BlogList Malaysia

20 October 2012

Laporan Audit Skandal RM2.5 Juta Kedah - Umno Dan SUK Terlibat



Saya beranggapan bahawa pembaca telah meneliti laporan Ketua Audit Negara 2011 berhubung penyelewengan RM2.55 juta yang berlaku di Bahagian Perumahan, pejabat SUK Kerajaan Negeri Kedah. Saya juga beranggapan bahawa pembaca telah mengikuti pendedahan oleh rakan sekerja SS iaitu Enggang Qadha bahawa orang penting di Bahagian Perumahan sendiri adalah individu yang terbabit, pernah ditahan reman oleh SPRM terhadap kes tersebut serta menunggu masa untuk didakwa di mahkamah. Tiga fakta penting yang dikaitkan dengan individu berkenaan ialah:

1) Dia adalah orang kuat UMNO peringkat Bahagian dan Negeri

2) Dia adalah sekutu rapat rapat SUK Kedah Dato' Rasli Basir

3) Dia adalah orang kepercayaan dan kroni kepada bekas MB Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid

Dia ialah Abd Rahman bin Mohd Saad, Ketua PSU di Bahagian Perumahan.



Dengan pendedahan ini maka ternafilah segala fitnah jahat dan dakyah media maya UMNO Be End bahawa penyelewengan dilakukan oleh 'Kerajaan PAS Kedah', sama ada anggota Exco, jauh sekali dilakukan oleh Menteri Besar.

Kesalahan MB tetap ada, iaitu terlalu mempercayai SUK bernama Rasli Basir dengan alasan tidak mahu mengganggu pentadbiran negeri oleh pegawai. Rupanya harapkan pagar, pagar khekah kepala tuan!

Abd Rahman Mohd Saad memegang dua watak penting, sebagai KCS dan ahli politik UMNO. Semasa BN, Mahdzir Khalid selaku MB telah memberi kepercayaan kepada Rahman dengan melantiknya sebagai Pengarah Urusan Permodalan Kedah Berhad.

Permodalan Kedah Berhad (PKB) diperbadankan pada 20 Januari 1994 di bawah Akta Syarikat 1965. PKB adalah subsidiari milik penuh Perbadanan Menteri Besar Kedah. Kegiatan utama PKB ialah di bidang pegangan pelaburan dan pembangunan hartanah. Ia mempunyai lima syarikat subsidiari dan enam syarikat bersekutu. Antara operasinya ialah pembinaan, pembangunan, hartanah, pegangan pelaburan dan pengurusan dana tabung amanah.

Di antara Ahli Lembaga Pengarah PKB yang lain ialah Dato’ Mahdzir Khalid, Dato’ Abdul Rahman Ariffin, Datuk Yaakob Hj Mohamad, Dato’ Ghazali Ibrahim, Dato’ Ahmad Sudin, Dato’ Bakri Hj Ali Mahamad, Dato’ Mohd Akhir Shafie dan Dato’ Arzmi Abdul Hamid. Kesemua mereka adalah pemimpin UMNO.

Sewaktu PRU12 PKB telah mengeluarkan wang tunai sejumlah RM300,000.00 pada 26 Februari 2008 dan RM200,000.00 pada 4 Mac 2008 untuk dana pilihanraya UMNO. Abdul Rahmanlah yang menguruskannya bagi pihak MB dan Pengerusi UMNO Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid.




Mahdzir dan Rahman yang menandatangani cek tunai & tandatangan untuk membukanya. RM200 ribu buat open cek, gilo ko apo? Gila kena kat hangpa..




Bayaran untuk kerja-kerja amal seluruh negeri Kedah, siasatan awal mendapati bahawa kerja amal tersebut kononnya peruntukan diagihkan kepada setiap daerah di Kedah. Apabila siasatan dibuat di semua pejabat daerah, tiada pejabat daerah yang menerima peruntukan tersebut.

Setelah siasatan dijalankan dengan lebih teliti (pakai lada picit ibu jari) maka termaklumlah bahawa duit tersebut diagihkan kepada bahagian-bahagian UMNO khusus untuk kerja pilihanraya BN!!! Angkut dengan kereta pi hantag tunai dekat bilik gerakan BN. takkan sampai semua kot, mesti ada tiris kot jalan... he he


Tarikh wang dikeluarkan ialah 4 Mac 2008 iaitu empat hari sebelum hari mengundi PRU12. Hai, takkan masa tu baru kalut nak buat sumbangan kerja amal. Kalau ada kerja amal pun patut ada baucer sokongan pihak yang menerimanya, malangnya baucer sokongan itu tidak dijumpai.




Badrudi adalah Penolong Pengurus Kewangan, manakala Abd Rahman adalah pengarah Urusan. Bagi membolehkan pengeluaran cek tunai sebanyak RM100 ribu, cek dipecahkan kepada RM10 ribu setiap satu. Ini bukan masa PRU, namun duit tersebut dilaporkan diagihkan untuk tujuan politik BN.

Tujuan laporan ini ialah untuk mengenali watak orang yang dikaitkan dengan skandal RM2.55 juta (yang tak pasai2 dikaitkan dengan PAS itu), bukan nak divert isu dengan mengungkit cerita lama. Bagaimanapun harap pembaca jangan buat apa-apa penilaian lagi setakat ini sebab laporan belum berakhir. Ada lagi laporan mengenai PKB.

Apa pulak kaitan dengan Rasli? Itu cerita lain pulak... tunggu selepas ini.

Oleh SAIBURI SUDIN



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas