BlogList Malaysia

11 January 2013

Kerana FGV Wang KWSP Dan KWAP Rugi RM75 Juta

PKR mendakwa, dua dana pencen - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Persaraan Diperbadankan (KWAP) - secara kolektif mengalami kerugian atas kertas yang dianggarkan RM75 juta akibat membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGV).

Pengerusi biro pelaburan dan perdagangan PKR, Wong Chen berkata ini kerana dana pencen tersebut telah membeli saham FGV walaupun penganalisis pasaran secara amnya tidak mengesyorkannya sejak 9 Ogos tahun lepas. - Mkini


Kenapa KWSP, KWAP beli saham FGVH ketika merosot?

PETALING JAYA 11 Jan: KEADILAN mendesak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Kumpulan Wang Amanah Pencen (KWAP) menjelaskan tindakan mereka membeli saham Felda Global Ventures Holding (FGVH) ketika majoriti penganalisis saham tidak menyarankan pembelian itu.

Pengerusi Biro Pelaburan dan Perdagangan KEADILAN, Wong Chen berkata, seawal 9 Ogos 2012 hingga 4 Januari 2013, pandangan majoriti pengalisis saham terhadap saham FGVH menjadi negatif dan harga sahamnya jatuh mendadak.

“(Namun) KWSP terus tambah 46 juta saham kepada portfolionya, manakala KWAP tambah 10 juta saham.

“Di samping itu, keseluruhan pembelian mereka dari 29 Jun 2012 hingga 4 Januari 2013 kira-kira RM455 juta bagi KWSP dan RM305 juta bagi KWAP. Pembelian ini akibatkan anggaran kerugian atas kertas sebanyak RM40 juta (KWSP) dan RM35 juta (KWAP,” katanya dalam sidang media di ibu pejabat KEADILAN.

Justeru, katanya lagi, KWSP dan KWAP sebagai penjaga dana rakyat perlu beri penjelasan.

“KEADILAN percaya penyumbang KWSP dan penjawat awam berhak untuk tahu sama ada pembelian saham FGV yang bertentangan dengan pandangan penganalisis bermotifkan politik.

“KEADILAN menuntut KWSP dan KWAP jawab sama ada mereka pernah terima apa-apa arahan dari kerajaan atau ahli politik untuk membeli saham FGV,” katanya lagi.

- keadilandaily.com/


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas