Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta semua jentera Pakatan Rakyat di segenap peringkat agar bersiap sedia menghadapi kemungkinan tindakan provokasi dan keganasan pihak musuh dalam menghadapi pilihanraya umum ke 13. Ternyata apa yang berlaku di Dataran Sharuddin, Batu 8 Gombak beberapa hari lepas di mana ada penonton yang cedera ditikam dan dibaling objek menunjukkan ada pihak tertentu yang sanggup melakukan apa sahaja demi mengekalkan kuasa mereka.
DPPM menganggap ada pihak cuba untuk menggagalkan program penerangan seperti ceramah yang dianjurkan oleh PR kerana sifat dengki dan hasad ekoran ceramah anjuran PR kerap mendapat sambutan yang hebat daripada rakyat. Ia juga dibuat dengan harapan supaya rakyat tidak mendapat maklumat yang lengkap dan tepat mengenai isu-isu semasa. Bagi mereka semakin rakyat tidak mengetahui isu semasa dengan betul, semakin menguntungkan mereka.
DPPM juga merasaka pihak tertentu juga mahu mencetuskan suasana tidak sihat dengan menimbulkan api permusuhan melalui provokasi dan pergaduhan dengan harapan rakyat akan takut untuk hadir dalam program Pakatan Rakyat. PR pula akan dituding sebagai pesalah kerana cuba menimbulkan pergaduhan dan suasana tegang.
Justeru DPPM meminta jentera semua pihak, khususnya Jabatan AMAL untuk bersiap sedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku. Sebarang tindakan provokasi dan melampau tidak perlu dilayan, sebaliknya menyerahkan kepada pihak polis untuk menyelesaikannya. Petugas hanya perlu memberi reaksi untuk mempertahankan diri sekiranya mereka diserang sahaja.
Bagi DPPM, sebagai pendakwah, petugas PAS diseluruh negara sudah ditarbiyah menghadapi suasana genting seperti ini. DPPM menganggap semua mehnah tersebut adalah suatu jihad bagi menyampaikan dakwah kepada rakyat tentang Islam. DPPM yakin, usaha dakwah yang murni ini akan menghadapi tentangan yang hebat dari musuh Islam kerana sunnah Nabi Muhammad SAW telah menunjukkan jalan yang sama.
Akhirnya, DPPM mendoakan kepada pihak terbabit agar mereka diberikan hidayah untuk bertaubat dan kembali ke landasan Islam yang sebenar. Mudah-mudahan mereka insaf dan sedar bahawa tindakan mereka merupakan suatu dosa terhadap rakyat yang tidak bersalah, dan tindakan mereka sebenarnya menandakan kemenangan Islam sudah semakin hampir, Insyaallah.
RIDUAN MOHD NOR
Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Malaysia
Pemandu e-hailing cemas kereta 'terjun' tasik
2 minutes ago
0 Komen :
Post a Comment