BlogList Malaysia

01 September 2012

Anwar Akan Teruskan Jelajah Dan Tidak Gentar Ancaman Puak Jahilliyah


KOTA BHARU - Datuk Seri Anwar Ibrahim menasihatkan semua yang terlibat dalam menguruskan siri Jelajah Merdeka Rakyat PKR agar tidak gentar dengan ancaman yang diterima termasuk insiden merosakkan bas digunakan mereka awal pagi tadi.


Ketua Umum PKR itu berkata, kejadian berbaur provokasi seperti menyimbah cat dan memecahkan cermin kenderaan sudah biasa dialami beliau dan parti itu.

Namun perkara itu tidak mendapat perhatian pihak berkuasa, kata beliau pada sidang media di sini, hari ini.

"Baiki dan teruskan perjalanan," kata beliau yang terdahulu menyampaikan ceramah di sekitar bandar Kota Bharu pagi ini.

Wartawan Sinar Harian di Kota Bharu melaporkan bahawa bas itu disimbah cat ketika diletakkan di hadapan Pasar Besar Siti Khadijah.

Difahamkan ia dilakukan oleh sekumpulan pemuda kira-kira jam 5 pagi tadi.

Semalam, Anwar bersama Tuan Guru Nik Aziz menaiki bas tersebut ketika berceramah di Tanah Merah.

"Jelajah Merdeka Rakyat: Bas diserang di KB (Kota Bharu) jam 5 pagi - cat merah dan pecah cermin. Samseng bermarajalela. Staf ke IPD buat laporan," kata Anwar, yang juga Ketua Umum PKR menerusi Twitter sebentar tadi.

Dalam pada itu, Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli pula berkata, PKR akan mengadakan sidang media serentak di Kota Bharu dan juga ibu pejabat parti itu di Tropicana pagi ini untuk mengecam usaha "menggagalkan jelajah #merdekarakyat."

Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, pihaknya akan mengumumkan butiran insiden itu pada sidang media pagi ini.




Blog Archive

Bloglist 3 (TERKINI)

Bloglist ProBN

Bloglist 4 (TERKINI)

Bloglist ProBN 2

Bloglist 5 (TERKINI)

  © Bloglist Malaysia by Ourblogtemplates.com> 2008

Kembali Ke Atas