KULIM 30 DISEMBER: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) kesal berikutan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dibiar berhutang tanpa tindakan tetapi mahasiswa disenarai hitam jika gagal membayar pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN)
“Jika Khairy boleh bebas tanpa bayar hutang jutaan ringgit, kenapa mahasiswa yang menganggur disenarai hitam kerana tidak mampu membayar hutang PTPTN,” kata Penyelaras SAMM, Badrul Hisham Shaharin yang turut dikenali sebagai CheguBard.
Beliau sebelum ini meminta penjelasan Khairy terhadap pinjaman tertunggak yang diperoleh dari Bank Pertanian Malaysia Berhad (Agrobank) bernilai belasan juta ringgit.
Berdasarkan dokumen, pinjaman itu dibuat pada hujung 2005 ketika bapa mentuanya, Tun Abdullah Badawi masih Perdana Menteri dan tiada bayaran dibuat sehingga kini.
Badrul Hisham menyifatkan perbuatan membiar Khairy berhutang tanpa tindakan, tidak adil kerana tekanan drastik diambil terhadap mahasiswa yang sukar melunas pinjaman pelajaran
“Kenapa pula tindakan sama tidak boleh diambil terhadap Khairy?” katanya ketika berceramah di Sungei Limau, Kulim 28 Disember lalu dan mengesyaki amalan kronisme dan korupsi yang berleluasa dalam Umno antara punca Khairy tidak dikenakan tindakan.
- keadilandaily.com/
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
5 hours ago
0 Komen :
Post a Comment