BlogList Malaysia

04 September 2013

Alahai Menteri Umno.. Kenapalah Bangang Sangat..?

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Gantang Idris Ahmad meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hasan Malek membuka kedai sendiri sekiranya beliau yakin kenaikan harga barang hanya 0.1 peratus selepas kenaikan harga minyak semalam.

"Elok beliau buka kedai sendiri, kerana dia boleh tentukan harga barang naik 0.1 peratus. Kami akan pergi membeli di kedai dia," tegas Idris kepada Harakahdaily.


Malah Idris menyangkal kenyataan menteri berkenaan dan menyifatkan ianya tidak logik dengan kenaikan harga barang hanya 0.1 peratus.

"Kalau harga barang bernilai RM1.00, takkan penjual hendak naikkan RM1.01 paling kurang mereka akan naikkan kepada RM1.10 atau RM1.20. Kenyataan menteri ini sangat tidak logik," katanya.

Beliau yang dipertanggungjawabkan menjaga Kementerian Pengguna dalam PAS, berkata, dalam kes kenaikan harga ayam baru-baru ini kerajaan masih gagal mengawal kenaikan itu akhirnya harga ayam masih mahal daripada biasa.

"Mengawal harga ayam pun kerajaan tidak berjaya, inikan pula dalam suasana harga minyak naik yang memberi kesan berantai sudah tentu sukar untuk mengawal.

"Harga ayam semasa bulan puasa lalu, dari RM6.50 naik kepada hampir RM9.00 akhirnya kerajaan menetapkan harga siling kepada RM7.50, bukankah berlaku kenaikan harga juga. Ini belum diumumkan harga minyak naik," bidas Idris.

Justeru beliau percaya kenaikan harga barang bukan 0.1 peratus sebagaimana jaminan diberikan oleh menteri sebaliknya lebih daripada itu memandangkan kos bahan api yang menjadi inputb utama kepada pengangkutan dan perkhidmatan dalam negara.

"Kerajaan ambil jalan mudah, naikkan harga minyak untuk mendapat pulangan kemudian hendak menutup mulut rakyat dengan memberi bantuan BR1M, dan saya yakin kali ini BR1M akan dinaikkan," katanya.

Semalam Datuk Hasan Malek memberi jaminan kenaikan harga barang hanya 0.1 peratus sahaja selepas harga minyak naik.

Ekoran kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seliter, Persatuan Pengusaha Bas Seluruh Malaysia (PMBOA) telahpun mula menggesa kos tambang dinaikkan sejajar dengan peningkatan harga minyak.

Sebuah syarikat kontena, Taipanco Sdn Bhd pula dilaporkan akan menaikkan kadar surcharge bahan api.

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas