Akhirnya kerana terlajak menghentam bekas Presiden BJ Habibie, seluruh media Indonesia mengecam keras di atas berita yang dikeluarkan Utusan Malaysia. Lanjutan daripada itu pula, pautan berita yang menyebut bekas Presiden BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa, sehingga menimbulkan polemik antarabangsa itu hilang dari laman web Utusan Malaysia, Selasa (11/12/2012).
Pada malam semalam, halaman yang sebelumnya berisi tulisan tajuk rencana berjudul "Persamaan BJ Habibie dengan Anwar Ibrahim" menjadi broken link.
Habibie pengkhianat
Polemik yang membawa-bawa nama Habibie bermula dari kunjungan bekas presiden Indonesia tersebut ke Universiti Selangor baru-baru ini sebagai tamu kehormatan ketua pembangkang Malaysia, Anwar Ibrahim. Kunjungan tersebut seterusnya diulas oleh bekas Menteri Penerangan Malaysia, Zainuddin Maidin (kiri), menerusi tulisan tajuk rencana di media Utusan Malaysia, pada hari Isnin.
Tulisan tersebut dianggap kontroversi kerana menyebut BJ Habibie sebagai pengkhianat bangsa Indonesia setelah membiarkan Timor Timur pisah dari Indonesia. Malah, Zainudin melabelkan Habibie dan Anwar Ibrahim sebagai sama-sama "The Dog of Imperialism".
Tulisan itu menimbulkan kecaman dari pelbagai tokoh di Indonesia. Zainuddin dikatakan bukan sahaja telah menghina Habibie, tetapi juga menghina bangsa Indonesia. Tulisan tersebut tidak sewajarnya ditulis oleh seorang bekas menteri Malaysia.
Anwar Ibrahim turut secara khusus mengeluarkan kenyataan di salam blognya dengan menyebut Zainuddin sebagai orang yang dangkal dan keji. Anwar menegaskan bahawa reputasi Zainuddin buruk dan pernyataan tersebut tidak mewakili rakyat Malaysia.
Bagaimanapun, Habibie tidak mengendahkan tulisna tersebut dan sekadar tertawa. "Kalau ada yang menghina anda, anggap aja sebagai sebuah pujian, bahwa dia berjam-jam memikirkan anda, sedangkan anda tidak sedetik pun memikirkan dia," kata Habibie seperti ditulis dalam Twitter Habibie Center.
0 Komen :
Post a Comment