Gambar di atas tidak mewakili seluruh cerita yang berlaku semalam di 'Qiam with me' bersama Sultan Kelantan di Istana Negeri, Kubang Kerian, Kelantan Negeri Serambi Mekah. Aku sempat juga melihat Sultan kita Sultan Muhammad ke 5 mesra bersama Tok Pa. Cuma gambar ini je yang ada dalam internet.
Aku cuba cari gambar lain tetapi tidak jumpa. Aku lihat beberapa orang mengambil gambar beliau dan Sultan tetapi masih tidak tersiar dan yang banyak adalah gambar Sultan Muhammad ke 5 bersama Tok Guru. Aku juga melihat ada beberapa orang UMNO mengambil gambar Tok Pa dan Sultan tetapi juga masih belum tersiar. Sama ada mereka orang Awang Adek dan tidak suka pada Tok Pa atau mereka malas berkerja itu aku tidak pasti. Wallahualam
Mungkin ada yang tertanya kenapa aku harus memberi persepsi postif kepada Tok Pa sedang sebelum ini aku adalah yang paling kuat menyerang Tok Pa sehingga aku pernah menggelar Tok Pa sebagai penderhaka. Walaupun tajuknya seakan-akan memberi persepsi positif kepada Tok Pa namun aku masih beranggapan Tok Pa adalah pengkhiant. Itu adalah persepsi aku terhadap Tok Pa buat masa ini. Dimasa-masa hadapan Wallahualam
Mengapa Tok Pa pengkhianat?
Sultan Muhammad ke 5 Sultan Negeri Kelantan begitu mesra melayan beliau sebagai tetamu di istana namun sehingga ke hari ini Tok Pa masih belum membuktikan beliau adalah rakyat Kelantan yang berjuang untuk Kelantan sebagai contoh sehingga ke hari ini beliau masih belum memberi respon positif akan amanat Sultan berkenaan dengan pendaratan minyak dan gas ke Bachok. Tok Pa juga kini diangkat sebagai juara dalam perjuangan ROYALTI Kelantan sedangkan kita semua tahu Sultan Muhammad ke 5 adalah hero dalam perjuang menuntut ROYALTI (dengan izinNYA) Aku yakin dan percaya diantara sebab mengapa isu ROYALTI kembali hangat sehingga Najib pun mengulas perkara ini berpunca daripada tantatangan Sultan Muhammad ke 5 bersama Tok Guru dalam menyatakan pendiriannya terhadap isu pendaratan minyak dan gas ke Kelantan. Namun aku kecewa apabila para penyokong Tok Pa mengangkat Tok Pa sebagai Hero Royalti dan yang paling menyedihlan apabila Tok Pa sendiri tidak menafikan perbuatan penyokongnya dan mngangkat Sultan Muhammad ke 5 adalah Hero sebenar dalam perjuang tuntutan Royalti Kelantan.
Namun yang demikian, cara Sultan melayan Tok Pa begitu tersentuh dihati aku. Ketika Sultan sedang bermesra dengan Sultan aku begitu sakit hati, sakit hati mengenangkan Tok Pa yang dulunya pernah menafikan Royalti Kelantan kini dianggap hero sedangkan aku dan seluruh rakyat Kelantan menganggap Sultan Muhammad ke 5 adalah hero sebenar dalam perjuang tuntut Royalti Kelantan
(dengan izinNYA)
Namun itu Sultan kami, Sultan Muhammad ke 5 Sultan Kelantan yang amat disayangi rakyatnya. Baginda Sultan melayan setiap tetamu di Istana dengan begitu ramah. Salam dihulur penuh dengan mesra dan kami rakyat dapat bersalam-salaman dengan Sultan kami. Aku sendiri terasa bagaikan ingin menitis air mata apabila Baginda Sultan sendiri menghulur tangan dan memberi salam ketika dalam aku berebuk untuk bersalam dengannya.
Semoga ALLAH swt panjangkan usia Sultan kami dan semoga baginda Sultan mendapat kesihatan yang baik dan dapat berjuang untuk rakyat Kelantan. Sesungguhnya, aku bertuah menjadi rakyat Kelantan kerana Sultan kami benar-benar payung rakyat. (dengan izinNYA)
http://jeminghassan.blogspot.com/2012/08/sultan-muhammad-ke-5-mesra-bersama-tok.html
0 Komen :
Post a Comment