN.

"Kalau orang tak sokong BN sebab harga barang naik, 1MDB atau krisislah, ia betul. Tetapi pada masa yang sama walaupun ada yang tak puas hati semua ini (krisis) dia tidak sanggup lagi undi pembangkang kerana mereka pun berkecamuk," kata Ibrahim.

Tambah, Ibrahim yang juga bekas anggota Parlimen Pasir Mas itu kemenangan BN juga turut dibantu pengundi luar bandar yang merupakan deposit tetap BN.

"Pengundi di Kelantan dan Johor lain, daripada 122 kerusi BN sekarang ini yang pasti BN menang 122 dan masih kerajaan lagi.

"Sebab macam kerusi-kerusi Felda, luar bandar yang ada kerusi Melayu yang masih berharap kepada kerajaan. Ini Najib pandai, RM200, RM300, RM500 untuk pekebun getah, untuk nelayan.

"Sebab itu pada pilihan raya undi boleh lari lagi 5 peratus," tambah Ibrahim.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas