Pembangkang cuba raih undi - Shahrizat
MUHYIDDIN Yassin diiringi Shahrizat Abdul Jalil bersalaman dengan rakyat Kluang pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Merdeka dan Hari Malaysia di Kluang, Johor, semalam. - BERNAMA |
KLUANG 16 Sept. - Pergerakan Wanita UMNO menyifatkan pelancaran Agenda Wanita Malaysia oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu kononnya untuk membela hak dan kepentingan wanita, sebagai ketinggalan zaman dan hanya mahu memancing undi golongan wanita.
Ketuanya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, semua yang ingin diperjuangkan pembangkang sudah dilakukan Barisan Nasional (BN) sejak merdeka lagi dan agenda itu dilancarkan kerana mereka takut serta sedar pengundi wanita kini sudah mencecah 50 peratus.
"Baru sekarang pembangkang membuat pengumuman mengenai agenda untuk wanita Malaysia. Yang menariknya pengumuman itu dibuat Anwar sebagai Ketua Wanita Pakatan Rakyat. Beliau tidak lepas jawatan itu kepada orang lain kerana tahu betapa mustahak dan kritikalnya pengundi wanita.
"Ini berbeza dengan pemimpin UMNO dan BN yang sudah lama ambil berat agenda wanita, isu yang dibawakan dalam agenda mereka adalah isu kuno," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri, Merdeka dan Hari Malaysia di Padang Sekolah Kampung Melayu, di sini hari ini.
0 Komen :
Post a Comment