BlogList Malaysia

22 October 2012

Undang-undang anti-lompat parti resahkan BN

GEORGE TOWN 22 OKTOBER: Serangan melulu MCA-BN ke atas cadangan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Pulau Pinang untuk mengusulkan undang-undang anti-lompat parti dalam sidang mesyuarat Dewan Undangan Negeri 1 November ini menggambarkan parti tersebut tidak peduli kepada mandat rakyat yang diberikan terhadap calon yang dipilih.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, pindaan perlembagaan ini akan mengkehendaki mana-mana ahli Dewan Undangan Negeri yang melompat atau menukar gabungan parti mereka supaya meletak jawatan dan bertanding semula dalam pilihan raya kecil.


Jelasnya, perkara tersebut akan menguatkan lagi ciri-ciri demokrasi dan secara langsung memperkukuhkan lagi kedudukan Perlembagaan Persekutuan.

Kenyataan Guan Eng ini secara langsung menempelak tuduhan tidak berasas MCA-BN yang mendakwa bahawa perlaksanaan pindaan perlembagaan yang dicadangkan tersebut bakal mencipta krisis perlembagaan negara.

Jelas beliau, undang-undang anti-lompat parti ini tidak langsung melanggar hak kebebasan berpersatuan seseorang, mereka boleh menyertai apa-apa parti sekalipun.

“Ia bertujuan untuk membentuk sebuah suasana politik yang bertanggungjawab sepertimana prinsip dan nilai integriti yang diamalkan di Pulau Pinang. Calon yang dipilih rakyat tidak boleh dibeli seperti komoditi dengan harga yang tinggi,” ujarnya.

“Bangkangan MCA-BN terhadap undang-undang anti-lompat parti yang dicadangkan PR Pulau Pinang menunjukkan perbezaan jelas antara tumpuan BN terhadap kepentingan parti dan personaliti berbanding penekanan PR mengenai dasar-dasar dan kepentingan rakyat.”

Untuk merealisasikan hasrat ini, pindaan kepada Perlembagaan Negeri Pulau Pinang memerlukan majoriti 2/3 ahli dewan.

“Pakatan Rakyat mendahului dengan 29 daripada 40 kerusi yang diperlukan. Kesemua tiga parti, PAS, PKR dan DAP telahpun menyokong cadangan pindaan tersebut.” katanya.

Roketkini.com




Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas