BlogList Malaysia

25 September 2012

Skandal Matawang: Anwar Bidas Khairy

Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pernah mengarahkan Bank Negara Malaysia (BNM) menghentikan urusniaga pertukaran matawang asing ketika berada dalam kerajaan.

Arahan itu dakwa Anwar diberikan kepada Gabenor Bank Negara, Jaafar Hussein ketika itu.“Saya pasti BNM mempunyai rekod dan sahkan apa yang saya sebut.

“Saya selaku Menteri Kewangan ketika itu minta (perniagaan itu) dihenti serta merta. Perniagaan forex (mata wang) dibuat sebelum 1990, sebelum saya menjadi Menteri Kewangan.



“Perniagaan forex ini dilakukan dengan kebenaran Menteri Kewangan sebelum itu (Daim Zainuddin) dengan persetujuan Perdana Menteri ketika itu,” katanya dalam sidang media di Parlimen, semalam.

Untuk rekod, Daim menjadi Menteri Kewangan dari tahun 1985 hingga 1991 sebelum Anwar menggantikannya bermula pada tahun yang sama sehingga dipecat dari jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998.

Anwar membuat penjelasan selepas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mencelah mengatakan Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang pernah meminta Anwar meletakkan jawatan berikutan kerugian itu pada tahun 1993.

Sementara itu, Ketua Umum PKR itu juga memaklumkan jumlah kerugian yang dialami oleh BNM dalam pasaran pertukaran wang asing (Forex) pada tahun 1991 boleh dijelaskan oleh Gabenor BNM sekarang, Zeti Akhtar Aziz.

Ini kerana Zeti adalah diantara orang yang bertanggungjawab dalam isu itu selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nor Mohamed Yakcop yang ketika itu memegang jawatan Pentadbir Kanan BNM.

Sebelum itu, dalam sidang perbahasan di Parlimen, Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng meminta Menteri Kewangan menyatakan jumlah kerugian sebenar yang dialami oleh BNM akibat Forex dari tahun 1990 hingga 2012.

Lim mempersoalkan mengapa spekulator matawang George Soros dikecam sebagai penyangak, ketika pihak yang bertanggungjawab atas kerugian RM5.7 bilion BNM melalui forex dinaikkan pangkat.

Timbalan Menteri Kewangan, Donald Lim Siang Chai sebelum itu memberitahu Dewan Rakyat bahawa BNB rugi RM5.7 bilion pada 1992, seperti dilaporkan dalam laporan tahunannya pada 1993.

Anwar menambah terdapat pengakuan mengenai kerugian, bagaimanapun ia dinafikan.“Ada perakuan. Memang ada kerugian yang dinafikan.

Saya dah bercakap dengan Jaafar. Dia beri penjelasan walaupun belum mendapat maklumat.

“Walaupun dia (Jaafar) tak bertanggungjawab secara langsung langsung, tapi dia pilih untuk meletakkan jawatan. Peliknya Nor Mohamed Yakcop pula diangkat sebagai Menteri,” katanya.



Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas