BlogList Malaysia

26 November 2012

Pada Akhirnya Pakatan Yang Akan Memerintah Negara..

Kerusi BN Merosot Tapi Pakatan Yang Akan Berkuasa.

Nampaknya, bukan sahaja pemimpin Umno, malah pemimpin pakatan pembangkang turut bersetuju dengan dengan ramalan timbalan pengerusi, Majlis Profesor Negara, Shamsul Amri Baharuddin mengenai jumlah kerusi yang dimenangi Barisan Nasional (BN) merosot pada pilihanraya umum ke-13 nanti.

Bagaimanapun Naib Presiden KEADILAN, Fuziah Salleh yakin keputusan di saat akhir berpihak kepada Pakatan Rakyat (PR) kerana banyak kerusi akan menjadi penentu.

“Akan berlaku pertarungan hebat dan kita yakin kerusi kelabu bakal beri sokongan padu tentukan kemenangan Pakatan Rakyat. BN guna pelbagai pendekatan termasuk media untuk kelirukan rakyat dan beri gambaran berat sebelah, tetapi kita yakin pengundi bijak menilai," katanya.


Kata Fuziah, beliau setuju dengan kajian dilakukan tetapi bagi kerusi kelabu diyakini akan memihak kepada pakatan itu kerana jika menyokong BN, sudah tentu ia sudah jelas sekarang.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pahang, Suhaimi Saad turut melahirkan pandangan sama dan yakin PAS serta Pakatan Rakyat mampu membentuk kerajaan menerusi pilihanraya umum akan datang.

Keyakinan beliau berdasarkan perubahan sokongan antara kaum begitu juga dengan perkembangan terkini yang berlaku di Sabah dan Sarawak sejak kebelakangan ini.

Sebab itulah katanya perdana menteri Najib Altantuya masih enggan memanggil pilihanraya kerana jika diadakan sekarang, BN berdepan dengan kekalahan selain Najib Altantuya sendiri bakal disingkirkan dari kepimpinan Umno kunun sebagai rasa bertanggungjawab terhadap perkara itu yang mesti dipikul seorang diri sahaja.

Ditambah pula dengan pergolakan dalaman antara parti itu dengan beberapa parti komponen BN di Sabah dan Sarawak menambah tekanan buat BN selain menjejaskan persiapan jentera yang dikatakan menunggu habuan dari atas sebelum melakukan gerak kerja yang ditetapkan.

Jika ini berlaku, ia bakal mengulangi sejarah pilihanraya umum lalu apabila antara faktor kekalahan BN disebabkan sebahagian besar wang habuan yang sepatutnya diagihkan kepada peringkat akar umbi tidak diterima petugas BN.

Najib Altantuya sepatutnya tidak mengulangi kesilapan yang dilakukan Abdullah Badawi jika mahu BN meneruskan kuasa dan yang memeningkan kepala adalah wang habuan yang dijanjikan masih belum kunjung tiba walaupun pilihanraya umum mesti diadakan kurang enam bulan dari sekarang.

Di sebelah Pakatan Rakyat pula, polemik siapa yang bakal menjawat jawatan perdana menteri nampaknya sudah reda dengan persetujuan sebelum ini yang mahukan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim memegang tampuk, kekal.

Dari segi pembahagian kerusi pula, walaupun berlaku sedikit masalah terutama di Borneo, Pakatan Rakyat optimis persetujuan bakal dicapai antara Pakatan dengan parti politik tempatan dalam tempoh terdekat.

Jika masih belum selesai, dijangka ini akan memberi kelebihan buat BN kerana pecahan undi sesama pakatan pembangkang akan mengurangkan peratusan kemenangan dan memberi kemenangan kepada BN walaupun hanya dengan majoriti tipis.

Inilah yang membimbangkan kepimpinan tertinggi pakatan itu kerana kesempatan sebegini pasti akan direbut BN bagi menambah senarai kerusi parlimen membantu mencari 112 kerusi awal bagi kekal berkuasa di Putrajaya.

JALAN PULANG


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas