BlogList Malaysia

07 September 2012

Pijak gambar lebih bahaya dari serang pemimpin

KUALA LUMPUR: Pemuda PAS mempertikaikan sikap pihak tertentu yang menganggap tindakan memijak gambar pemimpin lebih bahaya berbanding dengan tindakan menyerang pemimpin parti pembangkang.

(Model sambilan yang memijak gambar Najib dilayan macam penjenayah besar)

Naib Ketua, Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM), Dr Raja Ahmad Al Hiss dalam kenyataannya membidas kenyataan Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh yang menafikan pasukan keselamatan pilih kasih dengan bertindak terhadap pelajar yang memijak gambar Perdana Menteri tetapi membiarkan insiden sama terhadap pemimpin pembangkang.


DPPM sebaliknya tetap menganggap pihak polis sebenarnya mengamalkan dwi standard dalam memastikan keselamatan negara.


Katanya, insiden memijak gambar sebenarnya bukan hanya berlaku ke atas PM, malah pemimpin pembangkang juga dilakukan sebelum ini.

"Malah ada gambar YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Menteri Besar Kelantan dikencing suatu ketika dahulu. Apa tindakan polis ketika kejadian tersebut?" soal Raja Ahmad (gambar).

Beliau juga bertanya, jika pihak polis hanya bertindak setelah mendapat laporan orang ramai, bagaimana pula dengan siri laporan polis yang dibuat oleh Pakatan Rakyat terhadap penyelewengan, penipuan, rasuah, kezaliman, serta kenyataan-kenyataan yang berunsur menghasut, memfitnah, mengugut, biadap dan lain-lain lagi yang dilakukan oleh pemimpin BN?

"Apakah pihak polis telah bertindak dengan cepat dan agresif sebagaimana mereka bertindak ke atas laporan insiden memijak gambar PM?" soalnya.

DPPM juga mempersoalkan, jika insiden pijak gambar PM dijadikan suatu kesalahan serius, bagaimana pula dengan insiden menyerang pemimpin Pakatan Rakyat di sebuah masjid di Alor Setar beberapa hari lalu?

"Apakah menyerang individu dengan niat untuk mencederakan dalam insititusi mulia seperti masjid tidak dianggap serius?" soalnya.

Beliau bertanya, adakah setangkas itu pihak polis bertindak menangkap penyerang yang bertindak menyimbah cat ke rumah pemimpin PAS seperti Mazlan Aliman, membaling Molotov Cocktail ke rumah Haji Mohamad Sabu serta cubaan membakar rumah Haji Dzulkifli Ahmad di Johor?

Jika demikian keadaannya, katanya, DPPM menyeru pimpinan Pakatan Rakyat Kedah atau orang ramai untuk membuat laporan polis insiden Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang di Alor Setar, Kedah.

DPPM juga menyeru orang ramai untuk tampil membuat laporan terhadap insiden gambar pemimpin Pakatan Rakyat dipijak serta insiden gambar YAB Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dihina dan dikencing oleh individu tertentu, katanya.

DPPM, kata beliau, mahu rakyat menjadi saksi dengan melihat sejauh mana telus dan tidak pilih kasihnya pihak polis dalam menjalankan siasatan terhadap kesemua insiden tersebut.

Pihak media pula, tambah beliau, dijadikan sandaran sejauh mana liputan adil yang diberikan terhadap insiden menghina pemimpin PR sama seperti memijak gambar PM.

http://bm.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/12997-pijak-gambar-lebih-bahaya-dari-serang-pemimpin-


Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas