KUALA LUMPUR, 15 FEB: Tiga keaiban besar menimpa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan UMNO/Barisan Nasional (BN) ketika pesta RM3.5 juta Psy dan Gangnam Style yang turut memalukan negara.
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, video satu minit tiga jawapan ‘ya’ untuk Psy dan tiga jawapan ‘tidak’ untuk BN ditonton hampir setengah juta di Youtube daripada banyak laman sejak Isnin lalu.
Katanya, Najib dan UMNO/BN dimalukan menerusi video lima minit penolakan Psy untuk tidak bersama Najib dan pemimpin BN, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi ketika acara menggaul yee sang.
“Psy menolak untuk mempersembahkan “Gangnam 1Malaysia Style” juga memalukan Perdana Menteri sebaik mengumumkan bahawa Psy akan mengadakan persembahan itu selepas jawapan tiga kali “Ya” untuk Psy dan tiga kali “Tidak” untuk BN,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 56 Hari ke PRU-13, semalam.
Menurut Kit Siang, kemunculan Psy dan Gangnam Style sempena pesta Tahun Baru Cina BN di Pulau Pinang sepatutnya menjadi hiburan dan menambahkan keyakinan UMNO/BN memenangi PRU-13, sebaliknya bertukar menjadi kemusnahan besar bagi parti yang memerintah negara 56 tahun itu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, setakat ini kegagalan menjelaskan penaja yang melangsaikan sekurang-kurangnya RM3.5 juta untuk membawa terus “Psy dan Gangnam Style” dari Brazil ke Pulau Pinang melalui penerbangan 20 jam jika tidak daripada wang rakyat.
“Pada hari pertama sambutan Tahun Baru Cina, lebih 10,000 bendera 1Malaysia memenuhi jalan besar di Pulau Pinang yang digunakan Najib dalam lawatan dua hari itu menunjukkan keangkuhan “penaja misteri” pesta Psy dan Gangnam Style serta menghina undang-undang kerana bendera itu dipasang tanpa mengambil kira keselamatan dan undang-undang dianggar menelan belanja kira-kira RM100,000.
“Setakat ini penganjur rasmi BN Pulau Pinang mendakwa mereka tidak tahu siapa yang menaikkan 10,000 bendera 1Malaysia menggambar betapa tidak bertanggungjawab atau tidak cekap pemimpin BN negeri itu,” katanya.
Katanya, persoalannya mampukah Malaysia melakukan peralihan kuasa secara aman bagi Pakatan Rakyat menggantikan BN menjadi kerajaan baru di Putrajaya pada PRU-13 nanti
Sekiranya ini dapat dicapai, beliau berkata, keaiban Najib itu menjadi rahmat buat negara bagi membolehkan Malaysia membuka lembaran baru untuk mencapai mencapai kemerdekaan kedua untuk rakyat Malaysia mampu berdiri sama tinggi dan bersaing dengan negara lain di dunia.
- Roketkini.com
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
1 hour ago
0 Komen :
Post a Comment