BlogList Malaysia

30 November 2012

Serangan Najib Terhadap Anwar Makan Diri Sendiri

Rakyat arif membezakan angka ekonomi — Azmin Ali

30 NOV — Serangan Datuk Seri Najib Razak terhadap kredibiliti dan kemampuan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengemudi teraju ekonomi negara bukanlan perkara baru. Retorik yang sama turut digunakan menjelang Pilihanraya Umum ke-12 (PRU12) dalam tahun 2008 bertujuan untuk menakut-nakutkan rakyat; kononnya negara akan muflis jika pakatan politik yang lain memerintah Malaysia.

Pun begitu, dalam PRU12 rakyat tetap memilih Keadilan dan rakan-rakan PAS dan DAP untuk mentadbir negeri-negeri terkaya di Malaysia seperti Selangor dan Pulau Pinang, selain Kelantan, Kedah dan Perak. Maknanya, rakyat tidak termakan dengan adu domba dan propaganda politik Umno/Barisan Nasional yang merendah-rendahkan pemikiran rakyat, seolah-olah rakyat tidak boleh membandingkan dengan objektif pencapaian ekonomi di bawah kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan.


Cara terbaik menilai keupayaan Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi adalah dengan membandingkan angka-angka ekonomi seperti berikut:

Pertumbuhan ekonomi sepanjang Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan.


Sejak menjadi Menteri Kewangan, pencapaian ekonomi Datuk Seri Najib Tun Razak tidak pernah sekali pun mengatasi pencapaian Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pada kala Datuk Seri Anwar berjaya memacu pertumbuhan ekonomi negara sehingga mencecah 9 peratus - 10 peratus hampir sepanjang beliau menjadi Menteri Kewangan, tahun pertama Datuk Seri Najib (2009) mengemudi ekonomi negara menjunamkan negara ke kancah kegawatan ekonomi, sedang negara jiran seperti Indonesia kekal berkembang pesat.

Hakikatnya, rakyat Malaysia tidak buta angka dan arif membezakan pertumbuhan sekitar 9 peratus - 10 peratus semasa Datuk Seri Anwar Ibrahim mentadbir ekonomi negara, berbanding pertumbuhan lembap 4 peratus - 5 peratus sekarang, disamping berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi harian seperti harga barang naik, gaji yang terbantut dan lain-lain.

Rekod ekonomi Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menunjukkan beliaulah Menteri Kewangan yang terakhir yang berjaya mencapai belanjawan lebihan. Selepas beliau, menteri-menteri kewangan Umno mengambil pendekatan berhutang untuk menampung perbelanjaan negara yang meningkat saban tahun sedang hasil tidak bertambah.

Sebab itulah, Malaysia masih bergelut dengan masalah hutang/defisit yang meruncing sehingga kini.

Perbandingan angka berikut membuktikan kegagalan Datuk Seri Najib Razak sebagai Menteri Kewangan apabila gagal mengatasi masalah hutang/defisit, walaupun ditinggalkan dalam keadaan yang cukup baik oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim:

Perbandingan defisit belanjawan dan jumlah hutang negara.

Sepanjang tempoh Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Menteri Kewangan, hutang negara semakin berkurangan dan Malaysia mengalami lebihan belanjawan yang berterusan sehinggalah tahun 1997. Sebaliknya, hutang negara pula melonjak lima kali ganda berbanding baki hutang yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan jumlah hutang yang digandakan oleh Datuk Seri Najib Tun Razak (iaitu RM456 bilion pada akhir tahun 2011).

Kegilaan berhutang dan berborosan ini berlaku tatkala Datuk Seri Najib Tun Razak memaksa Petronas menyumbang dividen pada kadar yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia. Tidak pernah ada Menteri Kewangan atau Perdana Menteri yang paling banyak menggunakan dana Petronas, kecuali Datuk Seri Najib Razak seperti yang dibuktikan oleh angka berikut:

Jumlah dividen yang disumbangkan Petronas semasa Datuk Seri Najib menjadi Menteri Kewangan

Sedang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengurangkan hutang negara, berbelanja berhemah sehingga pendapatan mengatasi belanja, tidak membebankan Petronas dan ekonomi tumbuh 9 peratus - 10 peratus, Datuk Seri Najib Razak mengambil 10 kali ganda lebih banyak wang Petronas, hutang negara meningkat 5 kali ganda, defisit akibat keborosan berlarutan 14 tahun dan ekonomi tetap lembap sekitar 4 peratus - 5 peratus sahaja.

Saya yakin rakyat Malaysia lebih arif membezakan angka-angka ini. Pimpinan negara perlu fokus kepada usaha memulihkan ekonomi negara dengan berpandukan angka-angka yang objektif ini, bukannya cuba memutarbelitkan prestasi ekonomi negara kerana takut dengan wibawa Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan yang berkebolehan.

* Azmin Ali adalah timbalan presiden PKR and ahli Parlimen untuk Gombak

Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas