BlogList Malaysia

10 October 2012

Belum Masuk Umno Lagi Dah Mula Tabur Fitnah..

DAP Sarawak hari ini menafikan dakwaan bekas timbalan presiden PAS bahawa satu bacaan doa supaya "Malaysia menjadi negara Kristian" diadakan dalam satu majlis makan malam anjuran parti itu selepas pilihan raya negeri Sarawak tahun lalu.

"Dakwaan itu tidak benar, berniat jahat dan tidak bertanggungjawab," kata pengerusinya Wong Ho Leng dalam satu sidang media di bangunan Parlimen hari ini.

Tegasnya, majlis makan malam bersama sukarelawan pilihan raya yang turut dihadirinya itu hanyalah untuk menghargai individu terlibat dan tiada sesi doa dijalankan.



Dalam sidang media sama, setiausaha DAP Sarawak Chong Chien Jien berkata parti itu menganggap dakwaan Nasharuddin itu sebagai satu perkara serius.

Namun, DAP Sarawak tidak akan mengambil apa-apa tindakan ke atas Nasharuddin dan menyerahkannya untuk tindakan di peringkat Pakatan Rakyat.

"Kami serahkan kepada PAS untuk tindakan sewajarnya," katanya.

Berita Berkaitan:

DAP gesa Nasharudin minta maaf

[SH] KUALA LUMPUR - DAP hari ini menggesa bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa meminta maaf kerana mendakwa pernah diadakan satu majlis kesyukuran di Sarawak tahun lalu, antara lain mendoakan supaya 'Malaysia menjadi negara Kristian'.

Parti komponen Pakatan Rakyat (PR) itu mendakwa perkara tersebut tidak pernah berlaku.

Pengerusi DAP Sarawak, Wong Ho Leng berkata, majlis kesyukuran itu bertujuan untuk menyatakan kesyukuran dan sekali gus menyifatkan kenyataan Nasharudin merupakan tuduhan yang berniat jahat yang tidak berasas.

Menurutnya, kenyataan Nasharudin akan menggugat kesejahteraan negara dan DAP akan membuat laporan polis di atas tuduhan yang tidak berasas itu.

"Kami jemput semua pemimpin PKR dan Pas negeri untuk menghadiri semua majlis kesyukuran, mereka tidak berdoa untuk Malaysia jadi negara Kristian.

"Kenyataan Nasharudin itu tidak benar, kami minta dia mohon maaf dan polis mengambil tindakan kenyataan yang berniat jahat dan tak berasas," katanya pada sidang media di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Dipetik satu portal berita tempatan semalam, Nasharudin mendakwa satu majlis kesyukuran yang diadakan di Sarawak tahun lalu, menganjurkan doa supaya 'Malaysia menjadi negara Kristian'.

Beliau mendakwa majlis itu berlangsung selepas pilihan raya negeri Sarawak awal tahun lalu.

Mengulas lanjut, Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, isu tersebut diserahkan kepada Pas untuk mengambil tindakan ke atas bekas Timbalan Presiden Pas itu.

Tambahnya, isu tersebut tidak akan membabitkan Pas kerana isu tersebut bersifat peribadi.



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas