Polis tahan 4 aktivis R bantah harga minyak naik
Empat aktivis R yang ditahan polis kerana cuba membuat bantahan kenaikan harga minyak di Kota Bharu melalui flash mob hari ini.
Polis menahan empat aktivis Royalti (R) yang membuat flash mob (bantahan senyap) bagi membantah kenaikan harga minyak tengah-tengah bandar Kota Bharu hari ini.
4 orang aktivis R yang ditangkap adalah Khairul Nizam Abd Ghani (Aduka Taruna), Mohd Rosdi Mat Zin, Hazmi Daud, Wan Muhyiddin Asyrafi Wan Baharuddin di bawah flyover hadapan KB Mall.
Mereka dibawa menaiki Black Maria ke IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa.
Flashmob diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak Ron 95, Ron 97 & Diesel dan mengutip sumbangan derma untuk membantu mangsa kebakaran di Lembah Sireh, Kota Bharu semalam.
Penahanan dilakukan sebelum program yang sepatutnya bermula jam 2.30 petang.
Menurut Pressiden R, Nazri Deraman, penahanan telah dibuat secara tergesa gesa tanpa perbincangan lanjutan dibuat.
Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mengecam tindakan itu dan menuntut mereka dibebaskan segera.
Pemuda PAS Kelantan berpendirian, tindakan menahan mereka yang hanya melakukan kempen bantahan senyap ialah satu cubaan pihak kerajaan untuk menutup bantahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak.
"Perlu diingatkan bahawa kenaikan harga minyak ialah isu bersama yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan merupakan isu politik semata-mata," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.
Mereka berpandangan pihak berkuasa wajar menggunakan budi bicara dalam menangani protes kenaikan harga minyak ini.
Justeru, mereka mendesak agar semua keempat-empat aktivis R ini dibebaskan dengan segera sebelum kerajaan menghadapi protes yang lebih hebat lagi.
Sebelum ini, Pemuda PAS telah mengadakan bantahan di seluruh negara termasuk di Kualan Lumpur.
Namun hanya bantahan yang dibuat di Kota Bharu sahaja yang melibatkan tangkapan dari pihak polis.
Ekoran itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) mengecam tindakan itu dan menuntut mereka dibebaskan segera.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga minyak 20 sen untuk RON95 dan diesel baru-baru ini.
Ia dibuat dalam bentuk pemotongan kepada subsidi yang diberikan kerajaan selama ini.
Pemuda PAS Kelantan berpendirian, tindakan menahan mereka yang hanya melakukan kempen bantahan senyap ialah satu cubaan pihak kerajaan untuk menutup bantahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak.
"Perlu diingatkan bahawa kenaikan harga minyak ialah isu bersama yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan merupakan isu politik semata-mata," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman.
Mereka berpandangan pihak berkuasa wajar menggunakan budi bicara dalam menangani protes kenaikan harga minyak ini.
Justeru, mereka mendesak agar semua keempat-empat aktivis R ini dibebaskan dengan segera sebelum kerajaan menghadapi protes yang lebih hebat lagi.
Sebelum ini, Pemuda PAS telah mengadakan bantahan di seluruh negara termasuk di Kualan Lumpur.
Namun hanya bantahan yang dibuat di Kota Bharu sahaja yang melibatkan tangkapan dari pihak polis. - 7 September, 2013.
http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/polis-tahan-4-aktivis-r-yang-buat-flash-mob-bantah-naik-harga-minyak
0 Komen :
Post a Comment