PR menegaskan permohonan Parti Sosialis Malaysia (PSM) untuk menyertai perikatan itu telah ditolak, kata Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution.
Menurutnya, keputusan tersebut jelas telah dilakukan bersama ahli Majlis Tertinggi PR yang lain selepas mesyuarat yang diadakan sebelum ini.Tambahnya, berkenaan surat "hitam putih" yang diminta PSM akan diuruskan oleh sekretariat perikatan tersebut.
Keputusan kita jelas, kita tak terima, kita tolak. Soal paling penting adalah soal keputusan permohonan, jadi kita dah putuskan sebelum ini untuk tolak," katanya seperti dipetik laman tersebut.
Kenyataan itu bagi menjawab tuntutan setiausaha agung PSM S Arutchelvan agar Pakatan mengeluarkan surat rasmi berhubung keputusan berkenaan.Arutchelvan membuat tuntutan berkenaan susulan kenyataan pengerusi DAP Karpal Singh, yang mahu Pakatan mempertimbangkan permohonan PSM untuk menyertai gabungan parti berkenaan.
Mengulas mengenai saranan Karpal itu, Saifuddin berkata MP berkenaan tidak mengetahui keputusan yang dibuat pemimpin tertinggi Pakatan berhubung keputusan tersebut kerana tidak hadir ke mesyuarat itu.
"Keputusan itu dibuat bersama Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Tanyalah mereka," katanya."Memang mesyuarat masa itu, kita tolak PSM... Karpal tidak hadir mesyuarat itu, sebab itu beliau tidak tahu," katanya
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
2 hours ago
0 Komen :
Post a Comment