BlogList Malaysia

21 November 2012

Boros: Zuraida sedia disiasat SPRM

Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin tidak melihat isu kenderaan dimilikinya seperti ditimbulkan oleh sebuah blog pro-Umno, www.sel13.com sebagai satu masalah kerana tidak ada apa-apa unsur mencurigakan dalam pemilikan berkenaan serta mengalu-alukan jika mana-mana pihak mahu melakukan siasatan terhadap dirinya.“Saya tidak ada masalah jika mana-mana pihak mahu lakukan siasatan.

“Kereta Volvo yang dipersoalkan itu saya beli dengan menggunakan pengecualian duti eksais diperolehi ahli parlimen.


“Toyota Hilux itu pula, saya ‘trade in’ dengan kereta Naza sebelum ini bagi memudahkan untuk turun ke kawasan, sebiji lagi Toyota Hilux dengan nombor pendaftaran WTY 1547 dibeli oleh seorang anggota parti menggunakan nama saya kerana nama beliau sudah disenarai hitamkan,” kata Zuraida ketika dihubungi oleh The Malaysian Insider.

Ketua Wanita PKR itu juga menambah beliau sudah memiliki lebih daripada sebuah kenderaan sebelum menjadi wakil rakyat.

“Mereka mungkin tidak tahu, sebelum menjadi wakil rakyat lagi, Kak Zu (Zuraida) sudah miliki lebih daripada satu kenderaan.

“Tentang isu tidak membayar saman, negara kita kan ada undang-undang? Nanti bila nak hidupkan cukai jalan, saya perlu bayar semua saman sebelum dibenarkan berbuat demikian,” katanya.

Selain itu Zuraida menegaskan dakwaan mengenai asal-usul keluarganya serta isu penyertaannya dalam PKR adalah tidak benar.

“Saya menyertai PKR (dulu PKN) semenjak tahun 1999, jadi tak benar dakwaan mereka saya masuk PKR selepas aktif di Gerakan Mansuhkan ISA (GMI),” katanya lagi.

Semalam, blog www.sel13.com menimbulkan isu mengenai jumlah kenderaan dimiliki oleh Zuraida yang dikatakan mewah selepas menjadi ahli parlimen berdasarkan dari carian jumlah saman trafik belum dibayar ahli parlimen tersebut dari laman web MyEG — sebuah portal membolehkan saman trafik disemak dan dibayar melalui talian.

Pendedahan blog tersebut turut menarik perhatian penulis blog pro Umno yang lain serta Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil turut berkonsi maklumat tersebut melalui akaun Twitternya @shahrizatjalil.

Sumber: TheMalaysianinsider.com


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas