Kenapa kita bermasalah dalam politik negara kini? Sebabnya kerana kita membiarkan politik mengatur kita. Kita yang sepatutnya mengatur politik negara tidak berbuat perkara yang sepatutnya kita lakukan. Jika jika biarkan politik itu berdiri dengan sendirinya maka kita akan dibaham oleh kezaliman politik itu kerana politik itu adalah berkait dengan kuasa. Sesiapa yang memegang kuasa itulah penentu kepada keadaan politik sesebuah negara. Manusia yang bermain, lebih lagu yang memegang kuasa itu menentukan sama ada politik itu hendak diputihkan atau dihitamkan.
Tidak ada yang bersih sebersih kain putih dalam politik ini, tetapi kita boleh bercakap tentangnya secara ‘relative’ di antara dua atau lebih pihak yang berkepentingan. Tetapi bagi pihak yang dikatakan baik itu adalah pihak yang bermain politik mengikut undang-undang dan lebih-lebih lagi mengikut etika yang bersesuaian mengikut keadaan latar belakang negara itu sendiri. Apa pun kita lakukan mesti ada etikanya. Kepada mereka yang melakukan sesuatu permainan politik itu mengikut etika yang baik maka pihak itulah yang dianggap pihak yang lebih baik dari pihak yang lagi satu itu.
Bagi mereka yang beretika selalunya mereka mempunyai sikap malu dan bertanggungjawab dan mereka tidak akan melakukan sesuatu yang keterlaluan buruknya semata-mata untuk mendapatkan kuasa atau untuk mempertahankan kuasa itu. Garisan pemisahan di antara yang baik dan yang tidak baik inilah yang sangat susah untuk digariskan. Perbezaan pandangan inilah yang menjadi penyebab kenapa pihak-pihak yang bermain dengan politik seolah-olah berada di dalam keadaan berperang.
Di negara kita politik sedang dalam keadaan yang begitu menjemukan kerana permainan politik yang tidak berada di tahap yang selalu di alami oleh negara yang maju. Kita yang bercakap tentang negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi yang sedang berusaha melakukan transformasi dalam semua bidang termasuk dalam bidang politik tidak menampakan kematangannya walaupun sedikit. Kita masih lagi bermain politik seperti kita berada di negara Congo atau Zimbabwe dan banyak negara Afrika.
Di negara kita khususnya pihak yang sedang berkuasa sebegitu lama masih bermain dengan politik yang sangat rendah semata-mata kerana hendak mengekalkan keenakan berkuasa seolah-olah kuasa itu adalah hak mereka semata-mata. Bila berbohong mereka akan melakukannya dengan terang-terangan dan mudah untuk dibaca oleh pihak yang ramai kecuali kepada mereka yang menjadi penyokong tegar mereka yang tidak kisah pimpinan mereka itu mempunyai malu atau tidak.
Dalam pada memberikan tuduhan yang begitu berat terhadap Pakatan Rakyat, UMNO sedang bergolak dengan perkara yang bersifat noda dan nesta seperti apa yang kita lihat berlaku dalam isu Deepak dan Musa Hasan. Saya bukan hendak menyebut tentang ‘political mileage’ yang di dapati oleh Pakatan Rakyat dalam isu yang disebutkan itu. Ia melambangkan yang perkara seperti isu tanah Kementerian Pertahanan yang menjadi isu itu adalah isu yang biasa. Sesama UMNO sendiri kita nampak betapa gilanya isu itu dan itulah sebenarnya yang menyelubungi UMNO dan BN keseluruhannya.
Itu di Kementerian Pertahanan sahaja. Belum lagi kita terdengar apa yang berlaku di dalam Kementerian dan Jabatan-Jabatan Kerajaan yang lain. Perkara seperti ini berlaku di dalam setiap Kementerian dan Jabatan dan itu sudah menjadi isu biasa. Semuanya melibatkan kroni membina ‘empire’ kekayaan masing-masing dengan menggunakan harta benda rakyat. Mereka bergaduh sesama sendiri kerana merebutkan harta rampasan. Apabila sudah tidak terdapat kehendak masing-masing, maka masing-masing membocorkan rahsia masing-masing sehinggakan membuatkan rakyat yang sedang hendak memilih kali ini menjadi bingung dan tersedu melihat perkara yang dilakukan oleh mereka yang berkuasa.
Kita tidak kisah sama ada Musa Hasan dan Deepak itu jujur atau tidak, tetapi yang penting bagi rakyat mengetahuinya ialah perkara yang terjadi yang dibongkarkan oleh pelaksana pimpinan yang rasuah itu benar-benar berlaku. Siapa yang bersalah dan tidak bersalah terpulang kepada penghakiman untuk menentukannya. Jika Raja Petra terpaksa keluar negara kerana menulis apa yang beliau lihat benar-benar berlaku kenapa Deepak tidak dan masih belum diketengahkan kemuka pengadilan jika Deepak melakukan fitnah? Kenapa? Jika Deepak tidak diketengahkan kemuka pengadilan maka Raja Petra sepatutnya dilepaskan dari sebarang tuduhan dan beliau sepatutnya boleh kembali ke tanah air tanpa sebarang tuduhan terhadap beliau.
Kenapa ada pihak yang dibawa kemuka pengadilan dan ada pula yang tidak dihadapkan ke mahkamah sedangkan tuduhan itu dibuat secara terbuka dan memalukan Perdana Menteri sendiri. Jika Najib ini Perdana Menteri di negara maju isu yang beliau hadapi ini memungkinkan beliau dihalau oleh rakyat atau pun Deepak dihadapkan ke mahkamah dengan cepat dan deras. Isu yang disebut oleh Deepak ini bukan isu kecil. Ia melibatkan pembunuhan dan penyelewengan wang rakyat serta salah menggunakan kuasa yang tersangat hina dan buruk.
Kita juga ingin tahu kenapa Deepak dan Musa Hasan mengeluarkan isu secara ‘installment’ dan beransur-ansur? Apa tujuan mereka dan kenapa pihak Najib dan Hishammuddin yang sedang berkuasa senyap sunyi tanpa tindakan untuk membersihkan nama mereka?
Saya menulis isu ini kerana saya sendiri sudah mempunyai keyakinan yang tinggi bahawa kerja noda dan dosa politik dan ekonomi ini bukan sahaja dilakukan oleh Najib, Hishammuddin, Zahid Hamidi tetapi ia juga membawa kecenderungan yang pemimpin-pemimpin yang lain juga telah dan sedang melakukan dosa dan noda yang sama sahaja tarafnya.
Justeru kita bertanya, adakah rakyat hendak membiarkan sahaja perkara seperti ini terus-terusan berlaku? Jika BN masih menjadi kerajaan kita maka kerja-kerja yang ternoda ini akan tetap terus berlaku dan yang menjadi mangsanya adalah rakyat. Rakyat akan terpaksa membayar segala harta rampasan yang mereka curi dari mereka (rakyat).
Ini samalah seperti saya yang membeli beberapa papan petai dari seorang penjual petai suatu ketika dahulu. Saya tidak menyedari yang petai yang saya beli itu adalah petai saya sendiri yang telah dicuri oleh penjual petai itu.
Di mana-mana dalam UMNO kini, penuh dengan pencuri-pencuri yang cepat tangan dan mereka bergaduh serta menipu di antara satu dengan lain untuk membolot harta rakyat yang tidak tahu menahu tentang kegiatan mereka sebelum rahsia-rahsia mereka terbongkar.
Pencuri-pencuri harta rakyat ini terpaksa mencuri lagi untuk menutup mulut pencuri yang tidak berpuas hati itu pula. Begitulah perlakuan mereka terhadap rakyat jelata dan itulah sebabnya mereka begitu liat untuk menerima demokrasi dengan semudah itu kerana demokrasi memungkinkan mereka terpaksa berhenti dan akan berjauhan dari khazanah rakyat yang telah mereka selongkar selama ini. Mereka mahu selongkar lagi kerana harta rakyat negara ini masih banyak.
Kali ini pemilihan kita ialah di antara pihak yang ketagih merampas harta benda kita dengan pihak yang mahu menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan politik dan ekonomi.
Rakyat boleh memilih satu di antara dua itu. Semasa pilihan raya nanti undi akan dikira dan dijumlahkan. Jika mereka yang ketagih melanun dan merompak itu mendapat mandat rakyat maka kerja yang biasa kita dengar itu akan terus berlaku. Jika pihak yang hendak menyelamatkan negara mendapat mandat maka ada sedikit harapan untuk kita menyelamatkan negara dari terjerumus ke lembah kehinaan itu.
Selama 5 tahun kita akan perhatikan peperangan dan tingkah laku mereka yang mengambil alih kuasa kerajaan itu. Rakyat akan tetap dalam pencarian selagi sebuah kerajaan yang telus dan jauh dari bermain dengan politik perkauman belum dapat dicapai. - http://aspanaliasnet.blogspot.com/
0 Komen :
Post a Comment