GEORGETOWN - Pertubuhan Gerakan Siber 1Malaysia (GS1M) hari ini membuat laporan polis terhadap dua individu yang membuat kenyataan menghina Nabi Muhammad SAW dan Polis Diraja Malaysia melalui laman media sosial.
Presidennya Mohamad Sharom Rahman membuat laporan itu bersama seorang anggota jawatankuasa di Balai Polis Bayan Baru di sini pada pukul 3 petang.
Mohamad Sharom berkata laporan polis itu bagi meminta polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menjalankan siasatan terperinci terhadap tindakan biadab kedua-dua individu itu yang menggunakan nama 'Calvin Gani' dan 'Rakyat Anarki' pada laman Facebook masing-masing.
Bercakap kepada pemberita selepas membuat laporan itu, beliau berkata kenyataan kedua-dua individu terbabit adalah satu provokasi yang mampu menggugat keamanan negara.
Justeru, beliau menggesa SKMM menggunakan undang-undang sedia ada untuk mengambil tindakan terhadap pemilik laman media sosial yang bertindak mencetuskan provokasi khususnya dalam aspek agama.
- Bernama
RM140,000 lesap ditipu bomoh halau hantu
19 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment