Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata langkah Pakatan Rakyat mengumumkan belanjawan alternatif hanyalah bertujuan untuk meraih keuntungan politik.
Sedangkan Pakatan Rakyat tidak mempunyai locus standi untuk membentangkan belanjawan bertemakan "Ekonomi Rakyat, Negara Berkat" itu, katanya.
"Dia tak ada lokus standi. Tawar untuk menang pilihan raya untuk dapat keuntungan politik.
"Tetapi kerajaan memberi penekanan kepada semua perkara mengikut prinsip perbelanjaan... (Mengikut) perkara yang dikehendaki oleh rakyat jelata.
Katanya lagi, Pakatan boleh "janjikan bulan dan matahari", namun belanjawan sebenar adalah yang dibentangkan kerajaan.
"Mereka bukan kerajaan... Banyak komen daripada pakar ekonomi (yang mendakwa) bahawa bajet (mereka) tidak realistik," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menutup program Festival Bahasa dan Sastera di Dewan Bahasa dan Pustaka hari ini.
Tambahnya, kandungan belanjawan Pakatan itu juga bukan satu perkara baru kerana tawaran memberi kenaikan imbuhan dan gaji telahpun disentuh dalam manifesto Buku Jingga.
Jokowi, anak dan menantu dipecat PDIP
1 hour ago
0 Komen :
Post a Comment