BlogList Malaysia

01 February 2013

Najib tidak yakin terus jadi PM sebab itu tidak tetapkan tarikh PRU-13

KUALA LUMPUR, 1 FEB: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ternyata tidak mermpunyai keyakinan dan optimis sebab itu masih berdolak-dalik serta ragu untuk mengumumkan tarikh Pilihan Raya Umum ke-13.

Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berkata, reputasi Najib sebagai Perdana Menteri juga berubah-ubah malah lebih teruk berbanding mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi.


Menurutnya, pemimpin veteran UMNO, Tan Sri Abdullah Ahmad pada Malaysia Strategic Outlook Conference ke-15 yang dianjurkan Asian Strategy and Leadership Institute (Asli), semalam, berpendapat Najib tidak akan menjadi Perdana Menteri terakhir UMNO.

Katanya, begitu juga dengan Menteri Besar Johor, Datuk Ghani Othman yang memberitahu pertubuhan Cina di Kulai, kira-kira tiga minggu lalu bahawa Pakatan Rakyat boleh menawan Putrajaya pada PRU-13 walaupun hanya menang dengan majoriti tipis antara 5% hingga 10% kerusi parlimen iaitu majoriti antara 12 hingga 22 kerusi di Parlimen.

“Bagaimanapun manusia paling berkuasa dalam UMNO/BN, Tun Mahathir Mohamad pula kelihatan semakin pesimis mengenai peluang UMNO menawan Putrajaya pada PRU-13, membuatkan dia menyeru pengundi Malaysia menyokong “syaitan yang dikenali bukannya malaikat yang tidak dikenali”.

“Baru-baru ini Mahathir membuat kenyataan lebih semberono dan terdesak termasuk membuat tuduhan tidak berasas bahawa Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka (KL112) yang aman dan berjaya dengan kehadiran 100,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum, agama dan tempat adalah cubaan menggulingkan kerajaan UMNO/BN melalui jalan keganasan.

“Mahathir juga menuduh Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman sebelum Merdeka pada 1957 memberi kewarganegaraan kepada satu juta bukan Melayu yang tidak layak dalam cubaan untuk menjustifikasikan penipuan “kewarganegaraan untuk undi” dalam Projek M di Sabah, malah mencadangkan satu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) ditubuhkan untuk menyiasat isu berkenaan,” katanya dalam kenyataan media mengenai Pengiraan Detik 70 Hari ke PRU-13, semalam.

Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Ipoh Timur berkata, walaupun pemimpin UMNO/BN kurang yakin dapat mempertahankan Putrajaya pada PRU-13, pemimpin dan propagandis UMNO/BN mula berkempen untuk memberi gambaran mereka yakin bukan saja untuk menewaskan Pakatan Rakyat tetapi menang besar dengan memperoleh majoriti dua pertiga di Parlimen.

“Sama ada Najib akan menjadi perdana menteri terakhir UMNO masih tidak pasti kerana ia akan diputuskan oleh 13 juta pengundi pada PRU-13 nanti.

“Jadi sekarang pengundi boleh memilih untuk membebaskan Malaysia daripada penguasaan UMNO selama 55 tahun selepas Merdeka dan menetapkan demokrasi normal yang mana pengundi boleh memilih kerajaan Persekutuan yang mereka mahu melalui peti undi pada PRU-13 nanti,” katanya. – Roketkini.com.


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas