Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming menafikan ada mengeluarkan perkataan berunsur ugutan kepada ADUN Sungai Rapat, Hamidah Osman pada hari keempat Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) ke-12, Khamis lalu.
Beliau ketika dihubungi mengakui, agak terkejut dengan laporan yang dibuat Hamidah mengatakan dirinya diugut sekali gus mengaitkannya dengan skandal pemilikan tanah di Kelantan.
Menurutnya, apa yang berlaku tiada langsung kaitan ugutan, malah pada hari kejadian, semua wakil rakyat (termasuk pembangkang) masih boleh dilihat bergembira dan ambil gambar bersama.
“Saya tidak ada keluarkan ungkapan sebegitu, di kantin ada ramai orang, jika saya katakan pun pasti ada yang melarang.
“Jika benar beliau (Hamidah) berasa terancam, takkanlah kami masih boleh bergurau dan mengambil gambar bersama antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR),” katanya.
Kor Ming tidak menolak kemungkinan isu itu timbul kerana desakan pilihanraya umum yang makin hampir.
Mengulas mengenai laporan polis yang dibuat Hamidah, semalam kata beliau, pihaknya tidak berdepan masalah sekiranya polis mahu menjalankan siasatan.
“Harap polis dapat siasat termasuk kemungkinan laporan dibuat itu adalah palsu,” katanya.
ADUN Pantai Remis itu menganggap Hamidah sengaja mencari isu yang tidak relevan demi memastikan dirinya dicalonkan semula bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.
Mengenai ugutan diterimanya daripada Kor Ming, menurut si Hamidah, ia berlaku pada Khamis, kira-kira jam 3 petang ketika minum di dewan makan Sidang DUN.
Hamidah berkata, Kor Ming datang kepadanya dan kununnya mengeluarkan perkataan, ‘you reveal and watch out, I’ll go after you’ (kau dedah dan jaga-jaga, aku akan cari kau) dengan muka yang marah dan geram.
http://paspb2.blogspot.com
0 Komen :
Post a Comment